9 Resepi Telur Untuk Baby Yang Berkhasiat, Bantu Pikat Selera & Naikkan Berat Si Manja

undefined

Resepi telur untuk bayi mudah dan sedap ini boleh dijadikan sebagai panduan para ibu dalam membekalkan manfaat protein serta vitamin

Ramai ibu ayah berasa risau untuk memberikan bayi mereka makan telur kerana takut menjadi penyebab alahan. Ya benar, sesetengah bayi yang belum menginjak usia 1 tahun berpotensi alami alahan bila makan telur. Namun sekiranya bayi anda tiada alahan, apa kata cuba resepi telur untuk bayi ini, dan lihat reaksinya!

Tahukah anda telur adalah antara makanan yang paling berkhasiat di dunia? Ia kaya dengan vitamin, mineral, protein, dan lemak yang baik! 

Resepi telur untuk bayi- ibu jangan risau, cuba beri dahulu dan pantau perubahan anak

Tidak salah untuk ibu try and error ketika menyediakan menu hidangan si manja. Kini ada kajian baru yang menyatakan bayi patut diberi telur pada usia 6 bulan untuk menghalang alahan dari berlaku kemudian hari. 

”Selama ini, ramai ibu sengaja lambat memperkenalkan telur kerana takut anak akan alah terhadap protein telur. Tetapi kini terdapat lebih banyak kajian yang mengatakan pengenalan telur lebih awal sebenarnya dapat membantu melindungi bayi daripada alergi telur,” kata Dr Gray. 

Tetapi jika ibu-ibu rasa tidak sedap hati, rundinglah bersama doktor sebelum mencuba beberapa resepi telur untuk bayi di bawah ini.

Cadangan resepi telur untuk bayi yang senang dan lazat

Disebabkan tekstur telur yang lembut, ia senang untuk ditelan dan dicernakan oleh si kecil. Khasiat yang terkandung dalam telur juga menjadikan ia pilihan terbaik untuk bayi berusia 6 bulan yang baru mengambil makanan pejal.

Apabila mula-mula memberi telur kepada si kecil, berikan dalam kuantiti yang sedikit dulu dan semak jika anak menunjukkan reaksi alahan.

Sekiranya tiada alahan, ibu bapa boleh memberi telur kepada si kecil dengan lebih kerap.

#1. Resepi tauhu telur/ resepi tofu telur

resepi tauhu telur

Resepi tauhu telur/resepi tofu telur ini sesuai dimakan bersama nasi ataupun makaroni. 

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur
  • Lobak merah
  • Bayam brazil
  • Bawang putih dua ulas
  • Bawang merah satu ulas
  • Tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Bagi mengelakkan tauhu telur hancur, anda perlu potong pada bahagian tengah. Kemudian picit di hujung plastik bagi mengeluarkannya
  2. Setiap bahagian, potong kepada empat. Salutkan tauhu telur dengan tepung jagung
  3. Panaskan minyak dan goreng. Guna api sederhana dan angkat
  4. Potong nipis bawang dan lobak merah
  5. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Masukkan lobak merah dan tambah sedikit air
  6. Kacau-kacau hingga air mendidih. Masukkan serbuk bilis dan lada hitam
  7. Masukkan tauhu telur, bayam brazil dan sedikit bancuhan air tepung jagung. Biarkan ia pekat dan sedia dinikmati!

#2. Resepi sup telur

resepi sup telur

Resepi sup telur ini mampu memikat selera si manja untuk makan. Berikut cara penyediaannya:

  • 4 biji telur ayam
  • 7 biji fishball (belah dua)
  • Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
  • 3 ulas bawang putih(dicincang)
  • Kiub pati ayam(guna separuh je)
  • Lada sulah
  • 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan sedikit garing. Kemudian masukkan carrot.
  2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam dan  sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
  3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan tuang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar sekejap sampai telur masak, jangan kacau)
  4. Bila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.

#3. Resepi kurma telur

resipi telur

Jika anda sudah terbiasa buat sup telur untuk anak, apa kata kali ini cuba resepi kurma telur versi bayi pula.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah & putih
  • Halia
  • Bunga lawang, kulit kayu manis & bunga cengkih
  • Serbuk kurma
  • Serbuk ayam
  • Serbuk sayur
  • Cherry tomato
  • Santan
  • Telur rebus 
  • Kentang

Cara-cara:

  1. Goreng telur yang sudah direbus
  2. Tumis bebawang, halia & rempah. Tambahkan sedikit air & serbuk kurma. Tunggu sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam, santan, serbuk bilis, sayur, kentang & tomato
  4. Tunggu sehingga masak. Siap!

