Sekarang ini sering kali kita dengar, wanita tidak sedar dirinya mengandung, tiba-tiba saja melahirkan. Mengandung tanpa sebarang tanda hamil ini adalah keadaan yang dipanggil kehamilan kriptik yang mana ibu tidak menyedari dirinya mengandung.
Tanpa tanda atau perubahan kepada tubuh, ibu yang mengalami kehamilan kriptik ini biasanya hanya sedar dirinya mengandung apabila mahu melahirkan kerana mengalami contraction bersalin yang dianggap seperti sakit perut teramat sangat.
Sekali lagi insiden ini berlaku di sekeliling kita, seorang ibu kepada dua anak tidak sedar dia hamil anak ketiga. Dia hanya mengetahui kewujudan bayi itu sejam sebelum melahirkan kerana merasa sakit perut yang teramat sangat.
Kehamilan kriptik, ada ibu masih datang haid
Kredit foto: Suara.com
Ibu yang berasal dari Kampung Mandalasari, Kabupaten Tasikmalaya, Indonesia itu ternyata terkejut kerana beliau masih datang haid setiap bulan seperti biasa.
Disebabkan itu dia langsung tidak menyedari dirinya mengandungkan seorang bayi lelaki sejak sembilan bulan lalu!
Beliau hanya tahu dirinya hamil apabila merakan perutnya membesar dan ada pergerakan pelik selain sakit yang makin bertambah.
Risau akan keadaan dirinya, suami wanita itu memanggil bidan di kampung berkenaan untuk memeriksa keadaan isterinya yang mengalami sakit perut teruk, bagaimanapun, selepas sejam wanita itu melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.4 kilogram!
Saat bayi itu dilahirkan, wanita berkenaan sedang datang haid!
Bagaimana kehamilan kriptik boleh berlaku?
Kehamilan tanpa tanda atau dipanggil kehamilan kriptik boleh terjadi kepada 1 daripada 475 kehamilan jadi ia bukanlah mustahil untuk terjadi.
Kajian menunjukkan, satu daripada 475 wanita tidak menyedari yang mereka mengandung sehingga minggu ke-20 kehamilan atau lebih. Ini bermakna ada yang menyedari mengandung setelah usia kandungan mencecah lima hingga enam bulan!
Ibu yang mengalami kehamilan kriptik ini selalunya tidak mengalami simptom biasa wanita mengandung seperti:
- Muntah-muntah
- Loya
- Tidak datang haid
- Kekejangan perut
- Keluarga atu doktor juga tidak menyedari yang dia mengandung kerana tiada perubahan ketara pada bentuk badan
Kehamilan kriptik terjadi apabila wujudnya keadaan perubatan yang dipanggil penolakan kehamilan. Ia disebabkan oleh human chorionic gonadotropin atau level hCG terlalu rendah hingga sukar dikenalpasti dalam darah atau air kencing.
hCG adalah hormon yang dikeluarkan plasenta setelah embrio menempel di dinding rahim ibu, alamat ujian kehamilan biasanya digunakan untuk mengesan kadar hCG dalam darah atau air kencing ibu, bagaimanapun jika terlalu sedikit agak sukar dikesan.
Punca kehamilan kriptik
Kredit foto: Haibunda.com
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya kehamilan tanpa tanda antaranya termasuk
- Usia muda – Kehamilan dalam usia yang terlalu muda mungkin menyebabkan ibu tidak menyedarinya kerana tidak tahu dia mengandung
- Kehamilan kedua, ketiga dan seterusnya – Mungkin ibu akan merasakan gerakan biasa
- Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) – Keadaan di mana gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif. Walaupun tidak bahaya, namun ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan ibu.
- Baru melahirkan anak – Apabila baru melahirkan anak ada yang tidak sedar mereka hamil lagi kerana hormon yang masih belum stabil
- Lemak tubuh terlalu rendah – Biasanya terjadi kepada atlet olahraga atau wanita yang terlalu kurus
- Perimenopause – Ibu mengalami perubahan hormon ke arah menopause hingga tidak sedar diri sedang hamil
- Stress – Terlalu memikirka masalah yang melanda hingga tidak sedar perubahan yang berlaku pada diri
Risiko tidak sedar sedang hamil
Walaupun banyak kejadian kita lihat wanita yang tidak sedar hamil boleh mengandung dan melahirkan bayi yang sihat, ada beberapa risiko yang perlu diambil kira jika anda mengalami kehamilan kriptik. Antaranya termasuk
- Terlepas daripada penjagaan pranatal yang boleh memastikan ibu dan bayi sihat yang lengkap dengan ujian fizikal, ujian darah dan imbasan ultrabunyi.
- Disebabkan terlepas ujian pranatal, anda mungkin tidak akan mengetahui risiko bayi atau ibu sedang alami sebarang komplikasi seperti anemia, preeklampsia atau serangan darah tinggi, diabetas gestasi atau kecacatan kelahiran.
- Tumbesaran bayi mungkin terganggu kerana ibu tidak mengetahui bahawa ada pelbagai vitamin dan zat yang perlu diambil untuk memastikan bayi sihat dan cukup nutrisi sepanjang dalam kandungan.
Apa-apa pun, semoga selamat semuanya ibu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: suara, medicalnewstoday
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperiod-tapi-mengandung
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!