X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resipi Ayam Masak Ros Sedap Versi Che Nom, Menu Yang Simple Dan Kesukaan Ramai

4 min bacaan
Resipi Ayam Masak Ros Sedap Versi Che Nom, Menu Yang Simple Dan Kesukaan Ramai

Resipi ayam masak ros yang kami kongsikan ini sesuai dimakan dengan nasi beriyani atau nasi minyak. Selamat mencuba!

Ayam masak ros atau lebih dikenali sebagai ayam masak merah enak dimakan bersama nasi hujan panas atau nasi beriyani. Kali ini kami kongsikan resipi ayam masak ros versi Che Nom yang terkenal pasti menjadi.

▲▼Isi Kandungan

  • Resipi Ayam Masak Ros Che Nom
  • Tips Masak Ayam Ros
  • Ayam Masak Ros Sesuai Makan Dengan Apa?

Resipi Ayam Masak Ros Che Nom

Bahan Ayam Masak Ros Che Nom

  • 1 ekor ayam, potong 12
  • sedikit kunyit, untuk goreng ayam
  • sedikit garam, untuk goreng ayam
  • 1 helai daun pandan, dicarik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris memanjang
  • 1/2 tin(225g) sup tomato
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • 100 gram santan pekat
  • daun pudina

Bahan untuk rempah tumis:

  • 2 senduk besar minyak masak
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Bahan dibancuh menjadi pes:

  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kas kas
  • 1 sudu kecil garam masala
  • 1 sudu besar serbuk cili

Bahan Kisar A:

  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

Bahan Kisar B:

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 batang karot
  • 1 biji tomato

Bahan Kisar C:

  • 100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus

Cara Buat Ayam Masak Ros

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C.
  4. Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.
  5. Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.
  6. Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.
  7. Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  8. Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.

Tips Masak Ayam Ros

  1. Kepekatan Kuah: Jika anda suka kuah yang lebih pekat, kurangkan air semasa memasak. Sebaliknya, jika ingin lebih berkuah, tambahkan santan cair atau air.
  2. Rasa Lebih Kaya: Untuk rasa yang lebih kaya, boleh tambahkan sedikit tomato puree semasa menumis rempah.
  3. Variasi: Ayam Masak Ros juga boleh diolah dengan menambah kentang atau kacang peas untuk rasa dan tekstur yang berbeza.

Ayam Masak Ros Sesuai Makan Dengan Apa?

Ayam Masak Ros sesuai dimakan dengan pelbagai jenis hidangan. Berikut adalah beberapa pilihan yang popular:

  • Nasi Minyak: Kombinasi rasa nasi minyak yang wangi dengan ayam masak ros yang kaya dengan rempah adalah pilihan klasik yang sangat digemari.

  • Nasi Tomato: Rasa manis dan masam dari nasi tomato melengkapkan kepekatan kuah ayam ros dengan sempurna.

  • Roti Jala: Hidangan ini sering dipadankan dengan roti jala yang lembut, menjadikan setiap gigitan lebih memuaskan.

  • Nasi Putih: Sederhana tetapi enak, nasi putih menjadi pilihan terbaik jika anda ingin menikmati rasa asli ayam masak ros.

  • Lemang: Lemang juga adalah pasangan yang menarik untuk ayam ros, terutamanya semasa perayaan.

  • Ketupat atau Nasi Impit: Hidangan ini sesuai disajikan bersama ketupat atau nasi impit, terutamanya semasa hari raya atau kenduri.

chenom

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Ayam Masak Merah Sedap & Special Ikut Resepi Che Nom Dengan Dua Bahan Istimewa

Baca juga: Cara Buat Solok Lada Sendiri Di Rumah, Ratah Atau Makan Dengan Nasi Kerabu Memang Sedap!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resipi Ayam Masak Ros Sedap Versi Che Nom, Menu Yang Simple Dan Kesukaan Ramai
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham