Sakit Belakang Kepala Tanpa Sebab: Punca, Gejala Dan Cara Mengatasinya

Sakit belakang kepala boleh menjejaskan aktiviti harian kerana menimbulkan rasa tidak selesa berpanjangan. Ketahui punca dan rawatan berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit belakang kepala sering dianggap masalah kecil, namun jika dibiarkan ia mampu mengganggu fokus dan produktiviti harian. Rasa sakit yang berlarutan bukan sahaja menjejaskan keselesaan, tetapi juga boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sakit Belakang Kepala?

Sakit belakang kepala adalah rasa tidak selesa atau sakit di bahagian belakang kepala dan kawasan leher. Kesakitan ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk:

  • Rasa berdenyut
  • Rasa seperti ditekan
  • Rasa mencucuk
  • Rasa kejang atau tegang

Namun begitu, simptom yang dialami setiap individu mungkin berbeza-beza bergantung kepada punca sakit di bahagian belakang kepala terjadi.

Tanda Sakit Belakang Kepala

Terdapat beberapa tanda dan simptom yang boleh dikesan lebih awal. Antaranya:

1. Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)

  • Rasa seperti kepala ditekan dari depan hingga ke sisi dan belakang.
  • Leher dan bahu terasa kaku atau lemah.
  • Rasa tidak selesa tetapi tidak menyebabkan mual atau gangguan penglihatan.

2. Migrain

  • Sakit berdenyut-denyut yang bermula di belakang kepala.
  • Disertai dengan mual, muntah, dan sensitiviti terhadap bunyi, cahaya, serta bau.
  • Kulit menjadi lebih sensitif dan otot terasa lemah.
  • Sakit boleh bertahan beberapa jam hingga beberapa hari dan bertambah buruk dengan aktiviti fizikal.

3. Sakit Kepala Kluster(Cluster Headache)

  • Rasa sakit yang amat kuat dan biasanya tertumpu di belakang atau sebelah kepala.
  • Berlaku dalam ‘kluster’ iaitu beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu atau berbulan.
  • Muncul bersama hidung berair, mata berair, dan kelopak mata terkulai.
  • Pesakit sering berasa gelisah dan sukar untuk duduk diam.

4. Oksipital Neuralgia

  • Sakit berdenyut-denyut dan rasa seperti terbakar di belakang kepala.
  • Kesakitan bertambah dengan pergerakan leher.
  • Kulit kepala terasa lembut dan sensitif terhadap cahaya.

Penyebab Terjadinya Sakit Belakang Kepala

1. Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)

Ini adalah jenis sakit kepala paling biasa. Ia disebabkan oleh stres atau ketegangan otot di bahagian leher dan bahu.

Kesakitan boleh berlangsung dari beberapa minit hingga beberapa hari.

2. Migrain

Migrain sering dialami sejak usia muda dan menjadi lebih kerap seiring peningkatan umur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi sesetengah orang, migrain menyerang beberapa kali seminggu terutama di kalangan wanita berusia 35 hingga 45 tahun.

3. Cluster Headache

Walaupun jarang berlaku, sakit kepala kluster adalah antara yang paling menyakitkan. Ia berlaku mengikut tempoh tertentu, contohnya selama beberapa minggu atau bulan dan hilang sepenuhnya selepas itu.

4. Oksipital Neuralgia

Keadaan ini berlaku apabila saraf di leher atau tengkuk mengalami keradangan atau kerosakan. Kesakitan bermula di bahagian leher dan merebak ke belakang kepala serta belakang telinga.

5. Arthritis

Keradangan pada sendi leher akibat rheumatoid arthritis atau osteoarthritis boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang kepala dan leher. Pergerakan leher boleh memburukkan lagi kesakitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Postur Tubuh Yang Buruk

Postur yang salah semasa duduk atau bekerja meningkatkan tekanan pada bahagian belakang kepala, leher dan bahu. Ini boleh menyebabkan rasa sakit atau denyutan di tengkorak.

7. Saraf Tersepit

Saraf yang tersepit di tulang belakang menyebabkan tekanan dan sakit di leher yang boleh merebak ke belakang mata dan kepala

Keadaan ini sering dipanggil sakit kepala servikogenik. Kesakitan bertambah ketika berbaring dan boleh mengganggu tidur.

8. Pendarahan Subarakhnoid

Sakit di bahagian tersebut juga boleh berlaku akibat kecederaan atau trauma di bahagian belakang kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengesahkan punca ini, pesakit perlu menjalani pemeriksaan CT scan kepala untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

9. Giant Cell Arteritis

Giant cell arteritis melibatkan keradangan pada pembuluh darah di kawasan occipital iaitu bahagian belakang kepala.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan sakit di bahagian tersebut, tetapi juga boleh merebak ke pembuluh darah lain seperti di mata dan kepala.

10. Pengambilan Makanan Terproses

Makanan terproses dan berpengawet boleh mencetuskan migrain bagi sesetengah individu. Ini berpunca daripada kandungan garam yang tinggi dalam makanan tersebut.

Pengambilan makanan tinggi garam (natrium) boleh meningkatkan tekanan darah, sekali gus menyebabkan sakit kepala atau serangan migrain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Sakit di bahagian tersebut kadangkala boleh menjadi tanda kepada masalah kesihatan serius. Segera dapatkan rawatan jika:

  • Sakit kepala berlaku secara tiba-tiba dan sangat kuat.
  • Anda mengalami penglihatan kabur, kekeliruan atau kelemahan otot.
  • Kesakitan berlaku selepas kecederaan atau kemalangan.

Langkah-Langkah Mengatasi Rasa Sakit

1. Amalkan Postur Badan Yang Betul

Pastikan kedudukan badan tegak semasa duduk atau bekerja. Gunakan kerusi ergonomik dan lakukan regangan secara berkala.

2. Kurangkan Stres

Cuba teknik relaksasi seperti meditasi dan pernafasan dalam. Selain itu, tidur yang cukup juga membantu mengurangkan tekanan mental.

4. Senaman Regangan Leher dan Bahu

Lakukan regangan ringan untuk melegakan otot yang tegang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Minum Air Secukupnya

Dehidrasi boleh memburukkan sakit kepala. Pastikan badan sentiasa terhidrat.

Jika sakit berterusan atau mengganggu aktiviti harian, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita & Senaman Untuk Mengatasinya

Baca juga: Senaman Untuk Legakan Sakit Urat Belakang Ketika Hamil, Bolehlah Ibu Cuba Di Rumah!

Baca juga: Konjunktivitis (Sakit Mata Merah): Adakah Ia Berjangkit, Simptom Conjunctivitis & Rawatan

Penulis

Noorhidayah