Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan

Resepi open house berasaskan ayam sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang beraya. Mereka pasti suka sebab ia adalah menu yang rare

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda merancang mengadakan rumah terbuka tetapi tidak ada idea menu hidangan kepada tetamu? Di sini kami senaraikan 6 resepi open house lauk ayam yang mudah disediakan serta sedap rasanya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 6 resepi open house lauk ayam

Bukan sahaja sedap dan enak, bahan yang digunakan juga mudah didapati manakala cara-cara memasak setiap jenis menu ini juga tidak renyah. 

6 resepi open house lauk ayam

Seperti yang dikongsikan pada laman web Rasa, lauk ayam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi himpit, ketupat palas, lemang serta aneka jenis nasi.

1- Opor ayam kuning

 

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam (potong sederhana)
  • 500 ml santan pekat
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu the serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 cm lengkuas (titik)
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa

Bahan kisar halus:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras

Cara-cara:

  • Masukkan separuh santan dalam periuk, seterusnya tambah ke dalamnya bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan dan lada hitam.
  • Kacau rata dan biarkan mendidih di atas api sederhana.
  • Seterusnya, masukkan ayam kacau rata. Setelah ayam kecut, masukkan lebihan santan, asam gelugor, daun salam, lengkuas dan serai.
  • Terus didihkan ayam hingga empuk dan kuah pekat.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah cukup rasa dan masak, tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi himpit atau ketupat.

2- Ayam palembang

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 kg ayam (potong kecil dan sederhana)
  • 4 batang serai (titik)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering (rebus dan tos)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm halia

Bahan rempah penumis:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan rempas penumis hingga wangi.
  • Masukkan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air dan masak atas api sederhana.
  • Setelah ayam masak, masukkan kicap, kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang tiga minit. Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.

3- Ayam rendang minang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam (potong sederhana)
  • 500 ml santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 6 helai daun limau purut
  • 4 batang serai (titik)
  • 1 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering (rebus)
  • 5 biji buah keras
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun limau purut.
  • Setelah timbul minyak dan wangi, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
  • Selepas 2-3 minit buka penutup dan kacau rata lagi.
  • Biarkan atas api sederhana hingga air ayam kering.
  • Masukkan santan dan asam gelugor. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan kacau lagi.
  • Kecilkan api, biarkan kira-kira lima minit lagi. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

4- Ayam sambal daun limau purut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam (potong sederhana dan bersihkan)
  • 1 biji limau nipis (ambil airnya sahaja)
  • 5 helai daun limau purut (hiris halus)
  • 1 batang serai (titik)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering (rebus)

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar bersama serai dan hirisan daun limau purut hingga wangi.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis tadi.
  • Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika. Tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan.

5- Ayam sambal hijau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1kg ayam (otong sederhana)
  • 1 biji limau nipis (ambil airnya)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar:

  • 8 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam dengan garam halus dan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  • Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam,goreng tadi gaul rata.
  • Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api, renehkan seketika baru tutup api. Sambal ayam sedia dihidangkan.

6- Ayam rendang kerutup

Bahan-bahan:

  • 1kg ayam (potong sederhana)
  • 500 ml santan
  • 2 sudu makan rempah kerutup
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 3 sudu makan kerisik
  • 4 batang serai (titik)
  • 1 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas

Bahan sangai dan dikisar:

  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Bahan rempah tumis:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  • Masukkan bahan kisar, pes cili kering dan serai.
  • Kacau rata dan tambahkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Setelah pecah minyak masukkan ayam, kacau rata supaya ayam sebati dengan bahan tumisan.
  • Apabila ayam kecut dan air tumisan kering, masukkan santan dan asam gelugor.
  • Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  • Tambahkan kerisik, taburkan bahan sangai yang telah dikisar. Kacau lagi.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh seketika hingga pecah minyak. Tutup api, rendang sedia dihidangkan.

Bagaimana dengan resepi open house yang disenaraikan di atas? Selamat mencuba di rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

Baca juga:  Resepi Perapan Ayam Bakar Lazat Untuk Ibu Berpantang, Tidak Berminyak & Berkhasiat

Baca juga: Resipi Lauk Ayam Mudah Untuk Anak-Anak Memilih Makan, Sedap Tak Terkata!