Resipi Berkhasiat Fluffly Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!

Ketika anak masih kecil, mungkin sering kali anda berdepan masalah si manja tak nak makan nasi. Apa kata cuba resipi makanan bayi sedap dan berkhasiat ini!

Setiap pastinya akan memberikan terbaik untuk anak-anak dalam pelbagai aspek termasuklah pemakanan. Namun agak buntu juga sekiranya si manja enggan makan nasi sehinggakan anda terpaksa try and error pelbagai resipi makanan bayi!

Sebenarnya, ibu ayah digalakkan untuk mengubah tekstur makanan bayi dengan berperingkat mengikut tahap perkembangan mereka agar dapat membiasakan diri merasai pelbagai jenis makanan pejal dan variasi buah serta sayuran.

Resipi makanan bayi yang mudah dan berkhasiat

Mengikut perkongsian oleh seorang pengguna laman media Facebook, Nur Azlin Ali Alwi, resipi fluffy egg rice ini amat sesuai untuk bayi yang berusia 7 bulan ke atas tanpa mengira si manja sudah tumbuh gigi ataupun belum.

Dalam pada itu, ibu tidak perlu risau kerana menu nasi ini boleh gigit guna gusi kerana lepas dikukus, teksturnya sangat lembut dan gebu. Baunya pun sangat harum semerbak, silap-silap ibu pun join makan sekali sebab rasanya sungguh sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Nasi dua sudu makan
  • Susu formula dua scoop (boleh tukar kepada susu full cream kalau tiada susu formula)
  • Telur 3 biji
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit carrot
  • Sedikit bayam brazil
  • Cream cheese 1 sudu makan (kalau tak ada, tak payah letak pun tak apa)
  • Unsalted butter 1 pek kecil (separuh guna dalam adunan, separuh lagi untuk sapu pada acuan).

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula blendkan kesemua bahan di atas sehingga ia hancur.
  2. Masukkan ke dalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit unsalted butter.
  3. Kemudian kukus adunan untuk tempoh 20 minit.
  4. Sedia untuk dinikmati. Saya terlebih kukus tadi tu jadi atasnya tak berapa cantik, tengah leka sidai kain.
  5. Hidangan ni waktu buka tutup periuk pun sudah berbau harum semerbak!

Boleh sejuk bekukan dan goreng secara deep fry

Resipi makanan bayi ini meskipun sangat ringkas, tetapi ia sedap dan mampu menarik selera si manja untuk makan lebih banyak. Tambahan pula, ia memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan seperti karbohidrat, protein dan vitamin.

Bayi juga boleh makan begitu sahaja sebab teksturnya sangat lembut. Si manja yang belum tumbuh gigi boleh kunyah guna gusi sebelum telan.

Sekiranya ibu-ibu ingin memudahkan kerja memasak, boleh sahaja masukkannya ke dalam peti sejuk beku dan goreng semula ketika ingin hidangkannya kepada bayi. Nanti dia jadi macam nugget.

Rasanya sedap dan confirm sihat untuk perkembangan anak-anak!

Cara mengatasi anak yang susah makan

Bayangkan sahaja ibu penat memasak di dapur, tetapi bila tibanya waktu makan, si manja mengeluarkan semula makanan yang disuap.

Ya, pastinya agak rumit untuk berdepan situasi ini sehingga habis bersepah makanan di lantai kerana cuba memujuk anak makan dengan penuh selera.

Ibu ayah kadang-kadang terpaksa membuat pelbagai helah dan menipu agar mereka makan, namun sebenarnya ada rahsia untuk mengatasi masalah anak susah makan ini dengan mudah. Antaranya:

#1. Jangan terlalu memaksa

Jangan menggunakan ugutan atau kekerasan seperti tidak akan membenarkan anak bermain sekiranya dia tidak menghabiskan makanan dalam pinggan. Ini hanya akan menanam rasa negatif dan dendam terhadap makanan terutamanya sayur.

Cara lain ibu boleh cuba adalah rasuah positif dengan berjanji bahawa akan memberikan makanan yang mereka suka jika menghabiskan sayuran. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka makan sayur lebih banyak kerana mengharapkan makanan yang mereka suka selepas itu.

#2. Variasi makanan supaya kelihatan menarik

Jika anak sukar makan nasi atau buah, cuba campurkan sedikit krim putar, keju atau ais krim. Pastinya si manja akan makan juga kerasa rasa makanan yang sebenar sudah tidak kuat. Jika mereka sukakan minuman manis, ibu boleh memperbanyakkan minuman berasaskan jus segar.

#3. Makan bersama anak

Setiap apa yang dilakukan ibu ayah pastinya akan diikuti oleh anak-anak. Jadi, anda perlu menunjukkan tabiat makan yang betul agar mudah untuk memujuk anak menikmati setiap hidangan di meja makan.

Jika mahu diet sekalipun, jangan ditunjukkan di hadapan si manja. Pastikan anda makan mengikut rutin harian seperti sarapan, makan tengah hari dan makan malam agar anak lebih berdisiplin.

Tabiat makanan sihat juga adalah sangat baik untuk mempengaruhi dan menarik selera si manja.

Sumber: Nur Azlin Ali Alwi, Bidadari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comresepi-cucur