Ke Tandas Jam 3 Pagi Ingat Sakit Perut Biasa, Rupanya Keluar Bayi!

undefined

Memang benar kuasa Allah itu tiada siapa dapat menandinginya. Disangka sakit perut biasa ketika mahu ke tandas, rupanyanya nak bersalin.

Rahsia Allah, banyak yang mungkin tidak tercapai di akal. Namun kisah wanita ini yang pergi ke tandas kerana menyangka sakit perut, namun hasilnya dia selamat bersalinkan seorang bayi lelaki!

Memang dia langsung tidak tahu kehadiran bayi berkenaan sepanjang 9 bulan dalam perutnya. Memang pelik dan mungkin ada yang rasa tidak logik, tetapi itulah hakikatnya rahsia Allah tiada siapa yang tahu.

Ingat sakit perut biasa, rupanya keluar bayi!

sakit perut

Menurut perkongsian seorang pengguna tiktok, kisah kakaknya itu memang benar-benar menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah, sekiranya diizinkan berlaku, maka memang akan berlaku.

Tidak kiralah perkara itu kelihatan mustahil atau sebaliknya, sekiranya Allah izinkan, ia pasti berlaku.

Menurut perkongsian wanita ini, kakaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengandung. Pada hari kejadian, kakaknya pergi ke tandas kerana sakit perut pada jam tiga pagi. Ingatkan sakit perut mahu buang air seperti biasa, namun tanpa disangka ia sebenarnya adalah sakit bersalin.

Kakaknya terpaksa duduk di tandas kira-kira satu jam kerana dalam keadaan awal pagi tiada siapa yang perasan dan terdengar tangisan bayi atau bunyi meneran.

Bayi celik mata dan sempat menyusu dengan ibu

Dalam keadaan tidak bermaya di tandas, kakaknya masih berupaya bertahan dan sempat juga menyusukan bayinya yang baru dilahirkan.

Kebetulan ibu kepada wanita ini ke dapur pada jam 4 pagi dan menemui anaknya dalam keadaan berdarah dan disangka keguguran. Rupanya sudah selamat lahirkan seorang bayi!

Keluarga itu kemudiannya menghubungi ambulans dan bantuan sampai.

Beliau turut memaklumkan perkara pertama yang ditanya oleh pasukan perubatan adalah buku pink yang selalu dibawa ke mana-mana oleh ibu hamil. Namun disebabkan kehamilan itu baru diketahui, memang mereka tiada buku pink berkenaan. Pasukan perubatan juga mengesahkan yang ibu dan bayi dalam keadaan selamat.

Tahniah kepada keluarga ini atas kelahiran bayi ‘ajaib’ mereka!

Kehamilan tidak diketahui, kenapa ia berlaku?

Banyak juga kisah yang wanita tiba-tiba bersalin tanpa diketahui dia mengandung sebelum itu. Tahu-tahu saja sudah bersalin. Bayi dan ibu pun sihat-sihat saja biasanya.

#1. Haid tidak teratur

sakit perut

Ada wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur. Jadi jika dia tidak datang haid, dianggap perkara itu biasa kerana memang dia tahu keadaan haidnya yang tidak teratur.

Jadi mereka ini akan anggap biasa jika tidak datang haid. Perkara ini menyumbang kepada kehamilan tidak diketahui kerana mereka tidak sangka pun mereka mengandung kerana sudah biasa tidak datang haid.

#2. Berbadan besar

Kadang kala mereka yang berbadan besar sudah biasa perut agak buncit dan jika mengandung pun mereka rasakan tiada beza. Jadi tidak mustahil mereka ini tidak perasan jika mengandung pun kerana sudah terbiasa dengan perut yang sedikit besar.

Jadi jika perut membesar sebab mengandung, mereka mungkin fikir hanya kerana kenaikan berat badan dan langsung tidak menyangka mengandung.

#3. Tidak alami sebarang alahan wanita hamil

Ini antara perkara yang memang biasa dialami mereka yang tidak mengetahui mereka mengandung. Tiada sebarang alahan dialami seperti wanita hamil lain. 

Keadaan emosi mereka pun biasa saja seperti dalam keadaan normal. Tidak muntah-muntah malah mual atau mengalami alahan lain yang biasa dialami ibu hamil.

#4. Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)

sakit perut

Keadaan di mana gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif. Walaupun tidak bahaya, namun ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan ibu.

Jadi ada wanita yang mungkin tiada tanda-tanda kehamilan kerana sindrom ini.

#5. Lemak tubuh terlalu rendah

Biasanya terjadi kepada atlet olahraga atau wanita yang terlalu kurus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: tiktik mzxraa

Baca juga: 9 Peringkat Kehamilan Sehingga Bersalin, Nombor 5 Paling Ditunggu Semua Ibu Hamil!

Baca juga: Tahu Hamil Sejam Sebelum Melahirkan, Apa Itu Kehamilan Kriptik Dan Risikonya?

Baca juga: Akibat Tiada Tanda Kehamilan, Tahu-Tahu Diri Mengandung & Sudah Tiba Masa Beranak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!