Pernahkah ibu bapa perasan bayi baru lahir anda ada kesan tahi mata kering yang banyak serta ada bendalir yang keluar dari saluran air matanya?
Ataupun ada bendalir yang keluar dari mata hingga bayi anda tidak dapat membuka mata? Anak anda mungkin mengalami masalah saluran air mata tersekat.
Apakah yang menyebabkan saluran air mata tersekat?
Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana keadaan ini adalah keadaan biasa di kalangan bayi baru lahir.
Saluran air mata boleh tersekat kerana ia tidak dibuka sepenuhnya ketika anak dilahirkan.
Apabila bendalir dari mata tersekat dan tidak dapat keluar, ini boleh menyebabkan keradangan.
Keradangan akan menghasilkan nanah yang membentuk lapisan keras seperti kerak pada mata apabila ia kering. Inilah sebab mengapa bayi anda susah membuka mata.
Cara rawatan untuk masalah ini
Cara rawatan untuk saluran air mata yang tersekat sangatlah senang.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk merawat keadaan ini:
- Guna air bersih yang suam dan kain/kapas lembut untuk mencuci kawasan mata bayi. Dengan perlahan-lahan, gosokkan kain basah dari dalam ke luar, pada mata bayi untuk menanggalkan bekas nanah dan kerak kering pada permukaan mata.
Ulang beberapa kali sehingga kawasan saluran mata bayi anda bersih. - Satu cara lain adalah untuk mengurut dengan perlahan-lahan kawasan berdekatan dengan saluran air mata. Salur air mata terletak di bawah sudut hidung, dan anda boleh menggunakan jari untuk mengurutkan bahagian ini dengan gerakan melingkar ke arah hidung.
Ini boleh membantu membuka saluran air mata dan mengeluarkan sebarang bendalir yang tersekat di dalam. Pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu. - Susu ibu juga boleh merawat saluran air mata yang tersekat. Anda hanya perlu beberapa titisan susu ibu pada jari yang bersih, kemudian dengan perlahan-lahan urut sudut hidung mata anak, berhampiran saluran air mata.
Susu ibu mempunyai sifat antibiotik dan boleh membantu melawan jangkitan. Ia adalah cara yang lebih baik untuk merawat bayi baru lahir berbanding dengan menggunakan ubat antibiotik. - Jika saluran mata bayi anda masih tersekat selepas mencuba semua langkah-langkah di atas, dan anak masih rasa tidak selesa, bawa dia berjumpa dengan pakar. Biasanya, doktor akan memberi ubat serta tips untuk merawat keadaan ini.
Sumber: Parenting.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: