Tiada Wanita Inginkan Perceraian, Jika Itu Yang Terbaik Belajarlah Menghargai Diri Sendiri

Dalam meneruskan kehidupan rumah tangga, anda tidak akan sunyi tanpa ujian. Begitu juga dengan sabar seorang isteri berdepan suami dan anak-anak di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan mudah untuk mengemudi sebuah rumah tangga, ada kalanya bahagia bagaikan dunia ini milik kita dan ada ketikanya dilanda angin taufan yang datang tiba-tiba. Apa yang pastinya, sabar seorang isteri amat penting bagi memberikan aura positif dalam hidup seluruh ahli keluarga.

Manusia sememangnya tidak akan pernah terlepas dari sebarang jenis ujian, sama ada secara peribadi melalui pasangan, anak-anak atau ahli keluarga terdekat. Mahu atau tidak, anda terpaksalah mengharungi dengan hati yang tabah.

Sabar seorang isteri dalam melayani karenah pasangan dan anak-anak

credit to sources

Apabila menyentuh tentang soal kebahagiaan, setiap orang berhak untuk menikmati hidup yang bahagia dan gembira. Meskipun anda diuji dengan sikap suami lepas tangan, anak-anak, ia bukanlah alasan untuk terus kecewa dan tertekan.

Langit tidak selalunya cerah. Ada pasangan yang ditakdirkan jodoh tidak lama, terpisah di pertengahan jalan. Sebagai wanita hebat, anda perlu bangkit! Kena bijak mengawal emosi dan berusaha untuk menghargai diri sendiri.

Berkongsi pengalaman sebenar, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, ada wanita yang berharap untuk kembali ceria sepertinya namun tidak tahu cara mendapatkan kekuatan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya nak sentiasa ceria macam Kak Su, tapi saya tidak boleh sebab tak kuat macam Kak Su..”

Inilah luahan klien saya dalam sesi bersemuka baru-baru ini. Dia bakal diceraikan oleh suami walaupun sudah hampir 18 tahun bersabar dengan sikapnya yang langsung tidak pedulikan dia dan seorang kaki perempuan.

Namun akhirnya, suami tetap memilih untuk menceraikannya juga. Ketika bersemuka, saya menjelaskan mungkin kehendak suami adalah hikmah untuk wanita berkenaan mencapai bahagia sebenar memandangkan hanya melalui derita sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Menerima takdir walaupun pahit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sebagai manusia biasa, anda tidak boleh melakukan apa-apa jika sudah ditakdirkan ia tamat dengan perpisahan. Hanya perlu menerima dan redha sepenuhnya. Akan tiba masanya Allah berikan bahagia yang sebenar pada kemudian hari.

Mendengar kata-kata tersebut, klien tadi meluahkan bicara yang saya kongsikan di awal perbincangan kali ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Realitinya ia bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk ceria dan bahagia sepanjang masa. Saya sendiri selalu kongsikan di laman Facebook tentang keceriaan atau kebahagiaan; derita atau kecewa; segalanya bergantung kepada diri anda sendiri.

Beri peluang orang sekeliling untuk menjadi penyebab kepada duka, derita, kecewa atau suka. Jika tidak benarkan emosi-emosi negatif menguasai diri sepenuhnya, anda tidak mungkin akan ceria dan bersedih dalam tempoh yang panjang.

Justeru, yang perlu dijaga adalah kesihatan minda. Ia perlu memainkan peranan dalam mengawal emosi, bukan sebaliknya.

Menilai dan menghargai kelebihan diri sendiri

Ramai yang mempersoalkan, bagaimana caranya untuk kekal ceria? Perlukah menukar penampilan diri ataupun watak menjadi ‘orang’ yang baharu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi saya, tidak perlu menjadi orang lain untuk hidup ceria dan berjaya. Jadilah diri anda sendiri, yang penting tingkatkan keistimewaan dan kelebihan yang ada.

Tidak ada kelebihan? Jangan sesekali memandang rendah kepada keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Setiap individu diberikan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Percayalah, setiap kurniaan-Nya adalah anugerah tidak ternilai.

Sekiranya diri tidak menghargai kelebihan sendiri, sudah tentu tiada insan lain yang akan menghargai seadanya!

Konsep tawakal perlu seiring dengan usaha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Konsep berserah atau tawakal perlu dipraktikkan sedaya upaya bagi membebaskan diri daripada ujian yang Allah S.W.T berikan. Dalam masa yang sama, berdoa mohon bantuan-Nya, kemudian barulah berserah dan bersedia menerima kehendak-Nya.

Yakinlah bahawa setiap ujian Allah berikan kepada hamba-Nya adalah kerana Dia tahu anda mampu menerima ujian tersebut. Bila diuji pula, kita disuruh agar redha. Mampu bukan bererti menyerah bulat-bulat. Reda bukan bermaksud terima tanpa sebarang ikhtiar untuk menangani ujian tersebut.

Langsung tidak berusaha pula bererti anda kufur akan nikmat Allah. Ingat, hidup kita bukanlah medan lakonan. Ia juga bukan perhitungan bagi menentukan siapa kalah atau menang.

Sebaliknya ia adalah satu perjuangan. Berusahalah memperjuangkan hak anda sendiri, mencipta kebahagiaan selepas ditinggalkan, perjuangkan segala amanah yang ditetapkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Hilang Pendapatan Kerana Covid-19, Ini Cara Suami Isteri Boleh Menghadapinya