Apabila anak kita demam pun kita sudah tak sanggup nak melihatnya. Apa lagi melihat bayi terkena sawan. Apa yang boleh menyebabkan sawan pada bayi baru lahir?
Inilah apa yang harus dilalui oleh bayi berusia tiga bulan ini. Kimberly mendapat sawan lebih 30 kali sehari!
Sawan pada bayi baru lahir yang dikenali sebagai Hemimegalencephaly
Pertama kali Kimberly mendapat sawan, sawan tersebut berterusan sehingga 30 minit hanya dua hari selepas dia dilahirkan di Indonesia. Ini membuatkan ibu dan bapa Kimberly risau. Pelbagai ujian dilakukan ke atasnya termasuk imbasan MRI.
Walaupun sawan Kimberly boleh dikawal dengan ubat, sawan ini tidak hilang sepenuhnya. Setelah gagal menghentikan sawan dan tiada pakar di Indonesia mampu untuk mengawal keadaannya, Kimberly dibawa ke Hospital KK Wanita dan Kanak-Kanak di Singapura untuk meneruskan rawatan.
Selepas melakukan imbasan MRI di Hospital KK, Kimberly disahkan menghidap Hemimegalencephaly.
Hemimegalencephaly adalah sejenis penyakit neurologi yang jarang berlaku, di mana bahagian sebelah otak lebih besar dari otak lagi satu.
Tisu otak menjadi punca sawan kerap berlaku dan ia perlu dibuang melalui pembedahan.
Ini membuatkan Kimberly hilang fungsi pada sebelah tubuhnya dan hanya otak kiri sahaja dapat menguruskan semua fungsi badan.
Sawan pada bayi baru lahir adalah penyakit jarang berlaku
Dengan mengambil kira umur Kimberly dan penyakit yang jarang berlaku ini, para doktor tidak pasti apa yang akan berlaku. Tapi ibu bapanya telah berjanji berusaha merawatnya kerana Kimberly adalah seorang bayi ajaib yang mereka tunggu selama 10 tahun. Mereka tidak sanggup kehilangannya.
Difahamkan kos perubatan Kimberly adalah sebanyak SGD70,000 (RM210,000) tidak termasuk kos pembedahan. Kos perubatan pula dijangka lebih dari SGD150,000 (RM450,000) kerana kemungkinan pembedahan berganda, menurut GiveAsia.
Ini perkara penting ibu ayah perlu tahu
Sawan berlaku apabila sel otak mengalami aktiviti abnormal elektrik yang menyebabkan gangguan pada isyarat elektrik normal otak.
Dalam bahasa mudahnya, ia seperti lintasan pintas otak, kata Adam Hartman, M.D., pembantu profesor di Pakar Neurologi dan Kanak-Kanak di Pusat Kanak-Kanak Johns Hopkins.
Menurut Institut Neurosains Singapura, sawan boleh berlaku akibat:
- Kecederaan otak
- Jangkitan dalam otak
- Tumor
- Strok
- Genetik
Mudah untuk mengenal sawan pada orang dewasa, tapi pada bayi, mereka menunjukkan tanda yang lebih kabur, malah susah untuk dikenalpasti.
Ibu bapa yang belum pernah melihat sawan pada bayi baru lahir mungkin tidak akan perasan ada sesuatu yang berlaku.
Jenis sawan pada bayi baru lahir dan tanda yang perlu diperhatikan
- Sawan demam– Mata bayi akan ke atas serta anggota badan akan jadi kejang atau tersentak. Sawan ini biasanya terjadi akibat demam terlalu panas.
- Sawan fokal – Tanda termasuk berpeluh , muntah, pucat dan kejang pada satu bahagian otot seperti jari, tangan atau kaki. Bayi juga akan menangis, menjerit atau tidak sedarkan diri.
- Sawan tidak sedar– Anda mungkin perasan yang bayi sedang merenung atau melamun. Bayi juga mungkin akan mengelipkan mata dengan banyak atau dilihat seperti mengunyah sesuatu. Sawan ini biasanya berlaku kurang dari 30 saat dan berulang beberapa kali.
- Sawan atonik– Bayi anda tiba-tiba tidak memberikan respon atau tidak bergerak akibat kehilangan upaya otot secara tiba-tiba. Seperti, kepala bayi tiba-tiba jatuh semasa merangkak.
- Sawan tonik – Kejang pada setengah atau seluruh badan.
- Sawan myoklonik – Sawan yang berlaku beberapa hari berturt-turut termasuk pergerakan tersentak di leher, bahu atau bahagan atas lengan bayi.
Walaupun ia kedengaran tidak masuk akal, anda perlu mengambil video bayi anda mengalami sawan kerana menunjukkan video ini pada pakar kanak-kanak akan membantu mereka merawat bayi dengan lebih mudah.
Penting juga untuk anda mengambil tahu perkara-perkara penting ini
- Berapa lama sawan berlaku?
- Bila sawan bermula? Adakah pada lengan, kaki, mata atau merebak ke bahagian badan yang lain
- Bagaimana cara sawan berlaku? (kejang atau tersentak)
- Apa perkara terakhir yang bayi anda lakukan sebelum sawan?
Jangan lupa untuk mengambil langkah keselamatan apabila bayi terkena sawan
- Pusingkan bayi anda ke bahagian tepi badan untuk mengela mereka tercekik muntah sendiri.
- Jangan cuba untuk hentikan sawan atau letak apa-apa dalam mulut mereka.
- Jika bayi terkena sawan lebih dari 5 minit dan mula bertukar kebiru-biruan, minta pertolongan cemas dengan segera.
- Segera dapatkan bantuan jika anak tidak beri respon pada anda selama 30 minit selepas sawan berlaku.
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Minyak Angin BERBAHAYA Kepada Anak Kecil, Risiko Tinggi Terkena Sawan & Meragut Nyawa