X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri

6 Jul, 2022
Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri

Tinggal serumah bersama mentua mungkin bukan pilihan sesetengah isteri. Namun wanita ini kongsi rasa bahagia dengan layanan istimewa

Wanita ini akui selesa tinggal serumah bersama mertua apabila video dia dihantar bekerja oleh bapa mentuanya itu telah meraih perhatian orang ramai. Kalau wanita lain, selepas mendirikan rumah tangga pilihan mereka adalah tinggal secara berasingan, tetapi tidak bagi wanita ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pilih tinggal serumah bersama mertua kerana berasa selesa dan mahu menjaga mereka
  • Kedua-duanya merupakan anak bongsu
  • Dilayan seperti anak sendiri bukannya tiket untuk ambil kesempatan
  • Hasil perkongsian di TikTok mendapat ribuan ‘like’

Pilih tinggal serumah bersama mertua kerana berasa selesa dan mahu menjaga mereka

Pilih tinggal dengan mentua

Menurut wanita ini yang bernama Nor Atiqah Amira binti Mohd Daud atau lebih mesra dipanggil Ika, dia mula tinggal sebumbung bersama mentuanya sejak mula berkahwin iaitu tiga tahun yang lalu.

Walaupun pada awalnya merancang untuk berpindah dan hidup secara berasingan, namun atas permintaan ibu dan bapa mentuanya, dia akur dan akhirnya berasa selesa.

“Sekarang ini saya dan suami menetap di rumah mentua yang terletak di Gelugor, Pulau Pinang. Rumah ibu bapa saya di Batu Uban, pun tak jauh dari rumah mentua.

Advertisement

Sebenarnya masa awal berkahwin, sama seperti pasangan lain saya dan suami memang rancang nak pindah dan duduk berasingan daripada ibu bapa.

Tapi mummy dan papa minta kami duduk dengan mereka sahaja. Lagi pun mereka tinggal berdua kerana adik beradik lain sudah berumah tangga. Mereka kata, rumah besar-besar tak ada siapa pula nak duduk.”

Mereka berdua juga tiada perancangan untuk berpindah buat masa ini dan masih mahu tinggal bersama-sama ibu dan bapa mentuanya. Memandangkan kedua-duanya pun sudah berumur 70an, Ika dan suami mahu menjaga dan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

Mengimbas kenangan pahit yang lalu, Ika menyatakan yang dia pernah keguguran sebanyak dua kali dan ibu mentuanya selalu datang dan bertanya khabar kerana waktu itu dia berpantang di rumah ibunya.

Walaupun belum lagi dikurniakan rezeki anak, namun dirinya sangat bersyukur kerana memiliki mentua yang baik.

Tawakal selepas pilih tinggal bersama mentua

ibu mentua

“Saya dan suami sama-sama anak bongsu pula. Sebelum kahwin selalu dengar ada yang nasihat, kalau boleh duduk asing. Tapi bagi saya, tak apalah cuba dahulu. Selebihnya saya berserah. 

Diam tak diam, dah tiga tahun duduk sebumbung dengan mentua.”

Dilayan seperti anak sendiri bukannya tiket untuk ambil kesempatan

Menurut Ika juga, sejak tinggal dengan keluarga mentua, mereka melayannya seperti anak sendiri.

“Papa dan mummy memang jaga saya macam anak sendiri. Saya bekerja di sebuah kedai aksesori di pusat beli belah di Queensbay. Setiap hari papa yang akan hantar pergi kerja.

Jarak rumah dengan tempat kerja hanya 10 minit. Apabila waktu tengah hari, mummy akan masak dan papa hantarkan lauk. Tibanya waktu pulang, saya akan dijemput suami atau mummy.

Setiap kali balik kerja malam, mummy dan papa mesti tunggu. Sembang sekejap pun jadilah asalkan tengok saya selamat sampai.

Apabila waktu cuti, saya berniaga kuih tepung pelita. Mummy dan papalah rajin tolong sediakan bahan-bahan. Mummy juga akan masakkan lauk kegemaran.”

Tegasnya juga, walaupun dilayan dengan cukup baik itu bukanlah tiket untuknya mengambil kesempatan di atas segala kebaikan mereka.

Layanan yang sama juga turut diterima daripada dua orang kakak iparnya.

“Sebelum kahwin, saya selalu juga keluar dengan kakak-kakak ipar, sampailah sekarang. Kalau saya tak dapat keluar sama, ada saja mereka belikan sesuatu. Pendek kata, saya macam adik mereka.”

Hasil perkongsian di TikTok mendapat ribuan ‘like’

selesa tinggal mentua

Bercerita lanjut mengenai perkongsiannya yang telah mendapat ribuan ‘like’ itu Ika berkata,

“Saya buat TikTok ni kerana ada kaitan dengan kerja. Saja upload video dihantar  papa ke tempat kerja.

Alhamdulillah, semuanya komen positif. Namun saya tersentuh apabila baca komen, dia kata tak pernah rasa kasih sayang daripada keluarga pun sebab datang dari broken family.

Stories Rakan Kongsi
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Two Goals In One! Money Parenting Through Fun
Two Goals In One! Money Parenting Through Fun
Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

Moga-moga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberi manfaat buat orang di luar sana.” Akhirinya dengan penuh harapan.

mstar.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

Baca juga: “Aku Besarkan Anak Aku Untuk Kau Pukul Dia Ke?” Viral Bapa Mertua Belasah Menantu Hingga Lunyai

Baca juga: Jangan katakan 7 perkara ini kepada menantu perempuan anda

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tinggal Serumah Dengan Mentua, Wanita Ini Bahagia Dilayan Istimewa Seperti Anak Sendiri
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham