Haid atau datang bulan merupakan keadaan semula jadi yang terjadi kepada golongan wanita. Haid berlaku apabila telur tidak disenyawakan. Biasanya apabila seorang wanita sedang haid, mereka bukan sahaja tidak berasa selesa, malah akan mengalami beberapa kesulitan lain seperti perubahan mood, sakit senggugut, sakit kepala, malah ada yang mengalami sakit pinggang period.
Baca juga: Benarkah Selalu Sakit Pinggang Tanda Hamil? Ini Penyebab & Cara Untuk Mengatasinya
Sakit pinggang period atau lower back pain
Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan sahaja bermula dengan keluarnya darah haid, tetapi ia boleh menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa terutamanya bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.
Selain bahagian bawah perut diserang rasa sakit (suprapubic), ramai juga mengadu turut mengalami lenguh dan sakit bahagian tengah pinggang atau disebut sebagai lower back pain.
Kebiasaannya, kesakitan ini bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Walau bagaimanapun anda jangan risau kerana ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda masalah besar.
Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana anda boleh mengabaikannya, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga menjejaskan aktiviti seharian.
Kenapa period buat wanita sakit pinggang belakang?
Sakit di bahagian bawah abdomen atau sakit belakang pinggang adalah suatu perkara yang normal. Kesakitan ini berpunca dari pengeluaran hormon prostaglandin, yang dikeluarkan semasa proses pengecutan rahim secara berlebihan bagi mengeluarkan darah.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang berlarutan dan terlalu kuat boleh disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain seperti:
- Jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease): jangkitan pada organ reproduktif wanita seperti uterus, serviks, ovarium, atau tiub fallopian. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria yang ditularkan melalui hubungan seksual. Jangkitan kuman lebih mudah tersebar pada waktu haid.
- Endometriosis: Tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, “dalam”, dan metra, “rahim”) didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan.
- Fibroid: atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive).
Tanda-tanda bagi wanita yang mungkin menghadapi masalah ini adalah mengalami sakit senggugut yang melampau setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Sebaiknya, berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan ultrasound,bagi mendapatkan gambaran struktur rahim.
Cara hilangkan sakit pinggang ketika period
Sakit pinggang belakang ketika haid juga disebabkan oleh masalah senggugut yang teruk. Ada beberapa cara untuk mengelakkan rasa sakit senggugut yang teruk, antaranya:
- Melakukan senaman ringan -Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yag kuat.
- Makanan seimbang dan berkhasiat, serta mengambil suplemen yang mengandungi vitamin C dan magnesium.
- Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5-2liter sehari.
- Mengambil ekstrak kacip fatimah sebanyak 30mg setiap hari.
- Pengambilan ubat penahan sakit seperti paracetamol dan acetaminnophen, atau pun ibuprofen/naproxen sebaiknya beberapa hari sebelum kedatangan haid.
- Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
- Dapatkan rehat yang secukupnya. Sekiranya terlalu sakit, pastikan anda berehat terlebih dahulu dan jangan memaksa diri untuk meneruskan tugasan harian.
- Elakkan minuman sejuk atau berais bagi mengurangkan kekejangan perut.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Drzubaidi
Baca juga: Sakit Pinggang Teruk Ketika Hamil Hingga Tak Boleh Bangun! Ini Apa Anda Boleh Buat