Datuk Sayang Cucu Lebih Dari Anak, Bila Buat Nakal Ibu Yang Jadi Serba Salah Nak Marah

Sayang cucu lebih dari anak adalah perkara biasa. Sehingga ibu mengatakan mereka yang kena 'marah' bila tegur anak depan datuk atau nenek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu kecil, ibu dan ayah kita garang dan sering dimarahi jika buat salah. Apabila anda sudah dewasa, berumah tangga dan mempunyai anak, berubah sikap apabila ayah anda sayang cucu lebih dari anak. Cucu dimanjakan bahkan, tidak boleh dimarahi. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sayang cucu lebih daripada anak, datuk back up walaupun nakal
  • Sudah mencecah usia 73 tahun, namun masih sihat
  • Netizen berkongsi cerita yang sama
  • Kenapa orang tua lagi sayang cucu lebih daripada anak

Itu dilema dihadapi oleh ibu dan ayah tatkala mahu menegur kesalahan anak kecil, tetapi datuk atau nenek mereka akan datang membela. Seperti dikongsikan seorang ibu ini dari Indonesia di akaun TikToknya, dia turut mengalami situasi sama seperti ibu dan ayah yang lain.

Sayang cucu lebih daripada anak, datuk back up walaupun nakal

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh ibu kepada dua anak tersebut pada akaun TikTok madanianisa17, memperlihatkan bapa wanita itu meriba anak perempuannya. 

Berdasarkan keterangan video itu, wanita itu memberitahu dia memarahi anaknya kerana melakukan sesuatu yang membuatkannya emosi namun, ibu tersebut kembali dimarahi oleh ayahnya iaitu datuk kepada kanak-kanak itu.

“Ketika saya marah anak kerana tak dengar kata, selalu datuknya akan bela dia malah, aku pula yang dimarah,” demikian perkongsian oleh wanita itu.

Video berdurasi 13 saat itu meraih tontonan sehingga 1.2 juta, mendapat tanda ‘suka’ lebih 109,000 di samping 3,327 maklum balas dan komen daripada netizen.

Sudah mencecah usia 73 tahun, namun masih sihat


Berkongsi tentang bapanya, dalam hantaran video yang lain, wanita itu memberitahu bapanya berusia 73 tahun dan masih sihat sehingga kini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, bapanya mempunyai tujuh anak termasuk wanita tersebut yang juga anak bongsu serta 17 orang cucu.

“Kenalkan, isteri 1, anak 7, cucu 17, ujarnya lagi.

Netizen berkongsi cerita yang sama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memetik komen-komen dan maklum balas dikongsikan dalam artikel pnews erin sakura daripada TikTok ibu tersebut, netizen juga berkongsi pengalaman sama apabila anak mereka turut dibela oleh datuk dan nenek sekiranya dimarahi.

“Sama kak, mentua aku selalu membela. Bukan apa-apa tapi akhirnya anak tak dengar kata orang tua sendiri”.

“Bersyukur masih ada datuk yang suka bela. Sekarang aku mahu anak disayangi datuknya, tapi dia sudah tiada di dunia”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Datuk dan nenek adalah tempat untuk aku mengadu dan bercerita. Tapi mereka berdua sudah tenang di syurga”.

Kenapa orang tua lagi sayang cucu lebih dari anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut artikel gempak.com, terdapat pelbagai faktor menyebabkan cucu lebih disayangi oleh orang tua kita berbanding anak sendiri. Antaranya seperti:

1- Faktor usia yang menyebabkan mereka lebih menghargai cucu.
2- Mereka sudah puas mendidik kita, justeru kehadiran cucu adalah masa untuk mereka meraikan.
3- Kurangnya komitmen mereka, jadi orang tua lebih lapang, santai sekali gus akan berbeza layanan antara cucu dengan anak.
4- Mengulangi apa yang tidak sempat dilakukan kepada anak sebelum ini. Kehadiran cucu adalah paling sesuai menebus kembali saat-saat lalu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sering Dimarahi Datuk Nenek Pilih Kasih, Tapi Cucu Tetap Sayang Tak Pernah Berdendam

Baca juga:  Ibu Lebih Utamakan Cucu Pertama, Adik Bongsu Tak Senang Hati & Menangis Cemburu

Baca juga: “Tunggu Nenek Di Syurga,” Pesan Kepada Cucu Autistik Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Terkurung Dalam Van

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan