TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Hati-Hati Sebelum Bagi Anak Makan Mee, Kicap Dan Kerisik Ya! Sebab...

15 Jul, 2020
Hati-Hati Sebelum Bagi Anak Makan Mee, Kicap Dan Kerisik Ya! Sebab...

Empat kilang pembuatan mee, kicap dan kerisik ditutup kerana terlalu kotor. Lebih menjijikkan, dalam bekas untuk penyimpanan kerisik ada bangkai tikus!

Fikirkan pun dah kembang tekak, ini mula melihat sendiri depan mata. Kicap, mee dan kerisik antara bahan dalam masakan yang popular dalam masyarakat kita.

Baru-baru ini empat kilang masing-masing terbabit dalam pembuatan mee, kicap dan kerisik ditutup 14 hari kerana terlalu kotor.

Lebih menjijikkan, dalam bekas yang digunakan untuk penyimpanan kerisik bukan saja ada kulat, malah bangkai tikus! Kembang pulak tekak nak makan kerisik lepas ini. 

Kerisik tikus buat kilang ditutup

kicap

Kredit foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, pemeriksaan pihak berkuasa mendapati empat kilang itu tidak mengikut piawaian operasi yang ditetapkan malah ada yang sangat kotor.

Bukan saja tempat penyimpanan berkulat, ada bangkai tikus, lantai kotor malah anjing juga berkeliaran dalam kawasan kilang di Pulau Pinang itu. Memang amat menjijikkan!

Di kilang kicap pula, didapati ada bungkusan plastik yang sudah reput digunakan dalam bekas menyimpan kacang soya yang digunakan untuk membuat kicap sedangkan menurut pihak berkuasa penggunaan plastik tidak dibenarkan dalam proses pengampaian. 

Bagaimanapun, tiga daripada empat kilang yang ditutup mempunyai sijil halal yang sah. 

3 tips buat kerisik dengan mudah

kicap

Kerisik kelapa adalah bahan masakan tradisional yang berasal dari kelapa parut. Kerisik kelapa atau hanya dipanggil sebagai kerisik merupakan antara rencah makanan yang popular dan lazim di kalangan masyarakat Melayu.

Banyak masakan orang Melayu yang menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya ialah masakan rendang, serunding, kerabu dan pajeri nenas.

Zaman teknologi kini, pelbagai cara boleh digunakan untuk membuat kerisik. Jika dulu, lamanya nak sediakan kerisik kerana cara pembuatannya yang remeh. Kelapa perlu digoreng sehingga perang hingga lenguh tangan dibuatnya. 

Tak cukup dengan itu, kelapa perlu ditumbuk hingga keluarkan minyak pula. Rumitkan. Tetapi dengan adanya pelbagai gajet masakan, membuat kerisik jadi lebih mudah, malah tak perlu lenguh-lenguh tangan lagi.

#1. Guna oven

kicap

Kredit foto: iradzahir

Boleh guna oven saja ibu. Tak perlu sangai dalam kuali dah, tengan tak lenguh, masa pun boleh jimat banyak! Tips yang dikongsikan Puan Hana Rahman di laman sosial Facebook ini harus anda cuba. 

Menerusi perkongsiannya, beliau hanya bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 140. Hanya tinggalkan begitu saja dan tidak perlu adjust api atau kacau dengan sudip seperti sangai di atas dapur. Jimat masa kan?

Katanya, hasil kerisik juga cantik, masa sekata, garing, berbau harum dan bila dikisar ia pecah minyak dengan sangat cantik.

Beliau juga berikan tips untuk elak kerisik lemau atau tengik, kisar kering semua kerisik dan simpan dalam peti sejuk.

Ternyata oven yang anda ingat hanya boleh buat kek saja tu, kini boleh digunakan untuk pelbagai lagi masakan atau untuk penyediaan bahan masakan. Gunakan sepenuhnya gajet yang anda ada. Jika tak tahu, boleh Google saja kan? Maklumat di hujung jari saja sekarang ini!

#2. Guna air fryer

Gajet memasak ini agak popular di pasaran ketika ini. Boleh kata ia idaman mak-mak zaman sekarang. Apa tidaknya, selain boleh menggoreng tanpa minyak ia juga boleh digunakan untuk membuat kek! Selain buat kek, ada juga menggunakan air fryer untuk kegunaan lain seperti ikan bakar dan sebagainya kerana fungsinya yang pelbagai. 

Stories Rakan Kongsi
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Moms, Get Rewarded RM15 Shopee Voucher For “Mom’s Day Off” Super Brand Day! 19-21 April 2021
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!
Jangan Lupa Semak Balik Perbelanjaan Anda, 5 Belanja Ini Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai, Untung Badan!

Orang yang sedang diet pun menggoreng gunakan air fryer. Jadi sekarang boleh manfaatkan air fryer anda untuk membuat kerisik pula!

Tetapkan suhu air fryer anda pada 180 setiap lima minit selama tiga kali. Kacau dan ratakan hingga semua sekata. Suhu akhir 160 selama 5 minit untuk sekali.

#3. Guna blender

Tak perlu tumbuk sampai lenguh tangan. Lepas dan masak kerisik dalam oven atau air fryer, kisar saja kerisik anda dalam blender. Kini ada pelbagai jenis blender, ada juga yang memanggilknya food processor. Guna saja apa yang anda ada janji tak perlu lenguh tangan lagi. Barulah enjoy untuk memasakkan.

Jadi dah ada cara mudah, tak perlulah beli kerisik lagi jika anda sempat membuatnya menggunakan cara mudah yang dikongsi ini. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hmetro

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkicap-untuk-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hati-Hati Sebelum Bagi Anak Makan Mee, Kicap Dan Kerisik Ya! Sebab...
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham