Resepi Oreo Cheesecake Sedap Dengan 3 Cara Yang Mudah, Anak Kecil Pasti Suka!

undefined

Resepi oreo cheesecake antara kek yang mudah untuk ibu-ibu cuba buat di rumah. Bahan yang diperlukan pun tidaklah begitu banyak!

Oreo cheesecake merupakan hidangan pemanis mulut yang menjadi dambaan dan kegemaran anak-anak. Bahkan, orang dewasa juga turut menyukai hidangan oreo cheesecake ini. Jadi kalau anda teringin nak makan ia, jom kami kongsikan resepi oreo cheesecake buat anda.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Resepi oreo cheesecake yang mudah dan sedap
  • Tips memilih biskut Oreo di pasaraya
  • Rahsia kek keju yang sedap dan kekal lembap

Dengan keenakan keju yang padat dan disalut bersama coklat hitam, pastinya oreo cheesecake menjadi pilihan pertama untuk menambat selera makan anak!

Resepi oreo cheesecake yang mudah dan sedap

Setiap ibu mungkin beranggapan bahawa untuk membuat sebiji kek yang sedap adalah sangat sukar. Namun sebenarnya ia tidaklah seperti yang anda sangka. 

Resepi oreo cheesecake ini boleh anda cuba buat di rumah kerana kami kongsikan tiga cara menyediakannya yang cukup mudah dan menjimatkan masa.

Ia sesuai untuk sambut hari lahir anak-anak atau dijadikan sebagai hidangan minum petang. Ibu juga boleh ajak si manja ikut serta ketika menyediakan sebiji kek ini di dapur. Barulah bonding dengan mereka bertambah erat!

#1. Resepi oreo cheesecake bakar menggunakan ketuhar

resepi oreo cheesecake bakar

Bahan-bahan:

  • 250 gram cream cheese
  • 20 ml susu UHT penuh cream
  • 5 sudu gula pasir
  • 2 biji telur
  • 1 sudu essen vanilla
  • 100 ml yogurt kosong
  • 2 bungkus oreo

Langkah demi langkah:

  1. Sediakan loyang dan kertas kek cawan. Selepas itu, masukkan satu demi satu biskut oreo ke dalam kertas yang disediakan tadi.
  2. Kisar bahan-bahan lain supaya menjadi halus dan tidak bergumpal.
  3. Kemudian, ambil dan tuangkan adunan cheese satu persatu ke dalam loyang kek cawan tersebut.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar, bakar selama 10 minit dengan suhu 180C. Selepas itu, pusingkan loyang dan bakar selama 10 minit dengan suhu 150C.
  5. Selepas masak, keluarkan dari ketuhar dan berikan sedikit suhu bilik. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sejukkan hingga 4 jam.
  6. Oreo Cheescake siap untuk dihidangkan!

#2.Resepi Oreo Cheesecake tanpa perlu bakar

resipi oreo cheesecake

Bahan-bahan Lapisan bawah (crust) :

  • 200g oreo
  • 50g butter (cairkan)
  • Lapisan atas (cheese) 
  • 250g cream cheese
  • 80g gula castor
  • 1 sk esen vanilla
  • 250ml non dairy whipping cream
  • 7-8 keping oreo (patahkan)

Cara penyediaan

  1. Kisarkan oreo guna miller atau isi dlm plastik dan ketuk hingga hancur ( simpan sedikit untuk hiasan).
  2. Masukkan butter yang dicairkan dan gaul sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang loose- base pan, padatkan dan masuk ke dalam peti ais.
  4. Untuk lapisan atas, campurkan cream cheese, gula castor dan esen vanilla hingga sebati.
  5. Masukkan whip cream dan putar hingga kental.
  6. Masukkan oreo yang telah dipatahkan dan gaul rata.
  7. Masukkan adunan kedalam loyang berisi oreo.
  8. Taburkan oreo kisar atas kek dan hias ikut kreativiti anda.
  9. Biarkan 4-5 jam dlm fridge sebelum potong.

#3. Resepi Oreo Cheesecake (Tanpa Telur,Tanpa Bakar, Tanpa Gelatin)

kek keju oreo

Bahan-bahan

  • 1 paket (454 gram Oreo Small Crushed)
  • 80 gram Buttercup atau nak sedap gunakan pure butter
  • 200 ml whipping cream
  • 70gram gula kastor. (Nak kurang manis kurangkan gula)
  • 250 gram cream Cheese Tatura
  • 1 tsp asen vanila

Cara penyediaan

  1. Cairkan butter dalam oven selama 30 saat. Keluarkan dan campurkan pula dengan oreo yang dah dihancurkan. Gaul sebati dan mampatkan pada dasar loyang.
  2. Bila dah mampatkan oreo tadi, sejukkan dalam peti chiller selama 1 jam.
  3. Pukul cream cheese bersama gula kastor, esen vanila dan 200ml cream cheese sehingga adunan semua sebati (tiada ketulan gula).
  4. Boleh masukkan kepingan oreo kedalam cream cheese tadi sebagai option.
  5. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tambahkan adunan cream ini ke dalam loyang. Hentak supaya padat (boleh nak tambah apa sahaja topping).
  6. Dah boleh masukkan dalam peti sejuk semula untuk 4 jam.

Tips memilih biskut Oreo di pasaraya

  • Ketika memilih bungkusan oreo, pastikan oreo tidak pecah dan bungkusan masih elok.
  • Lihat tanda “expired date” pada bungkusan. Jika terlebih dari tarikh, elakkan membeli dan cari di pasaraya lain.
  • Untuk menyedikan resepi Oreo Cheesecake, pilih oreo yang berinti vanilla kosong untuk mendapatkan keenakan berpanjangan.

Rahsia kek keju yang sedap dan kekal lembap

  • Kekal moist 

Kek keju yang kering membuatkan si pemakan berasa kecewa. Untuk mengelakkan ini, anda boleh membakar kek keju dengan meletakkan tray berisi air di dalam ketuhar.

Ini akan menghasilkan stim, dan ketuhar wap akan menghalang kek keju daripada mengering. Teknik ini adalah sama seperti cara membakar brulee creme.

  • Suhu bilik

Pastikan semua bahan – keju krim, telur dan juga gula – pada suhu bilik. Ini akan membolehkan bahan-bahan untuk bercampur lebih baik. Jika keju krim terlalu sejuk, ia akhirnya boleh menjejaskan tekstur kek keju anda nanti.

  • Sabar dan jangan terlalu teruja

Jangan buka ketuhar ketika sedang membakar. Hal ini adalah untuk mengelakkan haba di dalam alatan berkenaan keluar. Perubahan suhu semasa baking boleh menyebabkan cheesecake anda menjadi retak atau tenggelam di tengah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Koleksi Idea Kek Hari Jadi Yang Comel Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Jom Semak Ibu!

Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah Dibuat & Sedap Tak Terkata!

Baca juga: Resepi Berasaskan Ikan Yang Mudah & Lazat, Ibu Jom Cuba Pasti Anak Akan Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!