#4. Resepi roti telur menggunakan tiga bahan

roti telur

Resepi roti telur cheese bungkus ini amat mudah untuk disediakan. Ia sesuai untuk bayi dari usia lapan bulan. Ibu-ibu hendaklah memastikan si manja lulus makan telur dan bahan-bahan di bawah:

  • Keju slice
  • Sebiji telur
  • Setengah sudu lada hitam
  • Roti sandwich

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur dan letakkan serbuk lada hitam
  2. Panaskan kuali tanpa lekat. Masukkan sedikit mentega.
  3. Masukkan telur, kemudia letak keju dan roti
  4. Balutkannya menjadi bentuk roll. Potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang!

#5. Resepi scrambled eggs

scramble eggs baby

Resepi scrambled eggs sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi buat si kecil anda. Boleh dihidangkan bersama hirisan timun sebab ia menjadi teether semula jadi untuk anak yang baru tumbuh gigi.

Seronoklah nanti si kecil anda kunyah-kunyah makanan.

Bahan-bahan:

  • Satu biji telur (untuk anak yang tidak sampai setahun, lebih selamat guna kuning telur sahaja)
  • 1 sudu besar susu formula/ susu ibu/ susu full cream
  • Sedikit daun bawang yang dicincang halus
  • Sedikit unsalted butter

Cara penyediaan:

  1. Pukul telur yang dicampur dengan susu. 
  2. Dalam non stick pan, letak sedikit butter dan kacau telur sehingga masak

#6. Resepi telur rebus dan brokoli 

resepi makanan bayi 9 bulan, resepi makanan bayi 1 tahun, pasta untuk baby, resepi makanan bayi 10 bulan, resepi makanan bayi 11 bulan, resepi bubur bayi 7 bulan, cara buat stok ayam untuk bayi, bubur bayi 8 bulan, resepi telur untuk bayi

Resepi telur rebus dan brokoli ini sungguh berkhasiat, ia hanya mengambil masa 20 minit untuk disediakan. Menu ini akan memberi si kecil kebaikkan serat, kalium, vitamin A, B6, omega-3, kalsium, dan zat besi.

Resipi penuh di sini.

#7. Puri kacang pea dan telur hancur 

resepi makanan bayi 9 bulan, resepi makanan bayi 1 tahun, pasta untuk baby, resepi makanan bayi 10 bulan, resepi makanan bayi 11 bulan, resepi bubur bayi 7 bulan, cara buat stok ayam untuk bayi, bubur bayi 8 bulan, resepi telur untuk bayi

Menu telur ini paling sesuai untuk ibu-ibu sibuk yang sering mengejar masa. Ibu hanya perlu 10 minit je! 

Selain kebaikan telur, si kecil juga akan mendapat khasiat tambahan dari puri kacang pea. Kalau nak tukar ke puri sayur lain pun boleh! 

Resipi penuh di sini 

#8. Avokado, kobis bunga dan telur hancur

resepi makanan bayi 9 bulan, resepi makanan bayi 1 tahun, pasta untuk baby, resepi makanan bayi 10 bulan, resepi makanan bayi 11 bulan, resepi bubur bayi 7 bulan, cara buat stok ayam untuk bayi, bubur bayi 8 bulan, resepi telur untuk bayi

Menu telur ini mengambil masa 17-minit kerana ibu-ibu kena rebus atau kukuskan sayur kobis bunga sehingga ia lembut. Setelah masak semua, terpulanglah kepada ibu kalau nak lenyekkan ke tidak.

Resipi telur juga sesuai untuk ibu bapa yang mengamalkan baby led weaning tetapi jangan lupa untuk potong kecil untuk mengelak bayi dari tercekik.

Si kecil anda akan mendapat 20 jenis vitamin dan nutrien dari sajian ini seperti kalium, folat, niacin, riboflavin, asid pantothenik, dan protein.

Resipi telur penuh di sini

#9. Resepi masakan telur: Nasi goreng daun bayam dan kacang pea

resepi makanan bayi 9 bulan, resepi makanan bayi 1 tahun, pasta untuk baby, resepi makanan bayi 10 bulan, resepi makanan bayi 11 bulan, resepi bubur bayi 7 bulan, cara buat stok ayam untuk bayi, bubur bayi 8 bulan, resepi telur untuk bayi

Kalau nasi dah sedia, resepi ini senang sahaja! Nasi goreng ini kaya dengan with zat besi, zink, protein, serat, magnesium, folat, vitamin C, K, B1 dan B2, dan banyak lagi.

Dapatkan resepi masakan telur di sini.  Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30 Makanan Yang Perkuatkan Kecerdasan Otak Bayi Dalam Kandungan

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Crispy & Gebu, Pastikan Anda Masukkan Dua Bahan Ini Sebelum Goreng

Baca juga:  Bayi Keracunan Makanan Selepas Makan Susyi Telur, Rupanya Ada Kuman Salmonella!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!