5 Resepi Puding Cocktail, Makan Sejuk-Sejuk Buka Puasa Nanti, Nikmatnya!

Resepi puding koktail dan buah ini memang menyelerakan lebih-lebih lagi bila dihidangkan sejuk-sejuk ketika buka puasa nanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puding buah dan cocktail antara dessert yang sering menjadi pilihan ketika berbuka puasa. Lebih-lebih lagi bila ia dimakan sejuk-sejuk ketika buka puasa nanti, nikmatnya! Jadi kali ini kami kongsikan resepi puding cocktail dan buah untuk anda cuba di rumah.

Bila buat sendiri, anda boleh kawal gulanya, malah buah-buahan juga boleh dilebihkan untuk menjadikannya bertambah menyelerakan. 

Puding buah juga boleh dimakan oleh anak kecil, tapi anda harus monitor juga ya, takut tercekik pula nanti. 

Resepi puding cocktail&buah yang menyelerakan, kaya khasiat!

Kredit: resepi chenom

Jangan ragu-ragu untuk mencubanya di rumah kerana resepi puding cocktail dan buah yang kami kongsikan ini amat mudah dibuat dan ia tidak rumit. Jadi boleh saja anda cuba untuk jadikan dessert buka puasa petang ini!

#1. Puding buah naga

Kredit: tumis.my

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je, buah naga dah manis)
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 2 tin buah pic (dipotong dadu) – *akak tukar 1 biji buah naga ungu/merah – dipotong kecil
  • baki potongan buah naga – untuk hiasan jika suka

Cara menyediakannya:

  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic/laici. Kacau rata.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  4. Sejukkan di dalam peti ais.

#2. Puding mangga susu

Kredit: youtube

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah mangga (1 biji dipotong dadu, 1 biji dikisar untuk puri)
  • 2 kotak susu segar
  • 8 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 100 gram gula
  • 600 ml air

Cara menyediakannya:

  1. Susu, serbuk agar-agar, air dan gula di masak dahulu di dlm periuk sehingga mendidih kemudian tuang di dlm bekas kaca. 1 biji buah mangga dipotong dadu.
  2. Masukkan mangga yang dipotong dadu tadi ke dalam adunan agar-agar. Biarkan sejuk seketika.
  3. Tuangkan puri mangga perlahan-lahan ke atas adunan puding.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

#3. Puding laici

Bahan-bahan A:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 37 gm agar-agar stripe (agar-agar tali)
  • 1.5 liter air
  • 1 cawan gula
  • *1 tin laici
    (* sirap laici di dalam tin dan ¾ daripada buah laici di dalam tin diasingkan untuk dikisar bersama bahan B. ¼ buah laici lagi digunakan untuk hiasan)

Bahan-bahan B – dikisar bersama sehingga hancur:

  • *1 tin sirap laici
  • *3/4 daripada buah laici di dalam tin
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat

Cara menyediakannya:

  1. Basuh agar-agar dan kemudian masak bersama air sehingga larut. Disarankan menggunakan air tapisan.
  2. Selepas agar-agar larut, masukkan gula dan masak sehingga gula hancur dan sebati dengan agar-agar.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend tadi dan kacau rata. Gunakan api perlahan.
  4. Apabila aduna telah mendidih, tutup api.
  5. Sediakan loyang pilihan hati. Susun buah laici di dasar loyang mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian dengan menggunakan senduk, tuangkan sedikit larutan agar-agar tadi di atas laici sehingga tenggelam sedikit. Masukkan di dalam peti ais selama 5 minit untuk agar-agar mengeras sedikit. Nak cepat keras letak di tempat freezer dalam 3 minit.
  6. Keluarkan daripada peti ais dan tuang semua adunan agar-agar tadi di dalam acuan tadi. Biar ia sejuk sebentar di luar, baru dimasukkan di dalam peti ais. Elok dibiar semalaman di dalam peti ais. Esok pagi dah boleh makan.

#4. Puding buah peach, cocktail

Bahan-bahan:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 tin Peach Slices in Syrup/cocktail
  • 1 tin susu krimer sejat IDEAL
  • Air secukupnya (campurkan bersama syrup peach & susu krimer sejat menjadi 1 liter)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara-menyediakannya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Susunkan buah peach atau cocktail di dasar acuan agar-agar yang dibasahkan terlebih dahulu (untuk memudahkan agar-agar dikeluarkan dari acuan). Ketepikan.
  2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 1 liter.
  3. Masukkan campuran No. 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur, kacau rata.
  4. Masak sehingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach. Biarkan sejuk dan membeku.
  5. Untuk rasa lebih enak, simpankan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

#5. Puding cermin buah

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali 25 g
  • Potongan buah
  • 1¹/² cawan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1500 ml air
  • Gula batu (tidak wajib)
  • Loyang 9×9

Cara menyediakannya:

  1. Masak 1500 ml air bersama agar-agar tali hingga hancur. Masukkan gula dan gula batu biar hancur semua, jadi agar-agar jernih.
  2. Masukkan sedikir agar-agar jernih ke dalam loyang biar penuh permukaan, sebelum itu basahkan sedikit dalam loyang.
  3. Biarkan keras sedikit, susun buah yang telah dipotong. Masukkan sedikit lagi agar-agar jernih tadi hingga tengelam buah.
  4. Biarkan keras seketika. Baki agar-agar jernih tadi masukkan dengan setengah tin susu cair.
  5. Masukkan agar-agar campur susu tadi ke dalam lapisan atas tadi secara perlahan hingga habis, guna senduk ye. Ok siap! biarkan sejuk hingga puding betul-betul keras.
  6. Bila dah keras, sisipkan tepi loyang dengan pisau, letak papan kek ke permukaan loyang dan terbalikkan. Tekan tapak loyang sedikit nak bagi puding keluar.
  7. Untuk potongan yang cantik, potong 6×6, 36 pcs. Potongan dengan pisau tajam puding tidak berderai dan cantik sebab buah lembut dan puding keras elok.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: maisarahsidi

Baca juga: Puding Karamel Jagung, Bagus Untuk Pertumbuhan Tulang & Sistem Pencernaan Bayi Anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar