Senarai Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Normal & Czer, Ibu Wajib Cuba

Sarapan ibu berpantang hendaklah jenis yang mudah dan mampu membuatkan perut rasa kenyang. Ia juga membantu perbanyakkan susu badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sangat penting bagi ibu yang baharu sahaja lepas bersalin ambil makanan yang berkhasiat bagi mengembalikan semula tenaga dan menghasilkan susu yang berkesan dan banyak. Berikut terdapat beberapa idea menu sarapan ibu berpantang yang boleh anda ambil untuk dijadikan sebagai rujukan.

Menu sarapan ibu berpantang yang mudah dan mengenyangkan

Hantaran oleh Puan Rida Shafie di Facebook rasmi miliknya, yang telah berkongsi beberapa idea menu untuk sarapan yang sangat menarik dan sedap sepanjang tempoh dia berpantang.

#1. Air milo, buah oren, kurma, biskut tawar dan bubur nasi + ikan bilis goreng

Resepi ikan bilis goreng

  • Bawang putih lebih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Olive oil
  • Ikan bilis pilihan, goreng garing dulu ketepikan

Cara penyediaan:

  1. Goreng bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan bawang merah dan halia.
  3. Goreng sampai ala-ala garing gitu masukkan serbuk ikan bilis dan garam sikit je. Sebab ikan bilis maybe dah masin kan.
  4. Tutup api baru masukkan ikan bilis. Siap!

#2. Air kopi, buah epal, kurma, kari isi ayam (kuah guna susu full cream) dan lempeng nestum

Resepi lempeng nestum

  • Gandum
  • 1 paket nestum kurma campur air panas biar dia kembang dulu

Caraa penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Campurkan gandum dan nestum, kacau boleh goreng nipis-nipis. Dah settle.

#3. Air kopi O, buah oren, air nestum, kurma dan lempeng manis

#4. Air kopi O, koko krunch, buah epal, kurma dan roti tortilla

#5. Air milo, kentang putar, sayur kukus, kurma dan roti bakar cheese

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Air milo, buah epal, kurma, nestum dan popia sayur

#7. Air milo, buah oren, kurma, koko krunch dan roti jem bakar

#8. Air milo, buah epal, kurma, nestum dan biskut kering

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan berkhasiat dalam sarapan ibu berpantang penting untuk kesihatan

Ibu yang baru sahaja lepas bersalin amat memerlukan rehat yang secukupnya dan juga makanan yang lengkap dengan khasiat dan juga nutrisi.

Tanpanya, ibu akan kehilangan tenaga untuk kembali pulih sepenuhnya dan susu badan juga tidak dapat diproses dan semakin berkurangan. Kesihatan ibu juga lama-kelamaan akan merosot.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea dan juga manfaat untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

Baca juga: Tahniah! Dr Amalina Bakri Mengandung Anak Pertama, Kongsi Tips Buat Ibu Yang Bekerja

Baca juga: Muat Turun Aplikasi Kehamilan Terbaik Ini Dan Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani