Hospital Beritahu Lelaki Ini HAMIL, Lepas Buat Ujian Saringan Covid-19

Macam mana boleh tersilap?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua orang sedia maklum tentang penyakit berjangkit corona virus yang telah meragut hampir beratus ribu nyawa di seluruh dunia. Namun, setakat hari ini, wabak berjangkit ini telah menyebabkan 121 kematian di Malaysia dan wabak ini kian beransur pulih secara perlahan-lahan di negara kita.

Atas sebab itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sambil melihat beberapa sektor dan industri mula dibenarkan operasi secara perlahan-lahan namun perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Namun begitu, di Nusa Tenggara Timur (NTT), seorang lelaki yang berumur 27 tahun menerima keputusan reaktif untuk ujian kehamilan selepas menjalani ujian kecepatan Covid-19. Di sebabkan kecuaian itu, pegawai kesihatan di wilayah tersebut mengakui kecuaian mereka itu.

“Pada hari ini, kami mengakui kesalahan ini dan mendapatkan hasil makmal yang betul,” kata Widyanto P Adhy, jurucakap petugas covid-19 di wilayah itu.

Meskipun itu, Adhy dilaporkan enggan memberikan penjelasan bagaimana kesalahan itu boleh berlaku terutama membabitkan nyawa pesakit.

“Saya rasa tidak penting untuk melaporkan bagaimana kesalahan itu boleh berlaku tetapi cukuplah untuk memberitahu bahawa pihak kami telah mengambil langkah bahawa kesalahan yang sama tida akan berulang lagi,” kata Adhy.

Kisah bermula di sini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut cerita, pesakit tersebut baru-baru ini ada melakukan perjalanan ke kawasan yang berisiko tinggi dengan Covid-19 dan menjalani ujian pantas covid-19 semasa dia dikuarantin di sebuah kawasan penempatan sementara untuk jangkitan tersebut. Dia kemudian dilaporkan akan menerima keputusannya pada hari Sabtu, namun keputusan yang diterima adalah untuk ujian kehamilan dan bukan untuk coronavirus.

Bukankah itu sesuatu yang pelik, yang mana mereka mengambil sampel untuk covid tetapi keputusan yang diperoleh adalah untuk kehamilan. Malah sampel yang diambil juga datangnya daripada seorang lelaki.

Sepatutnya lelaki tersebut perlu menjalani ujian swab untuk mengesahkan sama ada dia dijangkiti atau tidak dengan corona virus.

Atas sebab itu, keluarga lelaki berkenaan kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak hospital tidak sambil lewa untuk merawat pesakit tidak kira dijangkiti ataupun tidak dengan pandemik ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang akan diuji dengan covid 19?

Mengikut garis panduan yang ditetapkan KKM, hanya mereka yang memenuhi kriteria tertentu saja yang boleh melakukan ujian covid-19.

Antara orang tersebut adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Mereka yang menunjukkan gejala demam atau jangkitan akut
– Mereka yang telah membuat perjalanan ke negara terkesan dalam masa 14 hari.
– Orang yang transit di lapangan terbang negara terkesan tidak dikira sebagai membuat perjalanan ke sana.
– Orang yang mempunyai kontak rapat dengan kes yang disahkan covid 19 dalam masa 14 hari. Kemudian, kontak rapat itu akan diuji sama ada dia menunjukkan gejala atau tidak.

Walaubagaiamanpun sekiranya anda memenuhi kriteria tersebut jangan terus ke hospital tetapi perlu menghubungi khidmat pelanggan KKM terlebih dahulu dan secepat mungkin.

Selepas itu, pihak KKM akan menasihati anda sama ada perlu menjalani ujian dan memberikan arahan yang spesifik untuk kes anda. Ini kerana, ujian adalah percuma jika anda memenuhi semua kriteria tersebut.

Selain daripada itu, anda mungkin akan diminta untuk mengunjungi ke mana-mana fasiliti kesihatan yang mempunyai kelengkapan lengkap untuk saringan covid 19.

Setelah sampai di fasiliti berkenaan, kemungkinan anda akan diminta untuk ke tempat khas bagi menjalani ujian supaya dapat memastikan yang anda mengasingkan diri daripada petugas dan pesakit lain yang tidak mempunyai PPE.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan cara membuat panggilan telefon juga dapat memudahkan petugas kesihatan supaya membuat persediaan semasa tiba di rumah anda sebagai langkah berjaga-jaga.

Jika menunjukkan gejala tidak sihat, anda akan dimasukkan ke wad sementara menunggu keputusan ujian dan anda juga mungkin dimasukkan ke dalam wad jika persekitaran kediaman anda tidak sesuai untuk kuarantin.

Jika semua dalam keadaan baik, anda akan menerima arahan bagaimana menajalani kuarantin selama 14 hari dari tarikh terakhir anda terdedah dengan pesakit covid.

Apa yang diperlukan untuk ujian covid 19?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian yang melibatkan sampel swab iaitu kapas kesat yang akan diambil melalui hidung dan mulut.

Swab poliester kecil itu mempunyai batang panjang dan petugas kesihatan akan memasukannya jauh ke dalam rongga mulut dan hidung serta mengikis sedikit kerongkong dan hidung dikenali nasofarinks.

Bagi mereka yang pernah menjalani prosedur ini rata-ratanya memberitahu ia sangat tidak menyenangkan tapi tidak begitu menyakitkan.

Kemudian swab akan dihantar untuk menjalankan ujian bagi mengesan sebarang wabak ini sama ada individu tersebut positif atau negatif.

Sumber: Coconuts.co 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkebaikan-penyusuan-susu-ibu