Sakit Pinggang Sebelah Kanan Pada Wanita Hamil, Ini Mungkin 10 Puncanya

Sakit pinggang sebelah kanan pada wanita hamil antaranya disebabkan oleh kehamilan ektopik dan apendiks. Jadi jangan pandang ringan ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sakit pinggang semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh perubahan pusat graviti badan. Ini kerana semasa perkembangan bayi, ibu hamil perlu menyesuaikan postur badan semasa berdiri dan berjalan. Tapi jika sakit pinggang sebelah kanan pada wanita hamil berlaku, apakah maksudnya?

Punca Sakit Pinggang Sebelah Kanan Pada Wanita Hamil

Perubahan hormon dan pengecutan ligamen juga boleh berlaku, sebagai proses semula jadi badan untuk persediaan bersalin. Pengecutan ini boleh menyebabkan tekanan dan kesakitan pada bahagian bawah belakang dan pinggang. Adakah bahaya jika sakit pinggang sebelah kanan pada wanita hamil berlaku?

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit di bahagian pinggang sebelah kanan semasa hamil:

1.Ketegangan Otot

Ketika tubuh menyesuaikan diri untuk menampung bayi yang berkembang, penambahan berat badan dan perubahan posisi badan boleh menyebabkan otot menjadi tegang. Aktiviti seperti membongkok terlalu banyak atau mengangkat beban yang berat juga boleh menyebabkan ketegangan otot, terutama pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Ketegangan otot ini boleh menyebabkan sakit di pinggang sebelah kanan.

2.Nyeri Ligamen

Semasa hamil, rahim membesar dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lebih lembut dan meregang. Ligamen yang meregang boleh menyebabkan rasa sakit mencucuk dan rasa tidak selesa di pinggang sebelah kanan. Ini kerap berlaku pada trimester kedua disebabkan oleh berat bayi dan cecair ketuban yang bertambah.

3.Masalah Pencernaan

Masalah sembelit dan kembung sering berlaku semasa kehamilan. Perubahan hormon semasa kehamilan boleh mempengaruhi sistem pencernaan, terutama pada trimester pertama dan kedua. Kenaikan berat badan pada trimester ketiga juga boleh menekan saluran pencernaan, menyebabkan sakit di pinggang sebelah kanan bersamaan dengan rasa tidak selesa di perut.

4.Kontraksi Braxton-Hicks

Kontraksi Braxton-Hicks atau kontraksi palsu adalah kontraksi yang ringan dan tidak teratur yang merupakan latihan untuk bersalin yang sebenar. Walaupun tidak menyakitkan, kontraksi ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau sakit di pinggang sebelah kanan dalam beberapa kes.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Kekejangan 

Kekejangan biasa berlaku semasa kehamilan yang boleh menyebabkan sakit di bahagian bawah perut hingga ke pinggang sebelah kanan.
Ia boleh disebabkan rahim meregang atau ketegangan otot dan ligamen di sekitar perut dan pangkal paha, terutama pada trimester pertama, kedua, dan ketiga kehamilan.

6.Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik adalah kehamilan luar rahim. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit yang teruk di pinggang sebelah kanan serta kekejangan pada awal kehamilan, disertai gejala seperti sakit perut tajam dan pendarahan. 

7.Keguguran

Sakit yang teruk di bahagian bawah perut atau pinggang sebelah kanan bersama dengan gejala seperti  pendarahan boleh menjadi petanda keguguran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8.Apendiks 

Walaupun jarang berlaku, apendiks boleh berlaku semasa mengandung. Gejala termasuk sakit di sisi kanan bawah atau pinggang, disertai dengan sakit perut, mual, muntah, dan demam. Keadaan ini memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi.

9.Batu Hempedu

Risiko batu hempedu meningkat semasa mengandung disebabkan sistem pencernaan yang lambat. Gejala termasuk sakit di sisi kanan atas perut, mual, muntah, dan kehilangan selera makan. 

10.Preeklampsia

Preeklampsia adalah keadaan serius yang boleh berlaku semasa mengandung, yang menyebabkan sakit di sisi kanan atas perut, di bawah tulang rusuk. Gejala lain termasuk sakit kepala, gangguan penglihatan, mual, muntah, keletihan, bengkak, dan masalah lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

halodoc

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sakit Pinggang Ketika Hamil: Punca Sakit Pinggang, Simptom & 9 Tips Atasinya Dengan Mudah

Baca juga: Benarkah Selalu Sakit Pinggang Tanda Hamil? Ini Penyebab & Cara Untuk Mengatasinya

Baca juga: Sakit Pinggang Ketika Hamil: Punca Sakit Pinggang, Simptom & 9 Tips Atasinya Dengan Mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar