Saiz JARUM SUNTIKAN Vaksin Bukan Satu Je, Ada Banyak Untuk Pelbagai Kegunaan!

Saiz jarum suntikan ada pelbagai, ia bukan sama untuk semua kegunaan. Doktor atau jururawat akan memilih bergantung kepada prosedur yang dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini heboh mengenai saiz jarum suntikan. Ia susulan pendapat yang mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya berlakon menerima suntikan ketika Pelancaran Imunisasi Covid-19 baru-baru ini.

Apabila muncul isu itu, Kementerian Kesihatan bertindak memberi penerangan mengenai saiz jarum suntikan yang akhirnya membuka mata rakyat Malaysia bahawa ia adalah pelbagai dan bukan satu saiz saja!

Disebabkan itulah pentingnya mambaca untuk menambah pengetahuan. Bukan saja Kementerian Kesihatan, malah ada mereka yang pakar dalam bidang kesihatan juga bertindak menerangkan mengenai saiz jarum suntikan yang pelbagai.

Saiz jarum suntikan berbeza ikut keperluan

Jika membabitkan saiz jarum ketika majlis pelancaran imunisasi Covid-19 membabitkan Perdana Menteri, penggunaan jenis dan saiz jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan, termasuk proses vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan.

Untuk prosedur menyedut cecair dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar berwarna biru untuk memastikan pengambilan adalah lancar.

Perbezaan warna jarum bermakna saiz lubang berbeza. Jarum yang digunakan untuk menyedut dari botol adalah lebih besar (biru) untuk memastikan kelancaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala jarum bersaiz lebih kecil (merah atau jingga) adalah untuk inokulasi bagi mengurangkan rasa sakit dan lebam kepada penerima. 

Selain itu, jarum suntikan berbeza perlu digunakan semasa proses vaksinasi dibuat untuk mengelakkan kontaminasi silang antara pesakit.

Paling penting, vaksin daripada vial yang disedut masuk ke dalam picagari untuk diberikan kepada penerima tidak berubah.

Di Twitter, individu yang menggunakan pakai nama Dr.ProVax tampil untuk menerangkan lebih lanjut mengenai saiz jarum suntikan yang digunakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Saiz jarum suntikan kecil 

Jarum-jarum kecil atau halus biasanya digunakan untuk vaksin atau ubatan yang molekulnya saiz kecil dan untuk kegunaan intradermal (dalam kulit) atau subcutaneous (dalam lemak).

Contohnya adalah suntikan Tuberculin (Mantoux test) utk pengesanan penyakit Tuberculosis (TB) atau suntikan insulin untuk pesakit kencing manis.

#2. Saiz jarum suntikan senderhana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jarum-jarum sederhana biasanya digunakan untuk pengambilan atau pendermaan darah untuk tujuan bukan kecemasan atau pemberian ubat-ubatan atau vaksin yang saiz molekulnya sederhana.

Ia untuk tujuan suntikan intramuscular (dalam otot) atau intravenous (dalam darah) injection. Contonya adalah ubat tahan sakit atau vaksin.

#3. Saiz jarum suntikan besar

Jarum-jarum besar pula biasanya digunakan atau dikhaskan untuk tujuan kecemasan selaunya atau molekul ubatan yang besar tetapi jarang berlaku. Contohnya untuk proses pendermaan darah dan kegunaan di wad kecemasan (zon merah). 

Jadi jangalah pukul rata semua jarum sama untuk pelbagai kegunaan. 

Kepentingan vaksin kepada bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.

Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Kini kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan.

Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

Bagaimana vaksin berfungsi?

Tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindunginya daripada jangkitan virus dan bakteria. Walau bagaimanapun, mekanisma pertahanan ini boleh dirangsang dengan suntikan vaksin.

Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan.

Kesan maksimum sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin tersebut diambil mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa masih bayi?

Kanak-kanak dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa.

Vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka melalui rangsangan kepada sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa.

Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Kementerian Kesihatan, Kosmo, Dr ProVax

Baca juga:  AMARAN, Ibu Bapa Yang Tidak Vaksin Anak Bakal Dikenakan Denda RM20,000

Penulis

Lala Annuar