Cara Buat Puding Trifle Yang Cantik & Menjadi, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Sesekali bila teringin nak makan pencuci mulut, boleh buat resepi puding trifle. Resepinya paling mudah dan sedap, boleh cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dah ada idea ke nak buat dessert untuk jamuan atau majlis istimewa? Kalau belum, boleh cuba resepi puding trifle yang dikongsikan oleh Norisshah Durrah Shaari dalam grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang mudah dan ringkas ini.

Bukan sahaja cantik, tetapi rasanya yang berlemak manis dengan lapisan berbeza memang lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk.

Resepi Puding Trifle Yang Mudah & Sedap

Bahan-Bahan:

  • Kek Span Gulung
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin Air (Guna tin tadi)
  • 3 Sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu gula
  • Buah Segar (potong kecil)
  • cocktail fruit dalam tin
  • 1/4 peket agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 2 sudu gula

Cara Penyediaan:

  1. Beli kek gulung di kedai dan potong-potong bagi sama saiz. Kemudian susun dalam mangkuk macam ni untuk lapisan pertama.
  2. Untuk lapisan kedua. Dalam periuk kecil. Campurkan susu cair, air, tepung kastard dan gula. Kacau sampai pekat.
  3. Bila dan keluar macam letupan kecil, terus tutup api.
  4. Kacau sebati dan curahkan ke dalam bekas kek tadi.
  5. Ratakan dengan kemas.
  6. Ambil buah-buahan dalam tin dan tekan sikit biar masuk ke dalam. Biar buah tidak timbul bila masukkan agar-agar nanti.
  7. Untuk lapisan terakhir. Untuk agar-agar tali. Kerat dahulu tali jadi pendek dalam ¼ peket. Didihkan air dan masukkan agar-agar.
  8. Letak 2 sudu gula. Kacau sehingga larut.
  9. Tapis dan curahkan agar-agar ke atas buah-buahan tadi.
  10. Biarkan sejuk sekejap di luar baru masukkan dalam peti ais.
  11. Sedap dihidangkan sejuk-sejuk. 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30 Resepi Dessert Paling Viral Masa Kini (Mudah dan Sedap)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Pengat Pisang Yang Sedap & Berlemak, Menu Pencuci Mulut Paling Ramai Suka

Penulis

Noorhidayah