X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Resepi Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Menyelerakan, Tanpa Perasa Gula Atau Garam!

5 min bacaan
7 Resepi Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Menyelerakan, Tanpa Perasa Gula Atau Garam!

Pasta untuk bayi boleh diberikan seawal usia 7 bulan. Ada beberapa menu hidangan yang mudah dan enak ibu boleh cuba di rumah

Kalau setiap hari makan nasi lembik atau bubur kosong, tentunya bayi juga akan rasa bosan, kan? Jadi, tak salah sesekali anda tukar selera si kecil itu dengan beberapa pilihan resepi pasta untuk bayi ini. 

Secara tak langsung, ia dapat menambah selera anak untuk menikmati hidangan bernutrisi tinggi mengikut usia perkembangannya.

Resepi pasta untuk bayi ini dikongsikan sendiri seorang ibu bernama Anna Hazwaniey. Jom kita lihat bagaimana nak buat resepi pasta untuk bayi ini! 

10 resepi pasta untuk bayi yang ibu wajib cuma di rumah

Sebelum anda memberi pasta kepada anak anda, pastikan pasta yang dimasak benar-benar lembut agar mudah untuk si manja kunyah. Malah, pastikan anda memotong bahan lain seperti sayur mahupun ayam lebih kecil dan halus. Ini bagi mengelakkan anak tercekik.

Sekiranya anda ingin memberikan pasta kepada anak-anak bawah 1 tahun, pastikan anda blend makanannya agar dia dapat makan dengan mudah. Jika boleh, cuba elakkan perasa tambahan seperti garam mahupun gula.

#1: Chicken Mushroom With Macaroni 

pasta untuk bayi

Bahan-bahan: 

  • Ayam dicincang 
  • Cendawan shiitake dicincang halus 
  • Bawang putih dicincang 
  • Unsalted butter 
  • Tepung gandum (unbleached) 
  • Susu segar 
  • Stok kaki ayam (homemade) 
  • Daun parsley kering 

Cara-cara membuat: 

  1. Cairkan butter. Kemudian masukkan satu sudu tepung gandum dan gaul. Jangan sampai berbintil dan masukkan bawang putih. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Bila sudah sebati, masukkan stok kaki ayam dan terus kacau.
  3. Masuukan ayam dan cendawan. Gaul sehingga sebati dan mendidih.
  4. Akhir sekali, tabur parsley kering dan masukkan makaroni yang sudah direbus. 

#2: Creamy Chicken Soup With Pasta 

pasta untuk bayi

Bahan-bahan: 

  • Ayam 
  • Unsalted butter 
  • Tepung gandum 
  • Keju krim 
  • Lobak 
  • Bawang putih dan merah 
  • Susu segar 
  • Herba campuran 

Cara-cara membuat: 

  1. Cairkan ulsalted butter. Kemudian masukkan satu sudu besar tepung gandum dan gaul sebati.
  2. Masukkan bawang merah dan putih yang dicincang dengan unsalted butter.
  3. Selepas itu, masukkan ayam yang telah dipotong dadu bersama lobak yang telah disagat dan gaul sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan satu cawan susu segar dan sedikit air serta 1 sudu besar keju krim. 
  5. Bila sudah mendidih, taburkan herba campuran. Hidangan siap! 
  6. Rebuskan pasta dan masukkan ke dalam creamy chicken soup. 

Resepi pasta untuk bayi #3: Laksa Penang 

resepi pasta untuk bayi, resepi pasta, resepi pasta untuk anak, pasta, hidangan pasta, pasta untuk bayi, pasta, mee pasta, kongsi resepi pasta, keenakan pasta, masak pasta, masak pasta untuk anak, masak pasta untuk bayi, memasak pasta, resepi bayi

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung
  • Bawang merah 
  • Bawang putih 
  • Tomato paste (homemade)
  • Stok kaki ayam (homemade) 
  • Daun kesum 
  • Mee organik 

Cara-cara membuat:

  1. Rebus ikan kembung, kemudian ambil isi ikan dan kisar dengan bawang putih dan bawang merah. 
  2. Panaskan kuali, masukkan bahan yang telah dikisarkan tadi dan masukkan tomato paste dengan stok kaki ayam. Tuang sedikit air. 
  3. Kemudian masukkan daun kesum. Siap. 
  4. Mee organik rebus hingga lembut. 

Resepi spaghetti baby #4: Spaghetti Bolognese With Meatball 

pasta untuk bayi

Bahan-bahan untuk kuah bolognese: 

  • Daging kisar
  • Unsalted butter
  • Bawang merah dan bawang putih 
  • Tomato paste (homemade) 
  • Herba campuran
  • Celery 

Cara-cara membuat: 

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan unsalted butter.
  2. Masukkan daging kisar dan meatball serta tomato paste.
  3. Kemudian, masukkan celery. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air.
  4. Akhir sekali, taburkan herba campuran. Siap.

Bahan meatball: 

  • Daging kisar 
  • Lobak diparut 
  • Celery dicincang 
  • Serbuk roti (bakar sekeping roti dan blend kering)
  • Origano 

Cara masak: 

Gaul semua bahan sehingga sebati dan buat bentuk bulat. 

