Senarai Makanan Tradisional Cina Popular, Homemade, Dijamin Halal & Sedap!

Sempena Tahun Baru Cina ini boleh cuba resepi makanan tradisional cina di rumah. Dijamin halal dan sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai jenis makanan tradisional Cina dilihat dihidang di atas meja ketika acara makan besar mereka bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Jadi mungkin ada daripada anda yang teringin buat sendiri makanan tradisioanal ini. Makanan cina ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah pencuci mulut, manisan, makanan yee sang dan lauk pauk.

Kali ini kami kongsikan resepi makanan cina untuk anda cuba di rumah. Bahan-bahannya mudah saja malah dijamin halal pula. Bolehlah anda sesisi keluarga mencubanya.

Makanan Tradisional Cina Homemade, Dijamin Halal

Makanan tradisional cina paling popular bila tiba tahun baru adalah yee sang dan kuih bakul. Namun ada lagi senarai makanan yang biasa dihidangkan ketika perayaan besar ini. 

1.Yee Sang

Yee sang terdiri daripada beberapa hirisan memanjang sayuran yang berwarna-warni dan perbagai tekstur melambangkan kemajmukan yang penting dalam masyarakat cina.

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 10-12 helai kulit dumpling
  • Daun selada
  • Timun, iris halus
  • Wortel, parut
  • Ubi jalar, parut
  • Daun bawang, hiris halus
  • Hidangan laut (ikan salmon, kerang, udang), potong kecil-kecil
  • Kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
  • Badam goreng dan tumbuk kasar
  • Kacang bijan, sangai

Cara penyediaan:

  1. Siapkan semua bahan yang diperlukan. Cuci bersih semua sayuran dan bahan makanan laut.
  2. Potong kulit dumpling menjadi bentuk yang diinginkan.
  3. Susun daun selada sebagai alas di atas piring saji.
  4. Kemudian, tambahkan hirisan timun, wortel, dan ubi jalar di atas daun selada.
  5. Taburkan daun bawang hiris, potongan hidangan laut, kacang tanah, badam, dan kacang bijan di atasnya.
  6. Terakhir, siramkan sos khusus Yee Sang ke atas hidangan.

2. Char Siew

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Isi ayam panjang
  • Madu
  • Sedikit cuka putih
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit kicap air
  • Sedikit kicap hitam manis
  • Sedikit jus halia
  • Sedikit gula
  • Sedikit taucu hancur
  • Sedikit lada sulah putih
  • Sedikit bawang putih hitam (ditumbuk lumat)
  • Sedikit serbuk lima rempah
  • Beberapa titik pewarna merah

Bahan sos:

  • Sedikit air
  • Lebihan sos perapan ayam
  • Sedikit madu
  • Sedikit garam
  • Kicap manis
  • Air tepung jagung

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan sate degan ayam dan perapkan selama beberapa jam.
  2. Cucuk menggunakan lidi dan bakarkan
  3. Untuk sos, campurkan lebihan sos perapan ayam dengan air.
  4. Tambahkan sedikit madu, garam dan kicap manis.
  5. Renehkan dan masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan sosnya,
  6. Tapiskan untuk mendapatkan sos yang jernih.
  7. Sedia untuk dihidang.

Senarai Makanan Tradisional Cina

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kuih bulan – Manisan dengan ukiran cantik dan biasa dihidangkan sempena pesta tanglung. Ia juga dikatikan dengan musim luruh kerana bentuknya yang datang dalam bentuk bulat ataupun bersegi
  • Kuih bakul – Seakan-akan dodol, dibalut dengan daun pisang. 
  • Bak Chang – Makanan tradisional cina yang dibungkus dengan daun yang khas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat bak chang adalah beras pulut dan kacang merah sebagai inti dalam beras pulut tersebut. 
  • Chang Shou Mian – Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat daripada tepung gandum.
  • Tang Yuan – Sekali tengok seperti kuih puteri mandi kerana merupakan bebola pulut berkuah manisan. Kebiasaanya di negara cina menu ini dimakan semasa musim sejuk pada bulan Disember.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuih Bakul Atau Nian Gao Homemade Yang Mudah & Dijamin Halal, Menu Wajib Raya Cina

Baca juga: Cek Mek Molek Bukan Sekadar Kuih Popular, Ramai Tak Tahu Khasiat Ubi Keledek Dalam Kuih Ini

Baca juga: Anak Suka Sangat Makan Dadih? Ibu Boleh Cuba Resepi Ini, Buat Sendiri Di Rumah, Mudah & Jimat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar