Sambut birthday pada usia 43 tahun ada perkara biasa bagi sesiapa saja. Namun, dengan tema barbie yang biasanya digunakan pada kanak-kanak, itu memang luar biasa.
Sambutan hari jadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 11 Januari lalu berlangsung meriah dengan tema barbie! Comel sangat. Malah penampilan TokTi yang sopan bergaya dengan gaun kembang persis anak patung!
Makin meningkat usia makin comel pula nampak TokTi ni. Malah netizen turut teruja dengan tema sambutan hari jadi ibu kepada dua anak itu.
TokTi sambut birthday ke-43 dengan tema Barbie! Comel sangat
Majlis minum petang dan sambutan hari lahir bertemakan fantasi barbie itu disambut di sebuah hotel terkemuka yang menyediakan tema berkenaan di salah sebuah restorannya.
Memang sangat menarik hati bila melihat gambar-gambar yang dikongsikan. Hadir memakai dress merah jambu, penyanyi terkenal negara ini tampil jelita dan busana yang dipakainya nampak terletak elok saja dan sangat sesuai dengannya.
Turut kelihatan adalah dua permata hatinya Aafiyah dan Afwa.
Penuhi permintaan puteri pertamanya
Menerusi hantaran di instagramnya, TokTi mendedahkan tema berkenaan dipilih bagi memenuhi permintaan Siti Aafiyah yang begitu meminati watak anak patung berkenaan.
Beliau turut berseloroh bahawa tak sangka dapat merasa birthday party yang begitu walaupun pada usia 43 tahun.
Apa pun, selamat hari lahir diucapkan kepada TokTi, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga.
4 perkara yang perlu ada untuk adakan birthday party
Sebut saja soal sambutan hari lahir, insan yang paling gembira adalah kanak-kanak. Tidak semestinya kanak-kanak, bagi sambutan hari jadi orang dewasa juga akan lebih meriah jika bertema.
Namun ada segelintir ibu bapa yang buntu untuk menyediakan keperluan bagi sambutan birthday party. Biasanya perkara ini terjadi kepada ibu bapa yang pertama kali mahu mengadakan sambutan hari lahir anak mereka.
Jadi kali ini kami kongsikan 5 keperluan yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk ada ketika sambutan hari jadi.
#1. Tema
Tema memainkan peranan penting dalam sesuatu majlis kerana ia akan menyerikan lagi sambutan hari lahir yang bakal diadakan.
Biasanya tema yang dihasilkan mengikut minat anak anda terhadap sesuatu perkara. Ini akan memberikan anak ada kegembiraan yang berpanjangan semasa majlis berlangsung.
Nak lagi meriah, anda sekeluarga serta tetamu mengaya kostum mengikut tema yang telah ditentukan. Barulah nanti dalam gambar nampak kemas dan terpancar tema yang dipilih.
#2. Jemputan
Jemputan adalah antara perkara yang wajib disebut bila berkait soal sambutan hari jadi. Ini antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam mengadakan sambutan hari lahir kerana dari maklumat jemputanlah kita boleh merancang untuk makanan dan sebagainya.
Ia juga bagi pastikan anda tidak terlebih bajet dan sebagainya. Selain kalangan ahli keluarga, jemputan juga boleh terdiri daripada rakan rapat, jiran-jiran dan sebagainya bergantung kepada skala majlis anda.
#3. Lokasi
Tetapkan lokasi yang sesuai untuk majlis anda. Selain di rumah, mungkin anda boleh pilih mana-mana lokasi untuk anjurkan majlis sambutan hari jadi.
Namun jika tetamu anda dipenuhi oleh kanak-kanak, elakkan untuk mengadakan birthday party di tepi laut ataupun kolam untuk menggelakkan perkara yang tak diingini berlaku.
Ada juga restoran makanan segera yang menyediakan pakej hari jadi untuk kanak-kanak dan sebagainya. Jadi anda ada banyak pilihan untuk mengadakan sambutan.
#4. Goodies
Ini antara yang sering difikirkan jika ada sambutan hari jadi. Sekiranya bajet anda mencukupi tidak salah untuk anda memberi goodies bag kepada tetamu yang datang tanda terima kasih kerana memeriahkan majlis anda dan sebagai tanda pertukaran hadiah yang diberi kepada anak anda.
Pemberian goodies bag ini juga terutama kepada kanak-kanak akan membuatkan mereka gembira dan pastinya selepas ini mereka tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke majlis anda lagi.
Goodies bag boleh terdiri daripada pelbagai benda dan tidak terhad hanya kepada makanan. Anda mungkin boleh beri set alat tulis, permainan dan sebagainya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun – pakar psikologi
Baca juga: 7 tips merancang majlis hari jadi anak yang simple di rumah
Baca juga: Ibu Bapa MELAMPAU Sanggup Baling Telur & Rosakkan Kek Ketika Majlis Hari Jadi Anak