Benarkah Selalu Sakit Pinggang Tanda Hamil? Ini Penyebab & Cara Untuk Mengatasinya

Sakit pinggang tanda hamil akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan perlukan lebih masa untuk berehat. Ia masalah normal terjadi bagi kebanyakan wanita

Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, anda mungkin tidak dapat mengenalpasti keadaan menunjukkan tanda-tanda awal kehamilan. Kebiasaannya ramai mengakui bahawa kerap sakit kepala, mudah rasa penat atau sakit pinggang tanda hamil.

Anda juga mungkin mengalami gejala ini pada setiap bulan dalam tempoh haid biasa. Menurut Web MD, sakit belakang ketika mengandung berlaku apabila pelvis memenuhi tulang belakang pada sendi sacroiliac. Badan juga menghasilkan hormon relaxin bagi membolehkan ligamen di kawasan pelvis berehat.

Kerap sakit pinggang tanda hamil, ini yang perlu anda tahu

credit to sources

Ketika rahim semakin mengembang, dua otot selari (abdominalis rektum) berjalan dari tulang rusuk ke tulang kemaluan akan terpisah di lapisan tengah. Keadaan ini akan memburukkan rasa sakit kawasan punggung.

Antara punca sakit belakang dan sakit pinggang tanda hamil ialah:

#1. Biomekanik

Ia merujuk kepada cara tubuh wanita hamil bagi menahan diri (postur) dan bergerak (sendi) yang menjadi penyebab utama sakit belakang ketika mengandung. Hal ini kerana tubuh anda perlu membawa beban tambahan, malah keadaan tubuh sihat juga berupaya menjadi tidak seimbang.

Menurut pakar Texas Children’s Pavilion for Women di Amerika Syarikat, Damlan Karsan, masalah ini merangkumi apa yang terjadi dengan tulang belakang dan masalah postur.

”Ketika bayi semakin membesar, pusat tubuh ibu akan sedikit ke hadapan dan tekanan akan lebih tertumpu pada bahagian punggung bawah,” jelas Damlan.

Bukan itu sahaja, sakit belakang biomekanik semasa mengandung turut melibatkan tulang, sendi, otot, ligamen dan kadang-kadang saraf.

#2. Perubahan hormon

Semasa trimester pertama kehamilan, tahap progesteron dalam tubuh ibu-ibu akan meningkat, membantu melonggarkan dan mengendurkan ligamen serta tisu akan meregang.

Bukan itu sahaja, apabila memasuki trimester kedua, otak akan memberi isyarat untuk melepaskan hormon lain seperti relaxin. Ia membantu ligamen antara otot pelvis ibu mengandung untuk membuka lebih banyak ruang untuk memudahkan bayi dilahirkan.

Menurut ketua Persatuan Obstetrik dan Ginekologi di Lenox Hill Hospital New York, Adam Romoff, hormon tidak terhad pada kawasan pelvis sahaja kerana ia boleh berkembang ke seluruh bahagian badan.

Kesannya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan sendi dan rasa sakit bahagian belakang.

#3. Tekanan

credit to sources

Tekanan yang diterima oleh badan dapat meningkatkan rasa sakit otot sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut pakar gangguan otot di Arlington, Dr. Robert Kum, setiap wanita perlu bijak menguruskan emosi dan tekanan agar sentiasa dapat duduk dengan selesa sepanjang tempoh kehamilan.

Anda boleh melakukan yoga, meditasi, tidur yang cukup dan mendapatkan sokongan daripada pasangan atau rakan-rakan terdekat.

Cara mencegah rasa sakit pinggang

#1. Senaman ringan

Menurut penolong profesor di Montefiore Medical Center, New York, Mary Rosser, ketika anda merancang untuk mendapatkan cahaya mata, mulakanlah dengan menguatkan bahagian anggota tubuh terutamanya kaki, perut dan punggung melalui senaman ringan.

”Ibu boleh berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit atau menaiki basikal selama 30 minit sehari bagi membina kekuatan tulang kaki dan mempersiapkan tubuh menanggung beban kehamilan yang berat,” jelasnya.

#2. Mengamalkan tabiat yang sihat

credit to sources

Rosser turut menasihati ibu hamil untuk menerapkan beberapa tabiat sihat seperti tidur mengiring menggunakan bantal sokongan bagi mengurangkan ketegangan pelvis dan punggung.

”Anda perlu menggunakan kasut dengan tumit rendah bagi menyokong beban badan dan sentiasa mengambil air kosong mencukupi agar saluran darah terbuka dan kekal hidrasi,” jelas Rosser.

#3. Elak membongkokkan badan

Sekiranya anda ingin mengambil sesuatu barangan yang jatuh, lebih baik membengkokkan sedikit lutut dan elakkan dari membongkokkan tubuh. Jika ibu alami sakit belakang berterusan, kami menyarankan untuk segera berjumpa doktor.

Hal yang paling penting adalah elakkan dari mengambil ubat penahan sakit. Aspirin dan ubat anti radang bukan steroid lain seperti ibuprofen atau naproxen tidak digalakkan untuk wanita hamil.

Dalam beberapa kes, doktor akan mengesyorkan ubat penenang otot yang selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung.

Sumber: Haibunda

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combuah-laici