Mencari Resepi Biskut Raya Yang Paling Mudah? Boleh Cuba Resepi Biskut Nestum Guna Cawan Ini

Bila rajin nak buat biskut raya, biasanya biskut nestum jadi pilihan. Tapi anda pernah cuba tak buat biskut nestum guna cawan? Mudah betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya bila tiba bulan Ramadan, selain dari keterujaan nak perbanyakkan ibadah serta solat terawih dan berpuasa, satu lagi aktiviti yang buat sesetengah orang teruja adalah membuat biskut raya. Salah satu biskut raya yang menjadi pilihan ramai adalah biskut nestum!

Sebenarnya ada banyak cara untuk membuat biskut nestum dan banyak jenis biskut nestum yang ada sekarang ini. Dalam rasa excited nak membuat biskut raya, semestinya ada rasa tertanya adakah ia mudah atau tidak. Jadi di sini, kami nak kongsikan dengan anda cara paling mudah untuk buat biskut nestum dengan hanya menggunakan sukatan cawan.

Kalau difikirkan, nestum bukan sahaja bahan yang kita boleh buat untuk memenuhi perut tatkala bersarapan pagi, tetapi juga boleh dijadikan biskut atau cookies yang boleh kata punca tak henti mengunyah dibuatnya! Ada sesetengahnya, tak sampai raya lagi biskut nestum dah habis terlebih dahulu kerana tak dinafikan yang ia sememangnya sedap dan mudah sangat untuk menghasilkannya.

Di dalam resipi biskut nestum ini, apa yang membuatkan ia bertambah sedap adalah apabila dimasukkan sekali serbuk krim kelapa, nyata sedap dan rangup hasilnya! Yang senangnya lagi, kaedah membuat biskut nestum yang kami inginkan kongsikan ini tidak perlu diterap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh kata ramai yang sebenarnya mudah putus asa kala membuat biskut raya apabila tiba satu langkah di mana perlu biskut itu perlu diterap, kerana kaedah ini sememangnya mengambil masa yang lama.

Jadi, untuk mempermudahkan tugas anda, kami kongsikan satu resepi biskut nestum rangup dari Wani Sukarno yang menggunakan sukatan cawan dengan mudah untuk anda cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung beras
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu teh baking powder
    • 1/2 sudu teh baking soda
    • 250gm mentega
    • 1 cawan gula halus
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 1 biji kuning telur
    • 1/2 cawan nestum
    • 2 sudu besar susu tepung
    • 1 paket serbuk krim kelapa santan S&P

Cara – cara:

  1. Adun tepung gandum, baking powder, baking soda, tepung jagung dan tepung beras dalam satu mangkuk.
  2. Dalam mangkuk yang berbeza, kacau rata mentega dan gula halus sehingga sebati.
  3. Masukkan 1 sudu teh esen vanila bersama kuning telur.
  4. Kacau rata dan masukkan susu tepung.
  5. Masukkan tepung gandum secara berselang seli sambil gaul rata.
  6. Kemudian masukkan 1 paket serbuk krim kelapa santan S&P dan kacau rata hingga adunan sebati.
  7. Masukkan nestum dan gaul sampai jadi doh.
  8. Sediakan cling wrap dan ambil separuh doh serta letakkan di atas cling wrap.
  9. Bentukkan doh dalam secara memanjang dan balutkan doh menggunakan cling wrap.
  10. Kemaskan kedua – dua bahagian hujung.
  11. Doh perlu disejukkan semalaman.
  12. Keluarkan doh dari peti sejuk dan potong terus menggunakan pisau yang tajam dalam ketebalan yang sederhana. Buang setiap cling wrap yang ada bagi setiap potongan.
  13. Susun atas loyang yang telah dialas dan jarakkan sedikit di antara satu doh.
  14. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C dalam masa 17 minit atau sehingga keperangan.
  15. Keluarkan biskut dari ketuhar apabila ia sudah bersuhu suam sedikit untuk disejukkan di atas redai.
  16. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dijamu.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Biskut Raya Moden dan Tradisional Ini Didatangkan Dalam Set Yang Menarik, Jom Hadiahkan Buat yang Tersayang!

Baca juga: Resepi Sea Salt Cookies Viral Guna Sukatan Cawan, Confirm Menjadi! Boleh Jadi Kuih Raya!

Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan Sahaja, Mudah Dibuat & Sedap Tak Terkata!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad