Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Rangup Dan Garing, Mudah Sahaja Buat Sendiri

Roti bakar adalah menu paling mudah nak disediakan pada waktu pagi namun apa kata anda ubah sedikit menu tersebut menjadi menu ala kopitiam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau minum di kopitiam tak sah kan tak pesan menu roti bakar. Sebenarnya roti bakar ala kedai kopitiam ini mudah sangat nak buat sendiri, bahkan nak jadikan ia rangup juga boleh.

Tak susah nak membuatnya. bagi ibu-ibu bekerja, masih boleh menyediakan pada hari bekerja pada waktu sarapan pagi kerana ia sangat mudah disediakan kerana tidak memerlukan masa yang lama.

Buat sendiri kat rumah, boleh makan puas-puas. Cubalah resipi yang dikongsikan oleh Elina Shuib menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN)  ini ye, bahan pun tak banyak diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Roti
  • Kaya 
  • Butter

Cara penyediaan :

1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.

2. Sapukan kaya pada roti dan letakkan sedikit butter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Susun di dalam loyang dan bakar selama 2 minit suhu 150. Jangan terlalu lama, nanti hangit.

4. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini sudah tentunya menjadi kesukaan anak-anak kerana sedikit garing.

Boleh juga disapu coklat atau mentega kacang. Gandingkan pula dengan kopi, sama seperti anda menikmatinya di kopitiam. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kawal Pengambilan Roti Putih

Sungguh pun begitu, roti putih merupakan Highly Processed food yang diproses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandum, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.

Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.

Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana jumlah serat yang rendah, menyebabkan seseorang individu cepat lapar selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.

Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis wholemeal atau whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne’s, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

Baca juga : Resepi Roti Muffin Homemade, Dah Boleh Sarapan Ala McD Di Rumah!

Baca juga : Resepi Rotiboy Homemade Yang Sedap & Lembut, Buat Minum Petang Anak Mesti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi