Rumah wangi adalah perkara yang paling digemari oleh ramai orang. Terutamanya kaum wanita. Bila masuk sahaja rumah, bau semerbak pada hidung pasti penat lelah bekerja pun boleh terubat. Jangan pula masuk rumah, bau busuk, hapak, dan bau sampah yang masih belum dibuang.
Potong betul mood, dengan tengah penatnya lagi.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tips untuk diamalkan supaya rumah kekal wangi sentiasa
- Bahan-bahan yang diperlukan untuk rumah wangi
Bak kata orang, rumah biar kecil tapi tersusun rapi, sentiasa bersih, dan sentiasa wangi.
Barulah ‘Rumahku, syurgaku’, kan?
Tips rumah wangi dan kekal harum
Tips berguna ini telah dikongsikan oleh page Viral Media Malaya di Facebook dan kini berjaya meraih hampir 1,000 perkongsian setakat artikel ini ditulis.
Baca tips penuh di bawah:
#1. Tips rumah rumah wangi: Habuk tak melekat pada perabot
- 1 penutup pelembut fabrik
- 10 cawan air
- Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
- Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
#2. Rahsia rumah wangi: Kilatkan lantai
- 1 penutup pencuci lantai
- Cuka
- Air panas
#3. Cara wangikan rumah yang paling jimat
- 1 penutup pelembut fabrik
- Cuka
#4. Segarkan bilik air
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 sudu teh kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh cuka
- 1 cawan air
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Rumah Kemas & Berkilat Di Pagi Raya, Ini 7 Rahsia Kemas Rumah Dengan Mudah
Baca Juga: 7 Tips Kemas Rumah Agar Nampak Baru Di Hari Raya, #3 Paling Mudah & Beri Impak Luas!
Baca Juga: 6 Tips Kemas Rumah Dengan Anak Dari Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Yang Selalu Penat