Senarai Resipi Istimewa Sempena Sambutan Hari Bapa, Mampu Buatkan Suami Jatuh Cinta

Sambutan hari bapa pasti lebih meriah dengan adanya acara makan-makan bersama keluarga. Menu istimewa membuatkan si ayah rasa dihargai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sempena sambutan hari bapa yang bakal tiba pada 19 Jun ini, pasti ada isteri atau anak yang memikirkan menu istimewa untuk dihidangkan kepada bapa tersayang di rumah.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Hidangan enak sempena sambutan Hari Bapa
  • Menu istimewa lain yang boleh dihidangkan sempena Hari Bapa

Kali ini kami kongsikan beberapa resepi lain dari yang lain untuk anda cuba masak pada hari istimewa itu nanti!

Hidangan enak sempena sambutan Hari Bapa

#1. Sotong sumbat percik 

Bahan-bahan:

  • 5 ekor Sotong
  • 1/2 cawan kacang peas (boleh juga gunakan segenggam bayam)
  • 2 biji telur Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam

Cara-caranya:

  1. Rebus kacang peas sehingga empuk
  2. Pukul telur bersama garam dan lada hitam. Kemudian tuangkan telur tadi ke dalam kuali dan kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah. Masukkan kacang peas ke dalam kuali dan gaulkan sekali dengan telur tadi.
  3. Ketepikan Rebus air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Matikan api dan masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam periuk tadi selama 2 minit. Angkat sotong, toskan dan sumbat telur didalam sotong sehingga padat tetapi 3/4 penuh.
  4. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkannya.

Bahan kuah percik:

  • 1 kotak santan pekat (200ml)
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3-5 tangkai cili kering – ikut kepedasan masing-masing
  • 1 1/2 sudu besar gula merah
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa 

Cara-caranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar bawang, serai, halia dan cili kering
  2. Masukkan bahan kisar bersama santan dan setengah cawan air ke dalam periuk
  3. Kemudian masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
  4. Masak sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
  5. Masukkan garam, gula dan asam keping
  6. Sesuaikan rasa, tutup api dan bolehlah diangkat. Kemudian keluarkan asam keping tadi. 

Proses merecik:

  1. Bakar sotong seketika sambil balik-balikkkan sotong supaya masak sekata
  2. Apabila sotong mulai sedikit garing, lumur bahan kuah ke badan sotong dan bakar seketika sambil dibalik-balikkan sotong
  3. Kemudian masukkan sotong ke dalam pinggan dan tuang lebihan bahan kuah ke atas sotong *jika tidak mahu bakar sotong, boleh digoreng dengan butter tetapi pastikan sotong itu dibalik-balikkan dan lumur bahan kuah apabila sotong mulai garing.

#2. Menu sambutan Hari Bapa- Ketam masak cili

Jarang ayah yang tidak suka makan ketam. Jadi apa kata anda hidangkan ketam besar kepada mereka sempena hari istimewa ini.

Bahan A: (dikisar)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 4 hiris lengkuas
  • 8 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 3 biji cili padi
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji buah keras
  • 1 sudu makan belacan (yang telah dibakar)
  • Air limau (1 biji limau)

Bahan B:

  • 2 ekor ketam – dibersihkan dan dipotong 2 atau 4
  • 5 sudu makan minyak
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh taucu
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu makan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali leper.
  2. Masukkan bahan A dan goreng sampai pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan bahan B dimulakan dengan sos tomato, taucu, garam dan gula. Kacau rata
  4. Kemudian masukkan ketam. Kacau dan sebatikan.
  5. Tuangkan air panas dan tutup kuali dengan penutup.
  6. Biarkan selama 10 minit dengan api sederhana.
  7. Bancuhkan telur di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata dan sebatikan.
  8. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Menu istimewa lain yang boleh dihidangkan sempena Hari Bapa

#3. Roti john daging cheese leleh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • Daging cincang
  • Bawang besar – potong dadu kecil
  • Bawang putih – tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kurma
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit butter
  • telur – satu roti satu biji
  • garam
  • Keju
  • Roti hotdog

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kari dan serbuk kurma dan tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging cincang dan tumis sehingga empuk dan kering, perasakan dengan garam secukupnya dan ketepikan.
  4. Campurkan bahan yang ditumis tadi ke dalam telur. Belah roti hotdog kepada dua bahagian.
  5. Letakkan campuran telur di atas kuali, keju dan roti hotdog ke atas telur. Pastikan api pada tahap perlahan. 
  6. Tunggu sehingga sedikit garing dan terbalikkan pula ke bahagian satu lagi.
  7. Sedia untuk dihidang!

#4. Nasi tomato

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
  • 3 sm halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi

Cara-caranya:

  1. Potong halus bahan bertanda
  2. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak. Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah atau ayam masak kuzi. 

#5. Lasagna

Bahan-Bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • parutan keju mozarella, secukupnya
  • serbuk keju parmesan, secukupnya

Bahan untuk sos bolognese:

  • 300 gram daging atau ayam kisar
  • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
  • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
  • 1 cawan lobak merah yang dipotong dadu kecil
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk sos putih:

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar 
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • lada putih dan garam secukup rasa
  • boleh guna 3 keping cheese jika tidak masukkan keju parmesan

Cara-caranya:

Cara untuk masak sos bolognese:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga lobak merah lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.

Cara untuk memasak sos putih:

  1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  3. Angkat dan sejukkan

Cara untuk membuat lasagna:

  1. Panaskan oven kepada suhu 180°C.
  2. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  3. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
  5. Bakar di dalam oven selama 25 minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.

Semoga artikel ini membantu memberi idea masakan kepada anda semua. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Rotiboy Homemade Yang Sedap & Lembut, Buat Minum Petang Anak Mesti Suka!

Baca juga: Sediakan Bekal Makanan Seimbang Untuk Anak Dengan Lunch Box Terbaik Untuk Kanak-Kanak Ini!

Baca juga: Resepi Open House Berasaskan Ayam Yang Rare & Sedap, Buat Tetamu Makan Hingga Licin Pinggan

Penulis

Lala Annuar