Resipi Kuih Kaswi Ikut Sukatan Cawan, Sedang Elok, Lembut & Kenyal!

Resipi kuih kaswi yang kenyal dan manis dibuat daripada tepung dan gula Melaka ini sedap dihidang bersama kelapa parut untuk hidangan petang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuih kaswi adalah salah satu kuih tradisional Melayu digemari ramai kerana rasanya yang seimbang dari segi manis dan masin. Walaupun ada versi moden, kuih kaswi asli tetap menjadi kegemaran ramai. Jom cuba resipi kuih kaswi ikut sukatan cawan.

Dengan bahan-bahan yang mudah dan cara penyediaan yang ringkas, kuih ini sesuai dijadikan hidangan minum petang.

Resipi Kuih Kaswi Ikut Resepi Che Nom Mudah Untuk Beginner

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk A:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Bahan-bahan untuk B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar bancuhan air kapur

Bahan-bahan untuk C:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 biji kelapa parut
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
  3. Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
  4. Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
  5. Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.

Tips Kuih Kaswi Menjadi Cantik Elok

  • Masak dahulu gula merah dan gula putih bersama daun pandan supaya kuih yang dihasilkan nanti lebih wangi dan enak rasanya.
  • Pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain supaya wap air tidak menitis ke atas kuih.
  • Gula merah juga boleh digantikan dengan kepingan gula Melaka atau campuran kedua-duanya, asalkan jumlahnya adalah kira-kira sukatan satu cawan.
  • Kacau betul-betul adunan supaya kuih kaswi tak jadi berketul-ketul. Kalau perlu, tapis adunan sebelum tuang ke dalam loyang.

Mudah sahaja untuk membuat kuih kaswi menggunakan sukatan cawan ini. Walaupun kuih ini kuih tradisioanl tetapi bahan-bahannya sangat mudah didapati dan sesuai untuk beginner menghasilkan kuih kaswi yang lembut, kenyal dan cukup manis rasanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kuih Kaswi Gedik Viral Perisa Jagung Lemak Manis Ikut Sukatan Cawan

Baca juga: Resepi Kuih Badak Berendam, Cukup Rasa Lemak Berkuah, Pemanis Mulut Paling Simple Untuk Minum Petang

Baca juga: Resepi Pengat Pisang Yang Sedap & Berlemak, Menu Pencuci Mulut Paling Ramai Suka

Penulis

Noorhidayah