Apabila si manja menjangkau usia 6 bulan, ini merupakan petanda tepat yang menandakan dia sudah boleh mula makan makanan pejal. Namun bagi permulaan, bayi pada usia ini memerlukan aturcara makan dan santapan yang berbeza dari orang dewasa ya, jadi pastinya mereka memerlukan beberapa produk saringan makanan bayi yang memudahkan urusan ibu dan anak.
Misalnya, makanan bayi dimulai dengan makanan lembut atau mudah ditelan, jadi ibu seharusnya menyediakan bubur atau puri.
Bagi mencapai tujuan ini, ibu ayah boleh sahaja menggunakan blender biasa yang digunakan seharian atau lenyek dengan sudu sahaja, namun ini bukan sahaja merentayah dan mengambil masa tetapi risau pula jika tercampur dengan campuran bahan yang dikisar sebelumnya.
Penggunaan produk yang bersesuaian bukan sahaja memudahkan, malah lebih hygenic dan halus, atau tepat mengikut keinginan si manja. Maknanya, semakin si manja membesar, tekstur makanan boleh diperhalusi mengikut usia yang bersesuaian.
Saringan Makanan Bayi: Memilih Pengisar Makanan Bayi Yang Terbaik Untuk Si Manja
Di pasaran, ada banyak produk yang berkualiti dengan harga berbaloi untuk dipilih malah dibungkus secara praktikal. Semak beberapa perkara ini sebelum membuat pembelian:
- Pilih yang bergred makanan Label ini penting khususnya dalam penyediaan makanan bayi ya. Ini menandakan produk ini selamat untuk bayi, namun sentiasa ingat untuk tidak menuangkan makanan yang terlalu panas di dalamnya sebelum disejukkan terlebih dahulu.
- Material yang kuat Cari bahan yang tebal, kuat dan tidak mudah pecah. Plastik yang mudah pecah berbahaya kerasa berisiko masuk di dalam makanan bayi.
- Ringan dan praktikal Food maker pastinya lebih baik dan memudahkan sekiranya dapat dibawa travel, jadi ibu ayah tidak perlu membawa food processor ke mana-mana. Jadi cari yang ringkas dan praktikal bagi memudahkan anda kelak.
5 Pengisar Makanan Bayi Manual Yang Terbaik di Malaysia
Jollybee Baby Food Making Maker 9in1 Set RM15.99
Set pengisar Jollybee dapat digunakan untuk mengisar kentang, ubi jalar, wortel, labu, daging dan ikan, yang perlu ibu ayah perlu lakukan hanya mengukus dan kemudian mengisar hingga menjadi pes halus. Menariknya, kegunaan penggiling yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza, di mana yang berbentuk segitiga yang banyak adalah untuk membuat wortel manakala penapis yang ditutup dengan lubang kecil digunakan untuk membuat jus buah!
Apa yang kami suka?
- Bahan PP sangat selamat
- Tidak ada BPA
- Mudah dibersihkan
- Pelbagai kaedah penggunaan; membuat jus, kisar, penapis, cincang
- Storan bertindan
- Ringkas dan tidak makan ruang
Pattaraboon [ 7PCS ] Baby Food Grinding Grater Juicer Maker Set RM19.92
Apa yang kami suka?
- Boleh digunakan untuk 5 fungsi; memberi makan/menjus/mengisar/memarut/menapis makanan/melenyek makanan
- Boleh guna semula
- Tahan lama
- Tidak melekat
- Mudah digunakan dan mudah dibersihkan
- Boleh digunakan semasa travel
OXO Tot Mash Maker Baby Food Mill RM151.20
Bagi yang inginkan produk yang lebih ringkas, Oxo Tot Mash dibentuk dengan mudah untuk membolehkan pengisian cepat dan menambah cecair untuk mengawal ketebalan puri, dan direka untuk memaksimumkan kemudahan. Pangkalan yang tidak tergelincir memberikan kestabilan semasa mencampurkan bahan, dan juga menangkap lebihan cecair untuk mengurangkan kekacauan.
Apa yang kami suka?
- Mudah untuk dicedok atau hidangkan makanan
- Badan berkontur dan cengkaman yang tidak licin
- Asas tidak tergelincir memberikan kestabilan
- Mudah diisi dan tambah cecair
- Penutup untuk penyimpanan dan mudah alih
- Didatangkan dengan satu sudu makan silikon Oxo Tot
Babysafe Food Masher Bowl RM21.35
Babysafe Food Masher Bowl adalah mangkuk dengan sudu pelicin untuk melenyek makanan baik buah segar, dan makanan dimasak yang lain. Selain didatangkan dengan pilihan warna menarik, pemegangnya direka khas untuk kegunaan yang selesa. Tambahan lagi, produk ini boleh digunakan untuk memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi bukan untuk memasak dengan gelombang mikro.
Apa yang kami suka?
- 100% Polipropilena
- Bahan Gred Makanan
- Bebas dari Bisphenol-A
- Memenuhi Piawaian Keselamatan Eropah untuk Kategori Peralatan Makan Bayi
- Ia boleh digunakan untuk memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi bukan untuk memasak dengan gelombang mikro.
Douxbebe Yarmmir 6 in 1 Manual Food Processor RM59.90
Pemproses makanan manual ini dapat membuat puri, menyaring jus, menyediakan nutrien harian untuk bayi malah boleh digunakan untuk mengisar buah dan sayur dalam bahagian kecil. Ia sememanganya sesuai untuk bayi yang baru mulai belajar makan dan senang dibawa travel!
Apa yang kami suka?
- Reka bentuk 6 dalam 1
- Menjimatkan ruang
- Bahan PP gred makanan
- Bebas BPA
- Asas tidak tergelincir
Perbandingan Harga
Produk | Harga |
Jollybee Baby Food Making Maker 9in1 Set | RM15.99 |
Pattaraboon [ 7PCS ] Baby Food Grinding Grater Juicer Maker Set | RM19.92 |
OXO Tot Mash Maker Baby Food Mill | RM151.20 |
Babysafe Food Masher Bowl | RM21.35 |
Douxbebe Yarmmir 6 in 1 Manual Food Processor | RM59.90 |
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 5 Perkara Parents Patut Tahu Sebelum Beri Bayi 6 Bulan Makanan Pejal Pertama