Sebenarnya, apa yang difikirkan wanita tentang saiz penis suami?

lead image

Saiz zakar lelaki yang normal berapa? Apa pula pandangan wanita tentang saiz penis ini? Adakah ia penting atau ia tidaklah sepenting yang disangka?

Bila berbincang tentang topik saiz zakar lelaki, sebenarnya, lelaki yang lebih banyak risau tentang perkara itu berbanding wanita. 

Kerisauan yang sering difikirkan oleh suami ialah adakah saiz zakarnya mampu memuaskan isteri atau tidak. Sebab itu lelaki nak sangat tahu pendapat wanita tentang saiz zakar lelaki.

Oleh sebab amat terdorong dengan pendapat isteri, ada suami yang sanggup melakukan pelbagai cara untuk membesarkan senjata mereka. Tapi sebenarnya, apa pendapat wanita tentang saiz zakar lelaki?

Kebanyakan wanita enggan berbincang dan mengutarakan pendapatnya tentang saiz zakar suami. Namun, hal ini tidak bermaksud mereka tiada pendapat tentangnya. 

Apa pendapat isteri tentang saiz zakar lelaki?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/depositphotos 47986323 stock photo small wooden image of penisthailand.jpg Sebenarnya, apa yang difikirkan wanita tentang saiz penis suami?

Kredit: Depositphotos

Menurut tinjauan ke atas 800 orang lelaki, pengkaji Barat mendapati purata panjang bagi penis ialah 5.5 inci. Manakala menurut Kinsey Report pula, purata panjang ialah sepanjang 6.2 inci.

Tapi, saiz zakar lelaki yang paling normal (dan dimiliki oleh kebanyakan lelaki) ialah sepanjang 5.1 hingga 6 inci. 

Hari ini kami akan bawakan kepada anda 3 pendapat wanita tentang saiz penis seorang suami.

#1 Ada wanita yang tidak kisah tentang saiz

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/seducewoman.jpg Sebenarnya, apa yang difikirkan wanita tentang saiz penis suami?

Kredit: Guidance4Men

Sesetengah wanita percaya dengan istilah “apa yang penting ialah apa anda buat dengan senjata anda itu”. Ia bermaksud saiz tidak mendatangkan sebarang kesan.

Wanita yang menganggap saiz mahupun kepanjangan penis lelaki bukanlah satu isu berpendapat apa yang penting ialah kepuasan yang dirasainya.

Kepuasan ini boleh melibatkan gaya, posisi, kelajuan dan permainan suami di atas ranjang. 

Biasanya, lelaki yang memiliki senjata besar mudah berasa bangga lalu mereka tidak menghiraukan kepuasan pasangannya. Ini yang paling dibenci wanita. 

Seks yang berkualiti amat penting untuk keharmonian rumah tangga. Seks berkualiti melibatkan keintiman, perkongsian orgasma dan kepuasan pasangan.

#2 Ada wanita suka saiz zakar lelaki yang besar

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/How Women Seduces Men With These 4 Magical Words.jpg Sebenarnya, apa yang difikirkan wanita tentang saiz penis suami?

Ada juga sesetengah wanita (kategori ke-dua) yang memikirkan saiz zakar lelaki memainkan peranan penting.

Saiz yang lebih besar dari saiz purata paling memberi kenikmatan. Hal ini kerana mereka percaya klimaks di bahagian vagina adalah benda yang paling memuaskan.

Dalam tinjauan tentang saiz zakar lelaki yang disoal pada wanita, hampir 80% wanita mengatakan saiz zakar yang besar (dalam ukuran 5.75 – 6.25 inci) ialah saiz paling best. 

Tapi antara panjang atau besar, sebahagian besar wanita menjawab mereka lebih suka zakar yang besar berbanding zakar yang panjang.

#3 Apa yang paling penting ialah kebersihan

Walaupun terdapat dua jenis golongan wanita yang mengutarakan pendapat masing-masing tentang saiz zakar lelaki ini, tapi semua wanita sebenarnya amat mementingkan isu kebersihan. 

Poin kebersihan zakar lebih penting berbanding saiz, kelembutan kulit zakar mahupun ada urat di zakar atau tidak. 

Kebersihan di sini membawa maksud tiada bauan yang aneh pada penis. Malah, lelaki juga seharusnya menjaga kekemasan bulu badan di sekitar kawasan peribadi tersebut. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Posisi Seks Tepat Untuk Merangsang Payudara.jpg Sebenarnya, apa yang difikirkan wanita tentang saiz penis suami?

Jika anda masih tertanya-tanya apakah pendapat wanita tentang saiz zakar lelaki, dengan sukacitanya kami menyimpulkan:

  1. Bagi wanita yang sukakan zakar besar, ia bermaksud ketebalan dan kekuatan zakar. Ia tak berkaitan panjang.
  2. Bagi wanita yang tidak kisah dengan saiz zakar lelaki, mereka lebih menggemari corak permainan anda di atas ranjang

Apa yang lelaki harus lakukan?

Namun, lelaki masih menganggap saiz zakar yang bertambah 1 ataupun 2 inci umpama satu kemenangan buat mereka. 

Ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Apa yang penting ialah teknik foreplay dan rangsangan tepat yang anda berikan. 

Lelaki juga harus lebih berhati-hati jika terlalu taksub ingin membesar atau memanjangkan senjatanya. Jangan membahayakan diri sendiri seperti kes lelaki ini.

Terdapat teknik semula jadi yang anda boleh cuba untuk mendapatkan saiz zakar yang diidam. Teknik semula jadi ini lebih selamat berbanding pil atau ubatan yang tidak disahkan pakar.

Sebenarnya, anda harus memberi fokus kepada tahap keyakinan diri anda. Jika anda yakin, aksi di ranjang takkan pernah bosan dan pasangan anda akan tersenyum hingga ke telinga. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini disadur dari theAsianparent Singapura

Baca juga:

5 cara membesarkan zakar tanpa bantuan ubat atau kaedah yang pelik dan berbahaya