Resepi pasta untuk bayi 1 tahun #5: Spagheti Meatball Carbonara 

7 Resepi Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Menyelerakan, Tanpa Perasa Gula Atau Garam!

Bahan kuah carbonara:

  • Daging kisar
  • Meatball
  • Unsalted butter
  • Bawang merah dan bawang putih 
  • Krim keju 
  • Campuran herba 
  • Celery 
  • Baby spinach 
  • Capsicum 
  • Stok kaki ayam (homemade) 

Cara-cara memasak:

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan unsalted butter.
  2. Masukkan daging kisar dan meatball bersama stok kaki ayam, keju krim dan gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan celery, capsicum dan baby spinach. Jika kuah terlalu pekat tambah air.
  4. Akhir sekali, taburkan campuran herba. Siap.

Bahan meatball: 

  • Daging kisar 
  • Lobak diparut 
  • Celery dicincang 
  • Serbuk roti (bakar sekeping roti dan blend kering)
  • Origano 

Cara masak:

Gaul semua bahan sehingga sebati dan buat bentuk bulat. 

Resepi pasta untuk baby #6: Mac & Cheese 

7 Resepi Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Menyelerakan, Tanpa Perasa Gula Atau Garam!

Bahan-bahan:

  • Ayam dicincang
  • Unsalted butter
  • Bawang putih
  • Keju diparut
  • Stok kaki ayam (homemade
  • Makaroni

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter
  2. Kemudian masukkan keju yang diparut dan stok kaki ayam. 
  3. Setelah itu, masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit.

Resepi pasta untuk bayi 7 bulan: #7: Spagheti masak lemak 

resepi pasta untuk bayi, resepi pasta, resepi pasta untuk anak, pasta, hidangan pasta, pasta untuk bayi, pasta, mee pasta, kongsi resepi pasta, keenakan pasta, masak pasta, masak pasta untuk anak, masak pasta untuk bayi, memasak pasta, resepi bayi

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Serai, santan dan kunyit serbuk @ kunyit hidup
  • Stok kaki ayam (homemade)
  • Baby spinach 

Cara-cara membuat:

  1. Tumis bawang merah dan kunyit hidup yang ditumbuk
  2. Kemudian masukkan serai, santan dan stok kaki ayam
  3. Masukkan ayam dan baby spinach.
  4. Gaul sehingga mendidih dan masukkan spagheti yang telah direbus. 

Menu pencuci mulut untuk bayi

#8 Resepi pumpkin pudding 

resepi pasta untuk bayi, resepi pasta, resepi pasta untuk anak, pasta, hidangan pasta, pasta untuk bayi, pasta, mee pasta, kongsi resepi pasta, keenakan pasta, masak pasta, masak pasta untuk anak, masak pasta untuk bayi, memasak pasta, resepi bayi

Bahan-bahan:

  • Labu (potong dadu)
  • Tepung gandum (unbleached)
  • Kurma 
  • Air
Cara-cara membuat:
1.  Kisar labu dengan empat sudu besar tepung gandum, sebiji kurma dan sedikit air.
2. Kemudian masukkan dalam bekas dan kukus selama 15 hingga 20 minit
3. Hidang bersama sos kurma
4. Sos kurma, buang biji kurma dan masak dengan sedikit air.

#9 Puding telur dengan sos kurma

7 Resepi Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Menyelerakan, Tanpa Perasa Gula Atau Garam!

Bahan-bahan:

  • Sebiji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • Couscous
  • Kurma
Cara-cara membuat: 
1. Rendam couscous dengan air panas sehingga kembang dan tapis.
2. Pukul telur dengan paste kurma dan campurkan couscous dan susu segar.
3. Kemudian masukkan dalam bekas dan bakar pada suhu 180°c selama 15 hingga 20minit
4. Hidangkan bersama sos kurma.
5. Sos kurma, buang biji kurma dan masak dengan sedikit air.
 
Sekiranya si manja belum tumbuh gigi, ibu-ibu boleh kisar masakan sehingga hancur sebelum beri bayi makan. Seawal usia 7 bulan mereka sudah bersedia menikmati hidangan western ini. Selamat mencuba!
Homemade baby food

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Baca juga:  7 resepi enak untuk makanan bayi 1 tahun, ibu dah cuba belum resepi ini?

Baca juga: Lauk Resepi Ayam Untuk Anak Yang Pasti Sedap - Jangan Terkejut Kalau Anak Minta Tambah Nasi Lagi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 7 Resepi Pasta Untuk Bayi Yang Mudah & Menyelerakan, Tanpa Perasa Gula Atau Garam!
Kongsikan:
  • Anak Hanya Mahu Makan Pasta, Benarkah Ia Tidak Boleh Dimakan Setiap Hari?

    Anak Hanya Mahu Makan Pasta, Benarkah Ia Tidak Boleh Dimakan Setiap Hari?

  • Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Tambahkan Berat Si Manja

    Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Tambahkan Berat Si Manja

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Anak Hanya Mahu Makan Pasta, Benarkah Ia Tidak Boleh Dimakan Setiap Hari?

    Anak Hanya Mahu Makan Pasta, Benarkah Ia Tidak Boleh Dimakan Setiap Hari?

  • Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Tambahkan Berat Si Manja

    Resepi Makanan Bayi 7 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Tambahkan Berat Si Manja

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.