Selalunya bila nak bersalin rasa nak buang air besarkan? Tapi lain pula bagi ibu ini. Dia rasa nak buang air kecil, tetapi sebenarnya itu tanda nak bersalin. Akibat terlalu panik, dia menarik sendiri bayinya sampai putus kepala bayi itu!
Mengerikan, tak tahulah sekuat mana dia menarik sendiri bayi itu dalam keadaan bersendirian dalam bilik air, hingga putus kepala bayinya.
Sampai putus kepala anak, ibu panik bersalin sendiri
Kejadian di Sikka, Nusa Tenggara Timur (NTT) itu menyaksikan wanita itu dikatakan bersalin sendiri di rumahnya tanpa ditemani sesiapa.
Menurut polis, dia pergi ke bilik air untuk kerana rasa untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, lain yang ditunggu lain yang keluar.
Anak yang dikandung pula keluar. Panik dengan keadaan itu, ibu berkenaan menarik tubuh bayinya dengan kuat sehingga menyebabkan kepala bayi itu terputus dan tertinggal dalam rahimnya.
Difahamkan, kelahiran itu adalah kelahiran pramatang dan kes itu masih dalam siasatan sama ada terbabit unsur jenayah atau sebaliknya.
Perlu tenang hadapi proses bersalin
Sebagai ibu hamil pasti pelbagai perkara berlegar di fikiran mengenai bagaimana agaknya proses bersalin kan? Pasti ada yang kecut perut atau tak sanggup langsung memikirkan momen itu.
Mungkin terbayang-bayang cakap mereka yang sudah bersalin, terngiang-ngiang agaknya pengalaman mereka yang pernah bersalin di telinga anda kan? Tidak salah mendengar pengalaman orang lain, tapi jangan sehingga meruntuhkan semangat dan menakutkan anda.
Apa yang penting tenanglah saat melaluinya. Anda tidak tahu di mana anda akan bersalin, boleh jadi ia terjadi di rumah, di hospital dan di mana-mana.
Jadi mahu tidak mahu, anda perlu bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi saat itu yang menjadi momen yang tidak mungkin dapat anda lupakan sepanjang hayat.
Bersedia itu penting untuk hadapi dengan tenang
Menurut laporan Harian Metro, memetik kata seorang Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Norshida Brahim, ibu yang hamil perlu bersedia dari segi mental untuk proses bersalin.
Perasan kan? Ada sesetengah ibu sibuk sangat dengan kerja dan mereka ini selalunya akan memberitahu doktor bahawa tidak boleh bersalin lagi sebab banyak kerja yang perlu disiapkan.
Perasan atau tidak?Itu ayat biasa yang meniti di bibir ibu hamil yang terlalu sibuk bekerja. Menurut pakar itu, jika ibu buat begitu dia memang akan bersalin lambat.
“Ini umpama doa kita sendiri. Kita kata diri tak boleh bersalin lagi, jadi lambatlah ia terjadi. Tetapi, bila sudah sedia, bercakaplah dengan bayi dan beritahu dia yang kita sudah sedia. Ibu boleh berkomunikasi dengan bayi,” kata pakar itu.
Risiko bersalin awal boleh terjadi pada sesiapa saja
Tidak semua kehamilan itu mengikut apa yang dirancang atau diramal oleh doktor. Jadi ibu perlu bersedia bahawa tidak semua kehamilan itu dilalui dengan sangat indah atau bahagia tanpa sebarang masalah.
Persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan harus dibuat. Jangan langsung tidak bersedia kerana nanti susah jadinya.
Antara yang perlu ibu bersedia adalah kelahiran pramatang yang mungkin amat ditakuti sesetengah wanita hamil walaupun ia sebenarnya bukan perkara luar biasa berlaku. Sesiapa pun tidak mahu mengalami komplikasi ketika bersalinkan?
Jadi bersedia. Bersedia dan bersedia. Itu paling penting. Risiko bersalin awal atau kelahiran pramatang boleh berlaku pada sesiapa saja dan ia adalah masalah kehamilan yang biasa berlaku.
Apa saya perlu buat jika bersalin awal?
#1. Jangan panik
Tenang ibu, tenang. Itu paling penting. Jika ada keluar tanda-tanda nak bersalin, cari tempat selamat dan cuba duduk.
#2. Minta bantuan
Jika sempat hubungi suami atau ahli keluarga terdekat, atau jika terdesak minta bantuan mereka yang berdekatan. Jangan memandu sendiri ke hospital ya, kerana ia sangat berisiko.
Semoga selamat semuanya ibu!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: intisari.grid.id, harian metro
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-songsang-lahir-normal