Resepi Tauhu Bergedil Paling Mudah&Cepat Siap, Yang Penting Sedap!

Resepi tauhu bergedil yang kami kongsikan ini amat mudah disediakan. Bahannya juga mudah didapati di mana-mana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tauhu bergedil antara menu minum petang popular dalam masyarakat kita. Jika nak makan ramai-ramai ada baiknya buat sendiri. Lebih jimat makan serta boleh makan puas-puas. Resepi tauhu bergedil Chenom ini memang popular.

Jadi bolehlah anda cuba resepi tauhu begedil ini di rumah. Ia juga antara menu piknik yang mudah dan sesuai dimakan di luar.

Resepi Tauhu Bergedil, Mudah Disediakan, Rasa Pun Sedap

Bahan-bahannya mudah saja didapati. 

Bahan-Bahan Resepi Tauhu Bergedil

1.Bahan-Bahan Tauhu Bergedil

  • 300g / 25-30 biji tauhu kering
  • ½ biji bawang besar
  • 150g daging kisar
  • 6-7 biji kentang
  • 3 tangkai cili merah
  • sedikit daun sup
  • ½ cawan bawang goreng
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • secubit garam

2.Bahan-Bahan Untuk Cili Kicap

  • ½ biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • sedikit minyak
  • Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
  • Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang

Cara Penyediaan

3.Cara Penyediaan Tauhu Bergedil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering
  2. Cincang halus daun sup dan cili merah
  3. Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar
  4. Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
  5. Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
  6. Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
  7. Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
  8. Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
  9. Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
  10. Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
  11. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
  12. Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
  13. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
  14. Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
  15. Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.

4.Cara Penyediaan Sambal Kicap

  1. Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
  2. Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
  3. Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
  4. Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedapnya Tauhu! Bagaimana Nak Memperkenalkan Tauhu Kepada Si Manja

Baca juga: 5 Resepi Puri Buah & Sayur Untuk Bayi 6 Bulan, Sangat Berkhasiat & Sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Awas, Bayi Bawah 1 Tahun DILARANG Makan Ais Krim Kerana Ia Punca Kolik & Masalah Pencernaan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar