7 Resepi Masakan Ikan Untuk Ibu Berpantang, Suami Pun Boleh Tolong Masak!

Ikan antara makanan berkhasiat untuk ibu berpantang yang membekalkan sumber protein. Kali ini kami kongsikan resepi masakan ikan yang boleh dicuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berpantang, ibu perlu mengambil makanan berkhasiat untuk kembali bertenaga setelah kehilangan banyak darah ketika bersalin. Kali ini kami kongsikan resepi masakan ikan yang boleh ibu makan ketika berpantang!

Biasanya makanan yang selalu disediakan untuk wanita yang dalam tempoh berpantang adalah ikan dan ayam. Untuk lebih selamat, anda perlu berhati-hati kerana tidak semua ikan boleh dimakan. Silap pilih nanti berisiko menyebabkan alahan!

Ibu bersalin perlu berhati-hati dengan ikan yang diambil dan pastikan anda memang tiada alahan dengan ikan tersebut ya!

Resepi masakan ikan untuk ibu berpantang

Tidak kiralah sama ada anda berpantang sendiri, bersama bayi, atau tiada bayi, berpantang di rumah ibu bapa sendiri, atau dengan keluarga mertua, pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan selamat.

Kali ini kami ingin berkongsikan beberapa jenis ikan dan menu masakan khas buat ibu selepas bersalin. Lepas ini terus ada selera dan tak rasa bosan bila perlu hadap senarai makanan dalam pantang yang sama saja setiap hari!

#1. Ikan tenggiri masak singgang

Bahan-bahan :

  • 1-2 ulas bawang putih
  • ½ cm kunyit hidup
  • ½ cm lengkuas muda
  • 1 keping isi ikan tenggiri
  • 1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai

Cara-cara: 

  1. Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda.
  2. Ketuk serai.
  3. Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan.
  4. Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

#2. Ikan tenggiri masak asam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan :

  • 3 biji bawang merah
  • ½ inci halia
  • 3 keping isi ikan tenggiri
  • ½ cawan air asam jawa
  • 500 ml air

Cara-cara: 

  1. Mayang halus halia dan bawang merah.
  2. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

#3. Ikan tenggiri grill

Bahan-bahan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 keping isi ikan tenggiri
  • ½ inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara: 

  1. Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam.
  2. Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam.
  3. Grill isi ikan sehingga masak.

#4. Resepi ikan merah tumis bawang

Bahan-bahan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 keping isi ikan merah
  • 1 cm halia muda
  • 1-2 ulas bawang putih
  • Serbuk lada hitam

Cara-cara: 

  1. Gaul garam dan serbuk lada hitam pada isi ikan dan diperapkan seketika.
  2. Dengan sedikit minyak, goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dan halia yang dihiris nipis dan masukkan isi ikan tadi.
  4. Tabur dengan sedikit daun bawang.

#5. Sup ikan

Bahan-bahan :

  1. Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri)
  2. 2 biji bawang putih
  3. 2 biji bawang merah
  4. 1 cm halia
  5. Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  6. Sup bunjut ikan
  7. Lada hitam
  8. 500 ml air
  9. Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis)

Cara-cara: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.
  4. Masukkan isi ikan dan sayur.
  5. Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup.

#6. Kari ikan tanpa santan

Bahan-bahan :

  • 2 keping isi ikan merah/jenahak
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • Air asam jawa
  • Halba
  • Daun kari
  • Air

Cara-cara: 

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. Tumiskan bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga, halba dan daun kari.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, isi ikan dan air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam.

#7. Ikan kukus dengan halia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 3 biji cili api
  • Air
  • Daun sup/ketumbar

Cara-cara:

  1. Sediakan pengukus dan panaskan airnya.
  2. Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
  3. Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak.
  4. Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis.
  5. Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.

Selamat mencuba resepi masakan ikan ini! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia. Jika anda berminat untuk belajar resipi lazat buat si manja, jangan lupa untuk muat turun aplikasi theAsianparent dan klik di bahagian resipi!

Sumber: pantangplus

Baca juga: 5 Resepi Perapan Ayam Bakar Untuk Ibu Berpantang! Boleh Dimakan Seisi Keluarga Juga Tau!

Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Penulis

Lala Annuar