Apabila seseorang wanita hamil, mereka tidak sabar untuk melihat si kecil melalui imbasan ultrasound. Tapi, pernahkah anda terfikir kemungkinan risiko ultrasound kepada bayi dalam kandungan?
Mungkinkah autism boleh menjadi salah satu darinya?
Risiko ultrasound pada bayi dalam kandungan dan kaitannya dengan autism
Sebuah kajian baru yang diterbitkan di JAMA Pediatrics adalah bertujuan untuk mengetahui risiko ultrasound kepada bayi dalam kandungan telah mendedahkan maklumat penting tentang hubungan antara imbasan ultrasound dan autism.
Ada berita baik dan berita yang tidak berapa buruk. Berita baiknya, wanita yang melakukan ultrasound yang banyak semasa hamil tidak cenderung untuk melahirkan anak autism berbanding wanita yang mendapat imbasan sedikit saja.
Tapi, wanita yang mendapatkan penembusan ultrasound memiliki kemungkinan yang lebih tinggi untuk melahirkan anak dengan autism!
Kedalaman penembusan meningkatkan risiko ultrasound kepada fetus
Kedalaman penembusan adalah jarak di antara tranduser ultrasound di atas kulit dan tempat di mana anda tengok ultrasound, kata Dr. Jodi Abbot, pengarang bersama kajian ini.
Pakar menerangkan, kedalaman ialah titik terdalam dan terjauh di mana jangkauan ultrasound boleh tercapai.
Risiko ultrasound: Bagaimana kedalaman gelombang memberi kesan kepada bayi?
Pakar mencadangkan yang kedalaman jangkauan ultrasound adalah punca risiko ultrasound kepada bayi dalam kandungan. Ia tidak ada kena mengena dengan fetus atau ibu bapa. Kedalamannya boleh mencapai 20cm dan janin boleh berada pada karak 12cm.
Kajian yang diterbitkan di The Journal of Ultrasound in Medicine telah membuat kajian yang lebih mendalam tentang kedalaman ini. Ia membuktikan yang serapan gelombang melalui lapisan-lapisan tisu meningkatkan frekuensi.
Jadi, lebih tinggi frekuensi, lebih dalam penembusannya.
Tambah Dr Abbot lagi, kedalaman penembusan adalah berbeza mengikut saiz wanita dan jumlah tisu yang dia miliki di antara tranduser dan fetus.
Untuk ibu yang anak tidak lahir dengan autism dan mendapatnya kemudian, Dr Abbot berkata ini mungkin dari lemak perut ibu.
Imbasan kepada kanak-kanak yang kemudian didiagnos dengan autism menusuk lebih dalam ke perut ibu. Ini mungkin kerana ibu memiliki lebih lemak perut.
Risiko ultrasound: Ibu-ibu usah panik!
Walaupun ada hubungan kecil di antara kedalaman tusukan ultrasound dan risiko autism, kajian ini menenteramkan pada masa yang sama.
Kanak-kanak dengan spektrum autism kurang didedahkan dengan ultrasound dan tenaga ultrasound yang digunakan adalah sama dengan anak tanpa spektrum autism.
Dalam erti kata lain, melainkan tusukan ultrasound mendalam, imbasan ultrasound tidak memberi kesan kepada bayi yang belum lahir.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Baca juga:
Anak saya menghidap autisme, tapi jangan cakap dia tidak boleh kerana dia boleh!