Kenapa Saya Selalu Rasa Nak Membuang Air Besar Semasa Period?

Hormon ke sebabnya? Baca terus untuk mengetahui sebabnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita selalu berkongsi mengenai pengalaman datang bulan dan salah satu yang sering dibincangkan adalah sakit buang air besar semasa haid.

Anda mungkin rasa jijik dan tidak percaya tapi sebanyak 8,100 wanita akan melakukan carian Google mengenai “sakit buang air besar semasa haid” setiap bulan!

Rupa-rupanya ramai juga yang sakit, tetapi mungkin rasa segan untuk bertanya.

Sakit buang air besar semasa haid: Mengapa ia berlaku?

Senang sahaja jawapannya! Hormon anda yang menyebabkan wanita sakit buang air besar semasa haid atau buang air besar lebih kerap. Antara hormon yang bertanggungjawab ialah:

1. Prostaglandin

Setiap bulan. badan wanita akan menghantar isyarat ke rahim untuk merembeskan hormon prostaglandin. Tujuan hormon ini ialah untuk mengawal pengecutan dan penanggalan lapisan-lapisan rahim pada akhir kitaran haid

Inilah bagaimana wanita mengalami pendarahan setiap bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi hormon prostaglandin juga boleh memberi kesan kepada usus yang terletak berhampiran dengan rahim.

Apabila usus tiba-tiba menerima arahan untuk “melepaskan bom”, ini boleh menyebabkan wanita itu buang air besar lebih kerap semasa haid. 

Sekiranya anda sedang menggunakan pil pencegah hamil, penghasilan hormon ini akan menjadi terhad dan anda mungkin tidak akan mengalami masalah ini. 

2. Progesteron

Namun, bukan hormon prostaglandin saja yang boleh menyebabkan rasa sakit. Hormon progesteron yang dikeluarkan dari ovari untuk membantu penebalan lapisan rahim juga menyumbang kepada fenomena ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rebecca Brightman seorang OBGYN di New York memberi penjelasan ini:

“Hormone progesterone boleh melambatkan sistem pencernaan sehingga menyebabkan perasaan perut kembung yang tidak selesa. Ramai wanita juga mengalami sembelit pada minggu terakhir ataupun kira-kira 10 hari sebelum datang haid.”

Tahap hormon progesteron paling tinggi adalah pada pertengahan kitaran haid. Sejurus sahaja wanita itu datang haid, tahap ini akan jatuh dengan dramatik. 

Disebabkan penurunan tahap hormon yang tiba-tiba ini, sesetengah wanita akan membuang air besar dengan lebih kerap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips yang boleh membantu

Tidak semua wanita akan mengalami gejala yang sama semasa haid. Ada yang mungkin hanya rasa mual akibat kesan hormon prostaglandin dan ada pula yang mungkin cirit-birit. 

Wanita yang mengalami kesan yang kurang menyenangkan disebabkan hormon pasti rasa kecewa kerana perlu melaluinya setiap bulan.

Anda boleh cuba mengambil ubat NSAID jika ingin rasa lebih selesa setiap bulan. Ubat ini dapat menghalang sedikit kesan hormon prostaglandin dan membantu mengurangkan sakit perut dan sakit buang air besar semasa haid. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Mira Kaga, seorang doktor di New Jersey, “Ubat Ibuprofen juga boleh membantu. Ubat ini boleh membantu mengurangkan sakit perut dan mengurangkan kekerapan cirit-birit.”

Kalau ikut hati saya, saya biarkan sahaja dan menganggap tempoh sakit perut semasa haid ini sebagai fasa detoks. Sebulan sekali sahaja kan?

Tetapi jika berlarutan, saya nasihatkan untuk berjumpa doktor segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Betul ke haid akan hilang sekejap bila anda masuk dalam air atau berenang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio