Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy, Puas Hati Makan

Antara menu sampingan wajib ada ketika majlis keraian atau Hari Raya Aidilfitri. Bolehlah cuba resepi sate ayam ini untuk hidangan tetamu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi Sate Ayam antara menu kegemaran orang Malaysia. Mana tidaknya, cicah dengan kuah kacang berserta timun dengan bawang. Leka makan tak sedar habis sepinggan. Jom cuba cara buat perapan sate yang juicy, sedap pula tu!

Resepi Sate Ayam Sedap & Berjus

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – ambil isi
  • 1 sudu makan ketumbar – sangai
  • 2 sudu makan jintan manis – sangai (*)
  • 1 sudu makan jintan putih – sangai (*)
  • 1 inci halia (*)
  • 1 inci kunyit (*)
  • 3 biji bawang Holland (*)
  • 1 labu bawang putih (*)
  • 6 batang serai (*)
  • 5 keping nise atau gula kabung – masak dengan segelas air
  • 3 sudu asam jawa tanpa biji
  • Gula dan garam secukupnya
  • Lidi sate

Cara Penyediaan:

  1. Potong isi ayam berbentuk kiub. Rangka ayam boleh dimasak gulai. Jika nak mudah, boleh beli dada ayam sahaja. Kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering.
  2. Sementara itu sangaikan ketumbar, jintan manis dan jintan.
  3. Kisar lumat semua bahan yang bertanda (*).
  4. Dalam bekas besar, satukan isi ayam dan ramuan yang dikisar tadi.
  5. Kemudian masukkan garam, gula, air nise @ gula kabung dan asam jawa.
  6. Gaul rata semua bahan supaya tekstur isi ayam atau daging (jika nak campur) menjadi lembut dan mesra dengan rempah.
  7. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar.

Resepi Kuah Kacang 

Bahan-bahan:

  • 1/2kg kacang tanah – goreng & kisar kering @ tumbuk
  • 2 biji santan kelapa
  • Serai – diketuk
  • Air asam jawa secukupnya
  • 6 keping gula nise (gula melaka)
  • Garam dan gula putih biasa secukupnya

Bahan Kisar Halus:

  • Bawang holland
  • Cili kering
  • Lengkuas
  • Jintan manis
  • Jintan putih

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi kecuali kacang tanah dan serai.
  2. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan santan cair dan kisaran kacang tanah. Biarkan mendidih sekejap.
  4. Bila nampak sempurna, masukkan bahan-bahan lain dan ubah suai rasa ikut selera masing-masing.
  5. Bila kuah kacang sudah pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama sate.

Tips Masak Sate Yang Sedap & Juicy

  • Jika nak sate nampak kuning, boleh tambah serbuk kunyit bergantung pada selera masing-masing.
  • Air lebihan perapan jangan dibuang. Campurkan dengan segelas minyak untuk digunakan semasa membakar sate nanti.
  • Ketuk 2 batang serai, ikat dan celup dalam campuran minyak untuk disapu pada sate. Ia merupakan salah satu rahsia sate yang dibakar tetap juicy.
  • Rajin-rajin balikkan sate supaya hasilnya cantik, tidak hangit dan hitam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: 40 Idea Menu Raya Yang Simple & Sedap, Tetamu Mesti Suka

Baca juga: 20 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Para Tetamu Mesti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Senarai Menu Open House Yang Mudah & Sedap, Jadi Kesukaan Keluarga Serta Tetamu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah