Resepi Rotiboy Homemade Yang Sedap & Lembut, Buat Minum Petang Anak Mesti Suka!

Resepi roti boy yang mudah dan menjadi perlu ibu-ibu cuba di rumah. Anak-anak mesti suka kerana rasanya rangup di luar dan lembut di dalam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi roti boy sebenarnya salah satu resepi yang menjadi carian hangat di media sosial. Mana tidaknya, nampak mudah je untuk dibuat sendiri di rumah. Kalau ada masa lapang, apa salahnya ‘experiment’ sendiri pembuatan rotiboy ini di rumah dengan menggunakan resepi yang ada di media sosial.

Apa yang anda boleh baca di dalam artikel ini?

  • Resepi roti boy yang mudah dan dijamin sedap untuk minum petang

Resepi roti boy yang mudah dan sesuai untuk minum petang

Seorang pengguna Facebook (Anita Kamaruddin) baru-baru ini telah berkongsi resepi rotiboy, bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara membuatnya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan

Untuk topping roti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1/2 cawan salted butter (lagi mahal butter lagi sedap, jangan lupa yang ada cop halal. saya guna Anchor je. 1/2 cup = separuh buku butter. Room temperature ye girls. Keras macam mana nak kacau).
  • 1/2 cup icing sugar (ayak ye jangan malas. Kalau tak dia berketul-ketul.
  • 1 biji telur gred A (telur ayam ye bukan telur itik atau puyuh. Gred lain boleh tak? Sukati lahhhh. Boleh le tu).
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 3/4 cup tepung gandum + 1/2 sudu kecik baking powder (ayak ye. Jangan malas sangat. Suruh je anak atau bapak anak tolong ayak kalau malas. I suruh anak dara I).
  • Air nescafe pekat (1 sudu besar serbuk nescafe bancuh dengan 2-3 sudu air panas).

Cara buat roti boy

  1. Pukul gula icing ngan butter sampai kembang. Saya guna hand mixer je. Malas. Tu pun suruh anak dara. Mama dia bubuh bahan-bahan je.Bila lagi nak ajar anak masak kan.
  2. Masuk telur, esen vanila, pukul lagi.
  3. Masuk tepung, pukul lagi.
  4. Masuk air nescafe, pukul lagi.
  5. Pukul sampai sebati je semua step. jangan beria sangat.
  6. Dah siap masuk dalam piping bag.
  7. Roti. Guna roti gardenia putih atau wholemeal pun boleh. Saya dah try dua-dua sedap.
  8. Sapu butter dan tabur gula. Lebih lagi sedap. Terasa intinya.
  9. Potong empat. Anak saya ramai dan kecik-kecik. Tu pasal potong kecik-kecik macam ni.
  10. Susun atas loyang. Alas dengan aluminium foil atau parchment paper. Tak teruk nak menyental loyang. Topping dia melekat kat loyang.
  11. Pipe kan topping tadi di atas roti.
  12. Bakar 160-180 Celsius selama 10-15 minit (oven saya, 160C, 15 minit, rak kedua atas). Api atas je. Memula saya buat api atas bawah tapi tak best sebab roti jadi garing sangat. Kalau guna api atas je roti dia jadi moist, topping je garing.
  13. Pastikan preheat oven dulu. On oven baru start buat. Dah siap buat terus boleh bakar tak payah tunggu. I is nak semua cepat dan senang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mudah bukan? Tak perlu nak susah payah bersiap, keluarkan kereta, beratur beli dan sebagainya. Dah siap boleh terus makan dengan anak-anak di rumah. Setel minum petang, selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan

Baca juga: Resepi Biskut Florentine Yang Rangup Dan Sedap, Kesukaan Anak-Anak Ketika Hari Raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.