Ibu Muda Ini Diuji, Menghidap Sakit Buah Pinggang Tahap 4, Anak Pula Terlantar Kerana Sawan

Ibu muda ini menghidap sakit buah pinggang tahap 4, anaknya juga terlantar sejak bayi kerana menghidap sawan, ternyata sakit itu ujian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidup ini memang tak pernah lari dari ujian. Sakit itu ujian, kehilangan itu ujian malah kegembiraan dan kekayaan pun boleh jadi satu ujian untuk kita manusia. 

Seperti yang berlaku pada ibu mudah yang bernama Siti Noramziah Ramli ini, usianya hanya 24 tahun namun sudah diberi ujian menghidap penyakit buah pinggang tahap empat. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, anaknya pula disahkan menghidap epilepsi atau lebih dikenali sebagai sawan. 

Sakit itu ujian, namun ibu ini tabah

Kata ibu muda ini, walaupun hidupnya diduga dengan masalah kesihatan dan serba kekurangan, walau bagaimanapun dia dan suami akur dan tabah menjalani dugaan. 

Fokusnya kini pada anaknya yang hanya mampu terlantar walaupun sudah berusia hampir 2 tahun. Kata Siti Noramziah anaknya dilahirkan secara normal dengan berat hanya 1.2 kg, kemudian anaknya itu disahkan sawan apabila usianya 2 bulan. Ternyata anaknya yang sakit itu satu ujian buat keluarganya.

Perkembangan anaknya ternyata berbeza dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Dia masih tidak pandai bertutur dan berjalan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Turut membimbangkan berat anaknya hanya 6kg, sedangkan di usia ini sepatutnya sudah mencecash 10-11 kg. Dia hanya mampu bergantung kepada susu formula dan makanan lembut, ini kerana sistem pencernaan anaknya masih tidak boleh menelan makanan lain. 

“Suami saya yang sebelum ini berkhidmat dalam askar wataniah terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti sejak setahun lalu selepas saya jatuh sakit selain anak kami juga memerlukan perhatian.

Menurut laporan Harian Metro, suaminya kini mengambil upah sebagai dropship perniagaan dalam talian dengan pendapatan tidak menentu, dan hanya bergantung kepada hasil jualan. 

Menjaga anak menghidap sawan cukup mencabar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siti Noramziah juga akui agak mencabar mempunyai anak yang menghidap penyakit sawan, ini kerana anak istimewanya itu memerlukan penjagaan khusus dan tidak boleh ditinggalkan sebarangan kerana bimbang boleh diserang sawan bila-bila masa.

Anaknya yang bernama Mohammad Wafie Muzakki itu juga bergantung sepenuhnya kepada ubat sawan, malah dia perlu mengambilnya setiap hari. 

“Lebih perit lagi, saya juga perlu menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sejak Mac tahun lalu, malah buah pinggang sebelah kanan ini sudah tidak lagi berfungsi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan Harian Metro lagi, biarpun sakit itu ujian, mereka tidak pernah menyalahkan takdir. Sebaliknya Allah tahu hambanya mampu tempuhi ujian yang diberi, disebabkan itu mereka kuat. Mereka juga diberi amanah untuk menjaga Mohammad Wafie, ternyata ia adalah anugerah terindah buat keluarga ini. Dan mereka menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. 

Mujur ada yang membantu

Katanya lagi, setiap bulan mereka perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk membeli keperluan Mohammad Wafie Muzakki termasuk lampin pakai buang, susu, selain kos ulang-alik ke hospital setiap kali menjalani rawatan hemodialisis dan menghadiri temujanji.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Nasib kami baik kerana saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban, selain adik-beradik juga ada yang membantu walaupun bukan dalam kalangan orang yang senang,” katanya.

Bagi pembaca theAsianparent yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Siti Noramziah di talian 01117878765. Selain itu, marilah kita berdoa agar hidup mereka dipermudahkan dan diberi kesembuhan. 

Sumber: Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Jenis Sakit Anak Yang Tak Boleh Diabaikan, Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan