7 Restoran Cina Mesra Muslim Yang Sedap & Sesuai Untuk Berbuka Puasa, #3 Paling Best!

Restoran cina mesra muslim di kawasan Kuala Lumpur ini patut anda cuba bersama keluarga kerana ia menawarkan pelbagai hidangan enak dengan harga berpatutan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi peminat masakan cina, anda mungkin tercari-cari restoran cina yang mesra muslim dan sesuai untuk ahli keluarga berkumpul. Meskipun kebanyakan hidangan disediakan lebih sihat dan mudah menggunakan bahan-bahan ‘wajib’ seperti kicap soya, sos tiram, bijan dan lain-lain, namun ia memiliki kelazatan yang tersendiri.

Disebabkan oleh rakyat Malaysia majoritinya adalah beragama Islam, maka tidak hairanlah semakin banyak restoran cina menawarkan pelbagai hidangan yang mesra muslim.

Senarai restoran cina mesra muslim di sekitar Kuala Lumpur

Berikut adalah pilihan restoran cina yang menjadi kesukaan ramai masyarakat muslim di Kuala Lumpur dan pasti memuaskan keinginan anda!

#1. In Colonial Restaurant, Intermark Mall

Restoran bertemakan gaya Kolonial Inggeris yang cukup memukau pandangan ini menyajikan masakan Anglo-Cina dan mampu memikat selera anda. Bermula dari pilihan makanan laut segar yang tidak dapat ditolak seperti Hiroshima Oysters dan Jumbo Prawns, sehinggalah Nasi Rebusan Itik dan Oxtail Pot, hidangan di Colonial ini pasti membuatkan anda berpuasa hati.

Jangan lupa untuk mencuba salah satu jus buah bersoda In Colonial bagi menyejukkan tekak anda seperti moktail timun batang, buah markisa dan epal hijau.

Lokasi: Tingkat bawah, Intermark Mall

#2. Restoran Al Amber Cina Muslim, Pavilion KL

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Al Amber menyediakan variasi menu hidangan dengan lebih dari 80 pilihan makanan dan minuman bagi kesemua tetamu istimewanya.

Antara sajian yang populor ialah Mee Tarik Istimewa dengan rebusan daging yang dimasak selama 3 jam, Lamb Chop Panggang yang diperap dengan rempah Cina ‘sannai’ dan Udang Stim Minyak Cili Pedas dimasak bersama sos Szechuan Ma La.

Lokasi: Tingkat 7, Dining Loft, Pavilion KL

#3. Dolly Dimsum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dim sum biasanya diterjemahkan sebagai penentuh hati. Itulah yang anda bakal rasai bersama keluarga dan rakan-rakan di Dolly Dim Sum. Tidak hanya itu, rebut peluang untuk merasai pelbagai hidangan Cina yang lazat dan membuatkan perut anda senang. 

Item yang mesti dicuba ialah Salad Udang Dumpling, Biskut Ikan Emas, Dumpling Har Gao, Dumpling Pedas Szechuan dan Roti Telur Kastard yang terkenal!

Lokasi: Tingkat 1, Pavilion KL

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Grandmama’s, Pavilion KL & Intermark Mall

Ada sesuatu rasa yang unik dan menenangkan apabila menikmati masakan yang disediakan oleh nenek anda. Itulah yang ingin dicapai oleh Grandmama melalui hidangan asli Malaysia.

Antara hidangan khas Cina yang ada disini ialah Char Kuey Tiaw Telur Itik, Mee Udang Grandmama’s dan Nasi Goreng Hakka.

Lokasi: Tingkat 6, Pavilion KL dan Tingkat Bawah, Intermark Mall

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Daily Kopitiam, Pavilion KL & Daily Express, Intermark Mall

Siapa sahaja tidak suka menikmati makanan kopitiam? Daily Kopitiam dan Daily Express menyajikan semua hidangan Cina Malaysia kegemaran anda seperti Mee Udang Penang, Mee Kari Penang, Asam Laksa, Chee Cheon Fun, Lam Mee, Mee Goreng dan bihun goreng.

Ia juga didatangkan bersama dengan kopi yang baru dibrew, pasti rasanya sangat sempurna!

Lokasi: Daily Kopitiam, Tingkat 4, Pavilion KL dan Dewan Makanan, Concourse Bawah, Intermark Mall

#6. Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ, Pavilion KL

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari itik panggang khas sehinggalah mi buatan tangan tradisional ‘La Mian’ Cina, anda dijamin akan berpuas hati dengan keenakan masakan di Grand Imperial. Manakala bagi pelanggan hotpot, anda boleh memilih sebilangan besar daging import, makanan laut segar, bebola daging buatan tangan, ladu dan berbagai sayur-sayuran.

Sudah tentu semua yang anda perlukan ada di pesta hotpot Grand Imperial ini!

Lokasi: Tingkat 9, Pavilion KL

#7. CHICHA San Chen, Pavilion KL

Nikmati makanan Cina anda dengan minuman istimewa oleh pembuat teh Taiwan. CHICHA San Chen menghidangkan teh buah dengan teh tradisional yang berkualiti untuk para pengunjung. 

Anda boleh memilih 6 teh yang berbeza sebagai asas iaitu teh hijau, Osmanthus Oolong, Pergunungan Tinggi Pouchong, teh hitam, teh Ding Oolong dan teh hitam Cassia bersama pelbagai topping pilihan.

Sudah tentu sekali rasanya penuh nikmat dan mampu menyejukkan badan dengan cuaca panas di Malaysia

Lokasi: Tingkat 6, Pavilion KL

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman 

Baca juga: Beli Jiwa Isteri & Anak Berbuka Puasa Di Luar, Ini 7 Lokasi Yang Best Di Sekitar Lembah Klang!