X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!

4 min bacaan
4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!

Memang susah nak paksa anak makan sayur. Kadang-kadang macam nak berperang. Anda boleh cuba resepi istimewa kami kongsikan ini.

Memang susah betul nak beri anak makan sayur jika mereka memang tidak suka rasanya. Ada yang sampai menangis-nangis bila diberikan sayur.

Tidak kiralah sayur jenis apa, sebut je sayur, terus putus selera anak. Risau juga dibuatnya kerana diketahui sayur banyak khasiat dan sangat baik untuk tumbesaran anak. 

Jika dia mahu makan sayur secara berperingkat pun kita dah cukup bersyukur. Jika buntu, apa yang ibu boleh buat adalah, kreatif dalam menyediakan resepi makanan anak-anak.

Anak makan sayur secara tersembunyi jika anda cuba resepi ini

Anak makan sayur

Jika anak benci sangat sayur, kita perlu fikir cara bagaimana untuk buat dia makan tanpa perlu ada ‘drama’ sebelum dia mendapat khasiat yang sepatutnya. 

Jadi kali ini kami kongsikan resepi yang ada sayur tersembunyi hingga anak tak sedar pun yang dia sebenarnya ada makan sayur. 

#1. Roti brokoli

Bahan-bahan:

  • 2 – brokoli
  • 120g – Keju (parut)
  • 100g – Kekacang
  • 2 biji – Telur
  • 1 sudu kecil garam dan lada
  • 5 sudu besar minyak zaitun

Cara menyediakan:

  1. Basuh dan bersihkan brokoli dan bahagikan sedikit. Kemudian tumis dalam periuk dengan air masin dan potong kecil.
  2. Campurkan dengan keju, serbuk roti, telur dan rempah seperti lada hitam.
  3. Biarkan campuran selama sekurang-kurangnya 20 minit, kemudian bentuk roti. (boleh juga digolekkan atas serbuk roti)
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti hingga coklat keemasan di kedua-dua belah pihak.

#2. Pizza terung mini berkeju

Anak makan sayur

Bahan-bahan:

  • Terung panjang (dibelah dua dibuang biji)
  • Lada benggala (tidak kisah warna)
  • Potato Wedges ( beli yang dah siap khas untuk goreng terus )
  • 4 biji bawang merah, 2 biji bawang putih ( hiris nipis )
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Minyak zaitun khas untuk ditumis
  • Sebatang parsley ( dihiris untuk topping )
  • Sos tomato/pedas (jika anak makan pedas)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Keju mozarell dan cheddar

Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven 180
  2. Terung yang dah dibelah dua dan kosong isinya sapukan minyak zaitun tabur garam dan serbuk lada hitam.
  3. Balut terung dengan aluminium foil.
  4. Tumis lada benggala, bawang putih, bawang merah yang dipotong kecil-kecilan dengan minyak zaitun tetapi jangan terlalu lama. 
  5. Goreng potato wedges dan asingkan
  6. Masukkan terung yang sudah dibakar di dalam bekas yang telah diletakkan dengan aluminium foil, masukkan lada benggala, bawang putih dan merah yang telah ditumis ke dalam bahagian terung yang dibelah dan dikosongkan.
  7. Letak potato wedges yang telah dogoreng ke dalam terung di atas bahan yang ditumis.
  8. Tutup ruangan yang kosong dengan lebihan lada benggala, bawang putih dan merah yang telah ditumis tadi
  9. Taburkan cheddar dan mozarella di atas.
  10. Ratakan kesemua bahan dan masukkan ke dalam ketuha selama 10-20 minit.
  11. Bila sudah perang emas-keemasan boleh dihidangkan.

#3. Omelette bayam

Anak makan sayur

Bahan-bahan:

  • ½ biji tomato – dipotong dadu kecil
  • 150gm bayam – dipotong
  • 1½ inci lobak merah – dipotong dadu kecil
  • ½ biji bawang Holland – dipotong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih- dicincang
  • 1½ sudu kecil garam
  • 5 biji telur 
  • 4 sudu besar susu segar

Cara menyediakan:

  1. Kisar semua bahan
  2. Panaskan minyak dan goreng di atas kuali tidak lekat

#4. Pancake brokoli

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
  • 2 cawan – tepung gandum
  • 1 cawan air (ikut keperluan perlu tambang jika tepung masih tidak cair)
  • Garam secukup rasa
  • Mentega
  • Keju
  • Brokoli 

Cara menyediakan:

  1. Kacau sebati tepung gandum, garam dan air. Pastikan tidak terlalu cair atau pekat.
  2. Kisar campuran tepung yang sudah cair dengan brokoli
  3. Letakkan campuran tepung dan brokoli sedikit demi sedikit ke dalam kuali tidak melekat (bentuk bulat dan tidak terlalu besar atau kecil)
  4. Letak mentega di atas tepung di kuali
  5. Letak keju di atas tepung dan lipat dua
  6. Jika sudah kelihatan masak, sedia untuk dihidangkan.

FB Dapur Influencer, SyafiraYamin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Naikkan Berat Badan Bayi 7-12 Bulan Dengan Menu Ini, Ramai Ibu Dah Cuba, Ia Dengan Berkesan!

Baca juga: Kerap Kena Jangkitan Telinga Antara 9 Tanda Utama Sistem Imun Anak Tidak Berfungsi Dengan Baik

Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • 4 Resepi Sihat Untuk Anak Tak Suka Makan Sayur, Dia Tak Sedar Pun Ada Sayur Dalam Menu Tu!
Kongsikan:
  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

  • Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

    Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

  • Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

    Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

  • Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

    Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

  • Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

    Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

  • Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

    Tips Persediaan Menu Ramadhan Untuk Ibu-Ibu Yang Sibuk, Masak Awal Lebih Senang!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.