Bila lihat sekali jalan, ingatkan bilik hotel 5 bintang, tetapi pada hakikatnya bilik tidur satu-satunya anak perempuan selebriti terkenal, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana, 8 tahun. Dekorasi bilik tidur anak Che Ta itu dikatakan dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama Nur Khalaf yang berpeluang datang ke rumah selebriti itu.
Boleh dilihat menerusi video yang dikongsikan, bilik tidur Aaisyah itu bertemakan rona pink ala princess serta ruang di dalam bilik tersebut jugak sangat luas hadir bersama bilik mandi cukup mewah. Bukan hanya dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king, malah ruang mandi juga mengejutkan Nur Khalaf yang merakam video tersebut.
@nurkhalaf Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah! ♬ original sound – Nur Khalaf
Memasuki ruang bilik airnya, nyata bukan biasa-biasa kerana ia turut hadir dengan tab mandi yang biasa dilihat hotel-hotel 5 bintang! Kalau sekali pandang, boleh kata siapa pun tidak akan perasan yang ia adalah ruang tandas kerana dekorasinya yang turut hadir dengan sebuah sofa santai.
Dengan berlantaikan serba serbi marble, dindingnya juga diperbuat daripada marble yang mana umum ramai tahu ia bukan murah untuk membuat dekorasi sedemikian rupa. Kamar mandinya tidak hanya mempunyai tab mandi mewah, tetapi juga terdapat ruang shower dan ruang tandas yang dipisahkan dengan satu kabinet dengan cermin dinding berbingkai mewah sebagai perantara.
Video rakaman tersebut berjaya meraih lebih 2.7 juta juta tontonan. Rata-rata netizen sangat kagum dan terkejut dengan dekorasi bilik tidur anak Rozita Che Wan itu. Ada netizen yang mengatakan yang ruang mandinya sahaja sudah lebih luas daripada bilik tidur kebanyakkan rumah sekarang ini. Adanya yang membuat gurauan di mana membandingkan tandas bilik Aaisyah jauh lebih besar daripada ruang tamu rumah mereka.
Ternyata yang dekorasi bilik tidur satu-satunya puteri Rozita Che Wan ini cukup lengkap dan mewah seakan hotel 5 bintang. Tidak hanya menerima pujian daripada rata-rata penonton video berkenaan, malah ada juga mengatakan beruntung menjadi anak Che Ta yang sanggup berhabisan untuk keselesaan anaknya, biarpun Aaisyah hanya baru berusia 8 tahun.
TikTok Nur Khalaf
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!
Baca juga: Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!
Baca juga: Idea Deko Bilik Tidur Kecil Yang Ringkas & Menarik, Ini Panduan Berguna Untuk Ibu Ayah!