Suka Makan Popiah? Ini Resepi Popiah Cheese Viral Mudah, Boleh Buat Di Rumah!

undefined

Resepi popiah buat anda dan anak-anak, ada dua resepi mengikut selera dan tahap kerajinan. Yang pasti dua-dua kanak-kanak suka! Jom cuba buat.

Macam mana dengan resepi yang pernah theAsianparent Malaysia kongsikan sebelum ini, anda sudah cuba? Sebab kali ini, kami nak kongsikan pula dua resepi popiah yang sedap iaitu popiah cheese viral dan popiah goreng rangup sesuai sangat untuk hidangan seisi keluarga.

Jadi kalau ada masa terluang di rumah, mak-mak bolehlah cuba resepi popia cheese dan popiah goreng ini sebab ramai sangat yang kata sedap! Bila makan “kruk kruk” dalam mulut. 

Tapi perlu diingat, janganlah makan sampai tak ingat dunia. Setiap hari perlu tetapkan kuantiti untuk anda makan ya. Maklumlah keju kan tinggi kalori!

resepi popia cheese, popia cheese, resepi popia cheese viral, resepi popia powder cheese, popia cheese powder, resepi popia keju, resepi serbuk keju popia, resepi popia serbuk keju

Tambah pula tengah tengok tv sambil menguyah popiah cheese, boleh terleka dibuatnya. Silap-silap boleh habis satu balang! 

Jadi kalau rajin, buatlah banyak sikit dan letak dalam balang kedap udara supaya ia tak masuk angin, seterusnya boleh dimakan lebih lama. 

Popiah cheese ini biasanya popular bila menjelangnya hari raya, tapi sekarang tak payah tunggu raya pun sudah ramai orang menjualnya dengan anggaran harga dalam RM17 ke atas mengikut saiz balang. 

Sebab itu kalau boleh biar buat sendiri lagi puas hati. Nak makan banyak mana pun terpulang dan bajet nak buat pun tak mahal mana. Bahan-bahannya pula anda boleh beli dari kedai serbaneka atau pasaraya besar. 

Apa lagi tunggu jom kita cuba buat resepi popiah cheese ini! 

Resepi popiah cheese 

resepi popia cheese, popia cheese, resepi popia cheese viral, resepi popia powder cheese, popia cheese powder, resepi popia keju, resepi serbuk keju popia, resepi popia serbuk keju

Bahan-bahan: 

  • 1 paket kulit popia 
  • Cheese powder secukupnya (terpulang banyak mana nak letak)
  • Sedikit gula kastor 
  • Sedikit serbuk cili 
  • Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara membuat: 

resepi popia cheese, popia cheese, resepi popia cheese viral, resepi popia powder cheese, popia cheese powder, resepi popia keju, resepi serbuk keju popia, resepi popia serbuk keju

  1. Potong kulit popia supaya jad bentuk kecil bersegi empat. 
  2. Panaskan minyak 
  3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga kekuningan
  4. Angkat dan toskan minyak. 
  5. Kemudian sambung goreng lagi hingga habis.
  6. Sejukkan seketika dan ambil sebahagian kulit popia tersebut dan masukkan dalam bekas. Setelah itu, gaul bersama cheese powder, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas). 
  7. Goncang atau gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese itu. 
  8. Simpan dalam balang dan nikmatinya setiap hari. 

Sekiranya anda ingin hidangkan pada anak-anak boleh elakkan dari letak serbuk cili. Atau boleh buat dua balang yang berbeza, untuk selera anda dan juga anak-anak.

Ingat, selepas goreng biarkan dulu sehingga sejuk tau. Barulah simpan dalam balang! Jangan tengah-tengah panas itu diletakkan dalam balang terus. Nanti akan menjadi lembek, maka tak menjadilah popiah cheese crispy anda. 

Cuba juga resepi popiah goreng inti udang sayuran

Kalau popiah cheese sesuai untuk kudapan ketika tengok TV, resepi ini pula lebih sesuai dijadikan hidangan minum petang

Intinya cukup padat makan 5 ketul pun dah kenyang, malah sihat pula tu! Nak tahu cara membuatnya? Ini resepi daripada ibu saya sendiri ya:

Bahan-bahan:

  • Kacang panjang dihiris halus
  • Lobak merah disagat
  • Dua biji telur di goreng cincang
  • Inti ayam dikisar atau udang kecil (ikut selera)
  • Kiub ayam separuh
  • Bawang merah dan bawang putih dihiris 
  • Kulit popiah
  • Tepung beras

Cara masak:

  • Gorengkan bawang merah dan putih kemudian masukkan daging ayam yang dicincang atau udang kecil. 
  • Masukkan kiub ayam dan juga sayuran kacang panjang dan lobak merah. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan telur yang digoreng terdahulu tadi. Tutup api serta merta. 
  • Masukkan inti dalam kulit popiah dan gulung kemas. Buat sehingga inti habis. 
  • Bancuh tepung beras dengan air (biar bancuhan cair jangan terlalu pekat).
  • Masukkan gulungan popiah tadi dan goreng! 
  • Voila! Sedap dicicah dengan sos cili Thai!

Ikut tekak dan selera ingin cuba resepi mana satu, yang pastinya dua-dua sedap! Kalau ingin yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan buatlah resepi popiah goreng ini. Percayalah anak-anak pun suka!

Semua ibu bapa mesti tahu anak susah nak makan sayur bukan? Tapi bila buat bentuk popiah ni, laju saja mereka makan. Dahla rangup, intinya pun sedap!

Selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Resepi Aiskrim Malaysia Yang Kreatif, Anak Pasti Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!