Minat K-Pop, Anak Angelina Jolie Sambung Belajar Biokimia Di Seoul, Korea

Bukan calang-calang ya anak sulung selebriti terkenal ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak meningkat usia, salah satu perjalanan hidup yang dinantikan adalah apabila anak sambung belajar setelah tamat sekolah menengah. Tentunya anak berasa teruja, namun bagi para ibu bapa juga pastinya gembira dan risau bila perlu berpisah sementara.

Tambahan lagi apabila anak mendapat peluang melanjutkan pengajian di luar negara yang terlalu asing bagi mereka. Pastinya pelbagai persediaan dilakukan bagi menghadapi dunia baru ini, dan ini juga berlaku kepada anak selebriti terkenal Hollywood, Angelina Jolie.

Anak Angelina Jolie Sambung Belajar Di Seoul, Korea

Anak kepada pelakon terkenal Hollywood Angelina Jolie, Maddox Jolie-Pitt yang kini berusia 18 tahun bakal menyambung pengajiannya di Universiti Yonsei, Seoul, Korea Selatan.

Sebagai persediaan sesi pembelajaran yang akan bermula September depan, Maddox kini menghadiri kelas bagi mempelajari Bahasa Korea. Malahan, dia diketahui sebagai seorang yang sangat berminat kepada budaya dan bahasa Korea.

Maddox sebelum ini telah menerima pelbagai tawaran universiti namun dia memilih untuk menyambung pengajian di Unversiti Yonsei.

Dia yang merupakan anak angkat kepada Angelina Jolie dan bekas suaminya, Brad Pitt, akan mula menetap di Seoul pada bulan Ogos. Angelina Jolie dilaporkan berkata yang dia berasa bangga, namun pasti akan merindui anaknya apabila berjauhan kelak.

Tips Apabila Anak Pergi Melanjutkan Pengajian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak sambung belajar, pastinya ia akan menjadi satu pengalaman yang melibatkan emosi, tambahan lagi buat ibu bapa. Bukan sahaja anak-anak akan menghadapi cabaran baru, malah ibu bapa juga akan berhadapan dengan ‘perpisahan’ dan rasa risau pada anak.

Ini tips bagi ibu bapa apabila anak sambung belajar.

#1 Senyum!

Anak anda akan memulakan kehidupan baru yang menarik dan mungkin menakutkan padanya. Ini merupakan saat kehidupannya, jadi jangan fokus kepada kerisauan anda dan berikan semangat kepada si anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda memberitahunya perasaan bimbang anda, mungkin anak akan berasa bersalah dan menjadikan saat peralihan ini lebih sukar pula.

#2 Tinggalkan Nota

Tulis nota memberi semangat kepada anak, dan selitkan di barangan yang dibawanya. Kadangkala ia lebih mudah untuk menulis berbanding mengucapkan dengan kata-kata.

#3 Jangan Kerap Menelefon Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan anak lebih berdikari dengan menghubunginya beberapa kali sahaja seminggu, atau sekali sahaja sehari. Ada anak yang akan kerap menghubungi ibu bapa, namun ada juga yang lebih suka sekiranya ibu bapa tidak bertanyakan hal seharian setiap hari.

Oh ya, jangkakan panggilan yang kerap dari anak juga ya. Dia mungkin akan telefon anda untuk bercerita masalah dan pengalamannnya.

#4 Tanya Soalan Umum

Apabila bertanyakan perihal anak, sebaiknya bangkitkan soalan yang bersifat umum seperti, “Bagaimana hari di kolej?” dan tidak terus bertanyakan tentang individu atau masalah yang lebih mendalam.

Biar anak anda yang mula bercerita sekiranya dia mahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Media Sosial

Remaja akan berkongsi banyak perkara di media sosial kerana teruja dan terlalu ingin berkongsi. Terangkan kepada anak mengenai impak media sosial, yang akan mempengaruhi kerjaya mereka.

#6 Galakkan Penyertaan Aktiviti

Galakkan anak remaja anak untuk aktif menyertai sebarang pertubuhan dan meramaikan kawan. Interaksi semasa di kolej/universiti adalah penting untuk pembangunan emosi dan mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka.

#7 Jangan Lakukan Lawatan Mengejut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Muncul secara tiba-tiba mungkin boleh menjadikan keadaan pelik! Anak anda mungkin ada perancangan lain pada hari itu, menyebabkan mereka berasa serba salah malah anda mungkin berasa tidak dihargai pula.

Ingatkan anak untuk sentiasa berhati-hati dalam perbuatan yang mungkin membawa kesan buruk sekiranya tidak dikawal. Yang penting, berpesan kepada anak untuk utamakan pelajaran dan lakukan yang terbaik!

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: york.edu

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsekolah-menengah-terbaik

 

Penulis

Beto Rahman