Bila Isteri Minta Duduk Asing Dengan Mentua, Fahamlah Dia Sebenarnya Perlukan Privasi

Rumah sendiri untuk suami isteri adalah lebih baik berbanding tinggal bersama mentua. Suami wajib sediakan tempat tinggal selesa untuk isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada suami isteri yang memilih untuk duduk rumah sendiri, dan ada juga yang memilih untuk tinggal dengan ibu bapa mentua. Tetapi bagaimana pula jika si isteri berhasrat untuk minta duduk asing dari keluarga suami sedangkan si suami mahu duduk bersama untuk menjaga ibu bapanya?

Perkara ini sering menjadi konflik yang membawa kepada pergaduhan antara suami dan isteri. Suami tersepit di antara menurut kemahuan isteri atau menunaikan tanggungjawabnya. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sebab mengapa isteri minta duduk rumah sendiri
  • Peranan suami dalam menjaga ibu bapa dan isteri

Sebab mengapa isteri minta duduk rumah sendiri

Tidak menjadi salahnya sekiranya si isteri meminta untuk duduk rumah sendiri kerana ia melibatkan faktor keselesaan si isteri itu sendiri.

Adalah lebih baik sekiranya suami memainkan peranan dan mencarikan kediaman atau tempat tinggal yang elok untuk isteri. 

#1. Masalah aurat

Masalah melibatkan aurat isteri yang mana pergaulannya serta batas aurat perlu setiap masa dijaga terutamanya apabila duduk dengan ahli keluarga yang ramai. Isteri tidak bebas untuk membuka aurat.

#2. Dapur

Isteri tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara yang berkaitan mengenai dapur dan menu makanan kerana berkongsi dengan satu rumah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Naluri dan keinginan memiliki

Seorang wanita menginginkan kediaman yang mana dirinya bebas untuk melakukan apa sahaja dan memiliki perkara yang dia mahukan. Jika di rumah si suami, sukar untuk isteri menghias dapur, mencantikkan rumah dan sebagainya.

#4. Kebebasan masa

Duduk di rumah mentua bermaksud si isteri perlu mengikut masa dan peraturan di rumah mentua. Isteri tidak bebas dalam menentukan masa dalam membuat apa yang dia suka. 

Peranan suami dalam menjaga ibu bapa dan isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun tinggal berasingan dengan ibu bapa, ini bukanlah bermaksud bahawa anda tidak langsung boleh menjaga ibu bapa.

Ketaatan dan tanggungjawab sebagai anak tidak berubah. Anda masih boleh sentiasa melawat mereka dan membawakan makanan.

Jangan terus tinggal tanpa sebarang khabar berita. Sekurang-kurangnya, buatlah panggilan telefon setiap minggu untuk mengetahui keadaan ibu ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai seorang anak, anda masih boleh berbakti dengan memenuhi keperluan mereka mengikut kemampuan diri.

Dalam masa yang sama, isteri adalah insan terpenting yang akan menyokong hidup suami. Dia merupakan amanah daripada Allah yang perlu dijaga.

Mereka bukanlah hamba abdi dalam rumah mentuanya sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan mudah untuk mengimbangi dua tanggungjawab serentak, namun demi kebaikan bersama cubalah utamakan kehendak isteri terlebih dahulu kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hubungan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Juga Perlu Minta Izin Isteri Jika Mahu Keluar Rumah, Sebagai Tanda Hormat Padanya

Baca juga: Walau Sehebat Mana Pun Isteri, Jangan Sesekali Ambil Tugas Suami Dalam Rumah Tangga

Baca juga: Hati Isteri Tiada Siapa Tahu, Bila Dia Bahagia Seluruh Isi Rumah Akan Nampak Serinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman