Semenjak sesi persekolahan sudah kembali seperti biasa, ibu juga harus kembali ke rutin harian menyiapkan lunch box untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Kami percaya, sebelum naik sekolah, ramai ibu bapa yang membuat pencarian bekas makanan untuk anak bawa bekal yang paling sesuai untuk anak bawa ke sekolah.
Tips Pilih Lunch Box Yang Sesuai Untuk Anak
Jika ibu ayah membuat online research untuk memilih lunch box, anda pasti akan rambang mata! Terlalu banyak jenis bekas bekalan makanan untuk kanak-kanak dan dewasa yang ada dijual di pasaran sekarang.
Dalam mencari lunch box yang terbaik buat anak, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.
1. Reka bentuk lunch box perlu sesuai dengan menu
Ada bekas bekalan makanan yang jenis seperti mangkuk tingkat (tiffin), multi-compartment untuk bento atau pun untuk sekali makan. Setiap jenis reka bentuk lunch box ini mempunyai kelebihan masing-masing.
Contohnya, bekas bekalan makanan jenis multi-compartment lebih sesuai untuk anda letakkan makanan berat tidak berkuah dan snek dalam satu bekas. Manakala jika anak anda lebih suka membawa bekal sandwich ke sekolah, bekas makanan berbentuk segi empat sama sudah memadai.
2. Material lunch box yang selamat dan mudah untuk anak
Untuk memastikan makanan anak anda kekal hangat, pilih bekas bekalan makanan yang dibuat daripada stainless steel dua lapis yang boleh mengekalkan kepanasan. Bekas ini juga sesuai untuk bekal makanan yang bersup atau bubur untuk bayi anda.
Lunch box plastik juga sesuai untuk kegunaan kanak-kanak kerana ianya ringan dan tidak mudah pecah. Walau bagaimanapun, pastikan bekas bekalan makanan plastik yang digunakan itu adalah bebas BPA dan mempunyai penutup jenis leak-proof, ya!
3. Pilih lunch box yang mudah dicuci
Kebanyakkan bekal jenis multi-compartment terbaru datang dengan beberapa bekas kecil yang boleh dicabut dan disusun mengikut menu bekal anak anda. Lunch box jenis ini bukan saja lebih praktikal, tetapi juga lebih mudah untuk dibasuh.
Dalam pada itu, ada juga bekas yang mempunyai pembahagi tetap untuk memisahkan beberapa jenis makanan. Bekas jenis ini lebih sukar untuk dibasuh, tetapi tetap berguna jika anak anda gemar membawa bekal makanan yang kering atau tidak berkuah seperti biskut, keju atau nasi goreng.
6 Lunch Box Untuk Bekal Makanan Anak Ke Sekolah
Sebagai ibu ayah, kami di theAsianparent juga agak cerewet dalam memilih barang keperluan untuk ahli keluarga, terutama sekali apabila ia melibatkan anak-anak. Jadi, berpandukan tips memilih bekas makanan terbaik yang telah dikongsikan di atas, kami senaraikan beberapa pilihan lunch box paling praktikal untuk anak anda.
6 Lunch Box Malaysia Terbaik Untuk Kanak-kanak
| Zoku Neat Bento Jr. Lunch box Malaysia dengan dua bahagian simpanan | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Tupperware Lollitup Lunch box Malaysia dengan 3 compartment | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Silicone Collapsible Lunch Box Lunch box Malaysia mudah disimpan | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| OmieBox Hot & Cold Insulated Bento Box Lunch box Malaysia untuk makanan sejuk dan panas | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| Jayinex Double Layer 1.5L Capacity Lunch Box Lunch box Malaysia dua tingkat | | View Details | BELI DI SHOPEE |
| MUMU Lima 5-Compartments Lunch Box Lunch box Malaysia dengan bag sepadan | | View Details | BELI DI SHOPEE |
Zoku Neat Bento Jr.
Lunch Box Terbaik Dengan Dua Bahagian Simpanan
Bekas makanan jenama Zoku ini adalah antara yang terkenal dikalangan ibu moden yang suka membuat bekal bento untuk anak bawa ke sekolah. Setiap set lunch box ini datang dengan dua bahagian iaitu untuk bahagian simpanan sudu garpu dan makanan.
Reka bentuk bekas makanan untuk kanak-kanak ini juga menggunakan penutup berklip yang mudah untuk dibuka dan ditutup sendiri oleh tangan kecil. Ini menggalakkan anak anda untuk berlatih berdikari semasa waktu rehat di sekolah.
Apa yang kami suka:
- Ada dua warna pilihan merah jambu dan biru, muat untuk disimpan dalam lunch bag jenama Smiggle yang menjadi kesukaan kanak-kanak sekarang.
- Datang dengan satu bekas snek berbentuk bujur yang boleh disusun sekali dalam lunch box utama atau digunakan berasingan.
- Bekas plastik jenis keras (hardshell) yang mudah dibasuh dan bebas BPA.
Tupperware Lollitup
Lunch Box Terbaik Dengan 3 Compartment
Sebut saja jenama Tupperware, pasti semua ibu kenal dengan ketahanan produk bekas makanan keluaran jenama ini. Lunch box Lollitup ini juga mengekalkan kualiti dan ciri yang sama seperti produk Tupperware yang lain iaitu selamat digunakan, berwarna-warni dan tahan lama.
Lunch box Lollitup ini bebentuk segi empat sama yang mempunyai 3 pembahagi tetap untuk anda mengasingkan pelbagai jenis makanan dalam satu bekas. Ruang yang lebih besar sesuai untuk digunakan untuk makanan utama, manakala lagi dua bahagian kecil sesuai untuk snek atau buah-buahan.
Apa yang kami suka:
- Produk keluaran Tupperware boleh dibeli berasingan, contohnya jika tutup bekas ini hilang, anda boleh beli tutup baru sebagai ganti.
- Pilihan warna lunch box untuk kanak-kanak ini sangat vibrant, sesuai dengan jiwa mereka yang sentiasa ceria.
- Penutup jenis kedap membuatkan makanan tidak mudah tumpah dan keropok kekal rangup.
Silicone Collapsible Lunch Box
Lunch Box Terbaik Mudah Disimpan
Bekas makanan yang dibuat daripada silikon ini mempunyai ciri istimewa yang tidak ada pada bekas makanan lain. Apabila kosong, lunch box ini boleh ditekan menjadi lebih rendah dan mengambil ruang yang lebih sedikit untuk disimpan.
Badan luar bekas makanan untuk kanak-kanak silicone lembut ini datang dengan dua bahagian makanan yang berkongsi satu penutup. Bahagian luar penutup pula ada ruang kecil untuk anda simpan sudu dan garpu.
Apa yang kami suka:
- Penutup bekas makanan ini betul-betul kedap, makanan berkuah juga tidak akan mudah tumpah.
- Ruang makanan yang luas dan dalam, ibu ayah juga boleh pinjam untuk bawa bekal ke pejabat.
- Juga boleh digunakan sebagai bekas untuk menyimpan makanan leftovers di dalam peti sejuk.
OmieBox Hot & Cold Insulated Bento Box
Lunch Box Terbaik Untuk Makanan Sejuk Dan Panas
Omiebox, lunch box keluaran jenama Omielife ini merupakan satu pelaburan baik untuk anda beli untuk anak anda. Fungsi dan kualiti Omiebox ini memang sepadan dengan harganya.
Bekas makanan untuk kanak-kanak ini terbahagi kepada tiga bahagian tetap, dan datang dengan dua aksesori – pembahagi tambahan dan bekas insulated untuk makanan bersup kekal panas. Bekas makanan Omiebox ini datang dengan 5 pilihan warna menarik, dan badan bekas ini adalah jenis hardshell.
Apa yang kami suka:
- Setiap pembahagi bahagian makanan ditutup dengan getah untuk memastikan penutup benar-benar kedap.
- Bekas insulated yang boleh dicabut dan dipasang mengikut kesesuaian menu anak anda pada hari itu.
- Dibuat daripada material bergred makanan dan selamat untuk kanak-kanak iaitu stainless steel bergred 304, plastik bebas BPA dan Phthalate.
Jayinex Double Layer 1.5L Capacity Lunch Box
Lunch Box Terbaik Dua Tingkat
Bekas makanan dua tingkat ini adalah tiffin moden yang mudah dan ringkas untuk anak anda bawa bekal ke sekolah. Saiznya yang kompak memudahkan anak anda untuk simpan dalam bag sekolah sahaja. Ibu ayah juga boleh pinjam bekas makanan ini jika perlu kerana warnanya yang tidak terlalu kebudak-budakan.
Setiap set lunch box disertakan dengan satu mangkuk bulat bertutup yang boleh dimasukkan ke dalam bekas makanan atau digunakan berasingan. Tambahan lagi, pembelian set lengkap juga datang dengan satu mangkuk stainless steel tambahan untuk pastikan bekal sup kekal panas.
Apa yang kami suka:
- Kutleri yang muat untuk disimpan dalam penutup juga diberikan sekali dengan setiap pembelian.
- Penutup bekas boleh dijadikan sebagai tempat meletakkan telefon bimbit – fungsi yang berguna semasa ibu ayah pinjam bekal ini.
