Wanita lebih terbuka terkena serangan jantung, namun ia lambat dikesan para ibu!

Sebenarnya, sakit jantung pada wanita lebih kerap terjadi namun ia lambat dikesan! Mari ketahui bagaimana anda boleh mengelak sakit jantung ya ibu-ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit jantung pada wanita – Ini apa anda wajib tahu

Sakit jantung dan strok antara punca utama kematian di Asia. Hampir 25-30% kematian di Asia disebabkan sakit jantung. Tapi tahukah anda yang sakit jantung pada wanita lebih kerap terjadi dan lambat dikesan berbanding sakit jantung pada lelaki?

Ini kerana ramai yang tidak sedar tentang risiko sakit jantung pada wanita. Oleh sebab kesihatan jantung amat penting untuk kesihatan keseluruhan anda, hari ini kami akan mengupas tentang sakit jantung pada wanita dengan lebih lanjut.

Malah, kami juga akan berkongsi bagaimana para ibu harus menjaga kesihatan jantung mereka untuk mengelak penyakit jantung.

Apa punca utama sakit jantung pada wanita?

Kredit: YaleNews – Yale University

Antara punca utama penyakit jantung adalah kerana:

  • arteri koronari (CAD)
  • hipertensi
  • dan irama jantung yang tidak normal

Jika ketiga-tiga keadaan ini tidak didiagnosis dan dipantau dengan betul, ia mampu menyebabkan serangan jantung, kegagalan jantung dan buah pinggang berfungsi, strok, dan dementia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Plak yang terbina dalam dinding arteri koronari boleh mengeras dan menyebabkan arteri koronari semakin menyempit.

Lalu, bekalan oksigen dalam darah untuk otot jantung akan semakin berkurang. Antara tanda sakit jantung akibat arteri koronari adalah kesakitan di bahagian dada atau angina. 

Berikut antara beberapa kejadian yang meningkatkan risiko sakit jantung pada wanita:

1. Lambat mengesan tanda-tanda sakit jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Puerto Vallarta News

Kebanyakan wanita yang menghidap sakit jantung kerana arteri koronari memiliki tanda-tanda sakit jantung, namun ia lambat dikesan. 

Ini mungkin kerana tanda-tanda sakit jantung pada wanita biasanya hanya akan muncul 10 tahun lebih lambat berbanding lelaki. Hormon oestrogen dalam badan wanita dikatakan “melindungi” kardio hingga ia “menyembunyikan” tanda-tanda sakit jantung.

2. Pembentukan penyakit jantung yang luar biasa

Sepanjang 30 tahun sebelum ini, terapi untuk sakit jantung semakin berjaya. Namun, peraturan kejayaan pada wanita lebih rendah berbanding lelaki. Mengapa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana lebih ramai wanita terkena penyakit jantung jenis arteri koronari yang luar biasa. Malah, wanita yang terkena penyakit ini juga mungkin masih muda dan belum menopaus!

Oleh sebab ujian penyakit jantung biasa hanya mampu mengesan tanda-tanda serangan jantung yang normal untuk terjadi, maka wanita dengan penyakit jantung luar biasa tidak dapat dikesan.

Antara jenis-jenis penyakit jantung CAD yang luar biasa ialah kekejangan arteri koronari (Prinzmetal’s Angina), arteri koronari kecil tersumbat (Cardiac Syndrome X) dan stenosis arteri koronari.

3. Tidak peka tentang tanda-tanda penyakit jantung luar biasa

Kredit: Cleveland Clinic Health Essentials

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain rasa sakit dada, sakit jantung pada wanita biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti rasa terbakar di bahagian dada, rasa sakit jika disentuh di bahagian belakang, bahu, tangan dan rahang.

Wanita dengan penyakit jantung luar biasa juga mungkin akan mengalami rasa pening, muntah, sesak nafas dan cepat penat. Sebab ia tidak kedengaran serius, jadi ramai wanita terlepas pandang tanda-tanda ini!

4. Sindrom patah hati

Sakit jantung pada wanita biasanya disebabkan sindrom patah hati. Tahukah anda yang kini sains membuktikan kita boleh mati kerana patah hati, kecewa dan putus cinta?

Ha… dan perkara ini biasa berlaku pada wanita yang belum menopaus. Antara sebab mengapa sindrom patah hati boleh membawa maut adalah kerana kadar denyutan jantung yang menjadi tidak sekata.

Malah, keadaan sindrom patah hati juga melemahkan otot jantung.

Bagaimana ingin mengelak sakit jantung pada wanita?

Pelbagai faktor yang menyebabkan sakit jantung pada wanita sebenarnya boleh dicegah dari awal. Antara tips yang anda boleh lakukan bagi mengelak sakit jantung pada wanita adalah dengan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ubah gaya hidup anda – Kurangkan tekanan, amalkan diet yang lebih seimbang. Kurangkan makanan dengan banyak garam, gula, lemak dan minyak. Masak hidangan dengan cara kukus. Jangan minum kopi terlalu banyak
  2. Mula aktif – Anda juga boleh lebih banyak berdiri dan berjalan. Sentiasa periksa tahap kesihatan anda

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Radio NZ

Baca juga:

Perkahwinan Boleh Tentukan Sama Ada Jantung Anda Sihat Atau Tidak: Bukti Kajian

Penulis

Ayu Idris