Satu Bulan Cuti Bersalin - CIMB Umum Berita Baik Untuk Para Ayah

Sempena Hari Bapa baru-baru ini, bank CIMB telah mengumumkan cuti bersalin buat para ayah baru, di mana cuti bersalin telah dipanjangkan dari tiga hari kepada satu bulan bergaji!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersempena dengan Hari Bapa yang baru berlalu, salah satu bank terkemuka di Malaysia, CIMB, telah mengumumkan satu berita baik buat para ayah yang berkerja di syarikat bank terbabit.

Para ayah akan diberikan sebulan cuti bersalin bagi membenarkan mereka meluangkan lebih masa bersama bayi yang baru dilahirkan.

Ia juga turut memberi peluang kepada para ayah untuk menjaga kebajikan dan keperluan isteri yang masih dalam tempoh berpantang.

Tetapi, cuti bersalin sebulan ini hanya terhad kepada:

  • Golongan bapa yang baru pertama kali menyambut cahaya mata
  • Bagi anak yang berikutnya, cuti bersalin adalah untuk selama seminggu

Langkah penghargaan CIMB kepada kakitangannya

Mengikut laporan berita Harian Metro, dasar itu akan dikuat kuasakan serta merta. Ianya sejajar dengan Program Peremajaan Kakitangan syarikat bank terbabit.

Malah, cuti bersalin tambahan dari hanya 3 hari kepada satu bulan secara berbayar buat ayah baru merupakan salah satu daripada penambah baikan yang telah dianjurkan oleh CIMB.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antaranya adalah seperti pekerja dibenarkan memohon cuti enam bulan tanpa gaji tanpa perlu meletak jawatan.

Sememangnya ini berita menggembirakan buat pasangan suami isteri yang suaminya bekerja di Bank CIMB.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Status menggembirakan dari CEO sempena Father’s Day

Malah, yang menariknya, CEO CIMB, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam akaun Instagram peribadinya, telah meletakkan status tentang cuti bersalin sebulan kepada para bapa sempena dengan Father’s Day semalam!

https://www.instagram.com/p/BVem6J9hZ2z/?taken-by=zafrulaziz

Sesuai dengan permintaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Sebenarnya, isu cuti bersalin, tidak kiralah buat isteri atau suami, telah lama diperbincangkan.

Yang pastinya, ramai yang merasakan cuti bersalin yang ada sekarang adalah terlalu pendek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam artikel kami yang berlainan, kami ada berkongsi maklumat tentang permintaan MTUC supaya tempoh cuti buat kedua-dua ibu dan ayah dipanjangkan. Anda boleh membacanya di sini.

Untuk info penting tentang cuti bersalin di Malaysia yang kami rasa anda patut tahu, anda boleh membacanya juga di sini.

Jadi, selepas ini, bolehlah para suami yang bekerja di CIMB membantu isteri berpantang dan menjaga keperluan bayi yang baru lahir ya? Selamat bercuti bersalin panjang buat ayah-ayah baru di CIMB! 🙂

Penulis

Noor