- Setiap tingkat mempunyai klip berasingan untuk pastikan bekas sentiasa tertutup rapat.
MUMU Lima 5-Compartments Lunch Box
Lunch Box Terbaik Dengan Bag Sepadan
Jika dilihat pada harga bekas bekalan makanan ini, mungkin anda akan terasa yang ia terlalu mahal. Tetapi sebenarnya dengan pembeliannya, anda akan dapat 5 bekas kecil, 1 bekas besar untuk memuatkan bekas-bekas kecil tadi, 1 bag makanan dan set kutleri. Sangat lengkap ya! Berbaloi kan?
Setiap bekas kecil ini dibuat daripada stainless steel gred makanan 304 dan mempunyai tutup bergetah berasingan. Jadi bekal makanan anak anda mempunyai dua lapis penutup sebenarnya. Lebih secure!
Apa yang kami suka:
- Setiap bekas kecil ini boleh digunakan secara berasingan jika perlu.
- Saiz insulation beg yang datang dengan setiap pembelian ini memang sesuai untuk lunch box ini dengan kemas.
- Bekas makanan ini juga boleh digunakan untuk simpan makanan di dalam peti sejuk beku.
Perbandingan Harga Lunch Box Terbaik
|
Jenama
|
Harga
|
Zoku Neat Bento Jr.
|
RM69.90
|
Tupperware Lollitup
|
RM20.00
|
Silicone Collapsible Lunch
|
RM21.00
|
OmieBox Hot & Cold Insulated Bento Box
|
RM199.00
|
Jayinex Double Layer 1.5L Capacity Lunch Box
|
RM24.90
|
MUMU Lima 5-Compartments Lunch Box
|
RM145.00
|
Guna Lunch Box Untuk Sediakan Bekal Makanan Seimbang Untuk Anak
Kredit gambar: Freepik.com
Pemakanan seimbang untuk anak adalah sangat penting. Disebabkan itu, ramai ibu ayah yang sentiasa mencari idea baru dan jalan terbaik untuk pastikan anak-anak sentiasa mendapat diet makanan berkualiti, walaupun semasa berada di sekolah sehari suntuk.
Bagaimana ibu nak capai matlamat ini? Jom baca beberapa tips menarik ini!
1. Gunakan bekas makanan yang menarik dan praktikal
Seperti orang dewasa juga, kanak-kanak juga suka lihat benda yang cantik dan menarik. Pilih bekal yang berwarna terang dengan corak berjiwa kanak-kanak untuk buat anak anda rasa tertarik dengan bekal makanan mereka.
Namun jangan lupa, lunch box mereka juga haruslah praktikal untuk digunakan. Praktikal dalam erti kata ianya perlu mudah untuk dibuka dan ditutup, tidak mudah tumpah dan tidak terlalu berat untuk mereka bawa ke kantin.
2. Sediakan makanan yang mereka suka dan berkhasiat
Ramai ibu ayah yang ingin anak-anak makan lebih sayur setiap hari. Tetapi selalunya jika anak-anak dibekalkan dengan menu sayur, besar kemungkinan pembaziran akan berlaku. Sediakan menu sayur semasa waktu makan malam di rumah.
Jadi, lengkapkan bekal mereka dengan makanan paling berkhasiat yang mereka suka agar perut mereka kenyang semasa di sekolah. Contohnya seperti pasta berkrim dengan ayam dan cendawan, buah-buahan dan seketul cheese kegemaran mereka.
3. Hias makanan mereka setiap hari
Bagi ibu yang mahu lakukan something extra, ibu boleh ambil kesempatan untuk berkarya semasa menyiapkan bekal makanan anak-anak berinspirasikan bento kanak-kanak di Jepun.
Ibu boleh kepal nasi menjadi bentuk beruang atau potong sandwich menggunakan cookie cutter berbentung bintang untuk menarik minat anak-anak. Selain itu, jangan lupa untuk potong buah-buahan untuk memudahkan anak makan semasa waktu rehat.
4. Jangan putus asa sediakan bekal anak
Pesanan terakhir daripada kami, ibu ayah harus istiqamah, ya! Jangan give up kalau ada sesetengah hari anak anda tidak habiskan bekal mereka.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Idea Game Yang Best Semasa Family Day, Boleh Tengok Siapa Yang Paling Bersemangat!
Baca juga: Semua Nampak Sedap, Wanita Kongsi Idea Menu Bekal Untuk Suami Bawa Ke Tempat Kerja
Baca juga: Penggunaan Sippy Cup Adalah Tanda Perkembangan Si Manja! Jom Belikan Sippy Cup Terbaik Untuk Anak