Nak Bagi Anak Suka Makan Udang? Boleh Cuba 5 Resepi Udang Ini, Pasti Anak Suka!

Ada yang takut nak bagi kanak-kanak makan udang kerana bimbang mereka diserang alahan. Kami kongsikan resepi udang untuk ibu cuba di rumah!

Udang adalah salah satu sumber protein yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Jadi kami kongsikan variasi resepi udang yang anda boleh cuba untuk anak-anak di rumah.

Mengenalkan makanan laut kepada kanak-kanak adalah langkah yang bagus untuk memperkenalkan variasi dalam diet mereka. Udang adalah sumber protein yang baik dan juga kaya dengan zat besi, fosforus, dan vitamin B12.

Jika anda mencari resepi udang yang mudah dan disukai oleh kanak-kanak, berikut ini adalah resepi yang terbaik untuk mencipta hidangan yang sedap dan bernutrisi.

Udang juga makanan yang rendah kalori dan tidak mempunyai karbohidrat, jadi bagi sesiap yang sedang dalam fasa diet, bolehlah anda cuba nikmati makanan ini bersama anak anda sebagai menu masakan tengahari!

Resepi udang untuk kanak-kanak

Nak Bagi Anak Suka Makan Udang? Boleh Cuba 5 Resepi Udang Ini, Pasti Anak Suka!

1. Resepi udang goreng tepung

resepi udang goreng tepung

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Tepung jagung
  • Tepung ubi kayu
  • Garam 
  • Serbuk kunyit 
  • Telur

Cara-cara:

  1. Bersihkan udang, buang kulit dan gaulkan dengan secubit garam
  2. Pecahkan telur ke dalam adunan udang tadi dan gaul sebati
  3. Masukkan tepung jagung dan tepung ubi kayu dengan nisbah 3:1. 
  4. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam ke dalam adunan tepung
  5. Golekkan udang dalam tepung hingga rata
  6. Goreng dalam minyak masak yang betul-betul panas dengan api yang sedikit kuat

2. Resepi udang masak sup

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang
  • 600 ml air
  • Suhun, fuchuk
  • Lobak merah
  • Garam
  • Lada sulah (jika mahu)
  • Bawang, bawang putih, halia (kisar)

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau (jika boleh hingga perang sedikit)
  2. Masukkan air dan lobak merah. Tunggu hingga mendidih
  3. Masukkan udang, suhun, fuchuk dan sedikit lada sulah (jika mahu)
  4. Masak hingga mendidih

3. Udang goreng butter

resepi udang goreng butter

Bahan-bahan:

  • Udang besar dalam 15 ekor
  • Serbuk kunyit/garam
  • 3 sudu butter/mentega
  • 4-5 ulas bawang putih-dicincang halus
  • Bawang besar dihiris dadu
  • Setengah tin susu cair
  • Sedikit tepung jagung 

Cara-cara:

  1. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sampai udang masak. Janagan terlalu garing cukup sekadar bertukar warna.
  2. Angkat udang dan ketepikan, biarkan sedikit minyak goreng tadi dan masukkan butter.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, masak sampai kuah pekat. Kalau tidak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan air (tidak perlu letak kalau sudah pekat)
  5. Bubuh udang, garam dan gula atau susu pekat. Sesuaikan rasa, letak banyak sedikit biar ada rasa manis, lemak, masin atau ikut citarasa anda dan anak anda.

4. Udang goreng kunyit

resepi udang goreng kunyit

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang saiz besar – dipotong kepala dan ekornya
  • Serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 10 batang kacang buncis – dipotong pendek
  • 2 ulas bawang kecil – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun sup/daun bawang
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara: 

  1.  Udang diperap dengan serbuk kunyit, serbuk jintan manis, dan serbuk perasa selama setengah jam
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang yang diperap tadi. Gaul rata sehingga udang masak. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Setelah udang masak, masukkan kacang buncis dan gaul rata. Akhir sekali masukkan daun sup/daun bawang. 

Khasiat udang untuk kanak-kanak

Nak Bagi Anak Suka Makan Udang? Boleh Cuba 5 Resepi Udang Ini, Pasti Anak Suka!

1. Kaya protein

Ia diperlukan untuk pembentukan tisu otot, tulang lebih padat bagi perkembangan sihat kanak-kanak. Makan udang jaga dikatakan boleh mengurangkan karies gigi kerana ia membentuk tulang dan gigi yang sihat. 

2. Bagus untuk pencernaan

Udang baik untuk sistem pencernaan yang sihat dan ia sekaligus mampu mengurang masalah sembelit yang sering dihadapi kanak-kanak. 

Mineral baik untuk otot jantung dan memperbaiki peredaran darah. 

3. Kaya vitamin B

Vitamin B diketahui baik untuk sistem saraf pusat untuk kanak-kanak. Asid folik juga meningkatkan pengeluaran serotonin untuk menjaga hati supaya sentiasa sihat. 

4. Kaya iodin

Elak anemia pada kanak-kanak yang boleh menyebabkan mereka mudah lemah dan sering pengsan. 

5. Kaya vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan semulajadi, diperlukan untuk mengelakkan kemunculan kecacatan kongenital pada kanak-kanak dan ia sangat baik untuk kulit yang sihat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca lagi: Tak Usah Bimbang Lagi Untuk Makan Udang Ketika Hamil, Ia Memiliki Banyak Khasiat

Baca lagi: 5 Resepi Masakan Udang, Sumber Protein, Zat Besi Yang Baik Untuk Ibu Mengandung!

Baca lagi: Cucur Udang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam – First Time Cuba CONFIRM Jadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!